Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 27, 2013

kopi ini untuk kamu



Assalamualaikum

Slurpp!
Slurppp!
Lidah bergulung disekeling bibir comel itu. Merah. Wah. Sangat seksi. Haha.
Slruuppp! Lagi. Kali ini perlahan-lahan.
Bukan hirup hingus. Bukan jugak hirup sup. Tapi hirup kopi.

Kenapa kopi? Bukan teh? Oh. Kopi nampak lebih syahdu dia punya nilai kesedapan dan aromanya. Sekali sedut guna hidung boleh meresap lembut ke dalam saluran darah otak. Ya. Sedut bau. Bukan sedut airnya. Kalau sedut airnya aku pasti korang akan masuk dalam paper harian metro muka depan. Dengan tajuk, “Koma seminggu akibat minum kopi melalui hidung”.  

Selamat malam kepada gadis-gadis comel yang suka minum kopi. Dan hello kepada jejaka-jejaka hemsem yang suka minum kopi jugak. Aku tak minum kopi. Apatah lagi neskepe. Aku minum susu. Sebab bila aku minum susu aku rasa sangat comel. Nak nak pulak bila ada kesan susu disekeliling bibir. Terasa macam baby pulak. Hahaha.

http://www.google.com.my/imgres?sa=X&biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=ksjxy-cJYEDlSM:&imgrefurl=http://softballmariokartwiiperson9.wordpress.com/2010/09/06/postcards-from-danbo-intro/&docid=kwAUKcDv9QuzzM&imgurl=http://softballmariokartwiiperson9.files.wordpress.com/2010/09/mcdonalds-cafe-box-man.jpg&w=550&h=413&ei=z_OVUsrGHoXVkwWD9YCABQ&zoom=1&ved=1t:3588,r:35,s:0,i:192&iact=rc&page=2&tbnh=174&tbnw=200&start=18&ndsp=23&tx=113&ty=96

Orang cakap cara nak menikmati kopi dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan adalah dengan minum menggunakan kaedah hirup sikit-sikit sambil membuat bunyi slurp. Dan dari situ baru korang akan dapat rasa nikmat kopi yang sebenar. Tapi untuk gadis-gadis comel, usah la korang buang tabiat nak buat macam tu. Buruk sangat gayanya. Kalau nak buat sangat, balik rumah. Hirup kopi puas-puas.

Kopi.

Kopi sinonim dengan rasa pahit. Pahit dan kopi berpisah tiada. Pahit itulah yang buat jadi penyedap rasa. Nak nak pulak kalau kena dengan gaya korang nikmati kopi itu. Macam tu jugak dengan hidup. Tak ada hidup yang tak pahit. Tapi pahit dalam kehidupan adalah rasa pahit yang sangat tak syok langsung untuk dinikmati. Macam mana kita handle dan control rasa pahit kopi tu macam tu jugak lah kita kena pandai handle dan control rasa pahit dalam hidup. Pandai-pandailah korang nak bubuh gula atau susu. Ikut sesedap rasa. Ikut rasa tekak agar selesa. Ya. Itulah adat dunia. Bukan semua manis. Sikit-sikit pasti akan terselit pahitnya.

Ambil secawan kopi. Duduk di suatu sudut yang paling selesa. Nikmatilah ia sambil pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam dan sebutlah “Alhamdulillah”. Pahit itu nikmat sebenarnya. 




dua puluh tujuh november, 2013


Assalamualaikum

Selamat petang yang tak aman apatah lagi memang tak harmoni. Otak berpusing-pusing akibat terlalu lahap makan bubur pulut hitam. Aku tak boleh makan. Tapi pengaruh keadaan sekeliling menyebabkan tangan aku seperti ada megnet untuk menyenduk bubur yang ada lalu ditelan dengan penuh enak dan rasa. Dan akibatnya, kepala aku pening.

Dikala duduk diatas kerusi sambil lutut naik sampai ke paras meja, aku dah tak mampu nak peduli tentang hal sekeliling. Dan baru aku terperasan akan sesuatu. Sekarang dah nak masuk hujung tahun. Entri aku mengalami kadar penurunan yang sangat drastik berbanding dengan tahun-tahun sebelum ni. Jatuh merundum tergolek-golek. Kalau dulu setiap tahun beratus entri aku buat. Walaupun entri aku banyak yang tak berguna untuk dibaca dan lebih kepada keadaan yang syok sendiri. Tapi tahun ni semakin teruk prestasi dan keunggulan gaya aku menaip.


Kalau dulu aku boleh taip dan muntahkan idea yang boleh buat aku ketawa walaupun hakikatnya hanya aku je yang ketawa. Tapi kini aku dah tak mampu lagi. entri sekarang banyak yang serius. Aku baca sendiri pun stress apatah lagi orang lain. Kompem tak baca sebab nak elak daripada mengalami gangguan dan tahap tekanan yang tinggi. Mungkinkah ini dipengaruhi oleh pengaruh usia. Oh. Tidak. Aku masih remaja lagi kamu tahu. Hahaha.

Dan maaf. Aku tahu aku teruk. Aku bukan manusia yang rajin membalas komen-komen yang ada di laman sosial. Bukan takat lama sosial, nak angkat telepon pun aku bapak malas gila. Apatah lagi nak mereply mesej dan sesuatu yang sekutu dan sama waktu dengannya. Sampaikan aku pernah kena sound la jugak. Huhu. Maaf sekali lagi. Aku nak jimat sebenarnya. Heh. Alasan.

Akhir sekali. Motif sebenar aku buat entri ni sebab aku malas nak check fail and buat kerja ofis. Tu je pun sebenarnya. Huahuahua. 

Alamak boss datang. Mari buat-buat rajin dihadapan beliau.





Thursday, November 14, 2013

terlanggar dinding hati


Assalamualaikum

“adoi”
“mata letak kat mana? Kat lutut ke?”
“aah. Mataku dilututmu” *i love you. Sengeh*

Selamat pagi yang sejuk. Tak sejuk pun sebenarnya. Tapi buat-buat sejuk. Bila sejuk baru la syok nak tidor. Tapi sekarang ni time kerja. Mana boleh nak tidor. Kang boss lempang. And yeah. Nampak sangat time ni aku ngulat tanpa melakukan sebarang kerja opis kan?. Sebenarnya anda silap. Kerja aku dah beres jadi aku buat sesuatu yang mampu memberikan faedah kepada korang. *alasan sebenarnya. hihu*.

Hello kepada gadis-gadis yang berwajah comel. Dah la comel, cute pulak tu. Baik hati bagaikan cinderella. Penyayang macam snow white. Kiranya yang comel, baik dan yang sewaktunya semua lengkap. Dan menjadi buruan putera-putera raja dalam cerita dongeng. Wow. Nak berangan boleh la dipersilakan. Kalau betul-betul jangan nak mengharap sangat. Lagipun sekarang ni bukan zaman anak raja memburu anak gadis. Masuk kampung keluar kampung. Tak cukup kampung masuk pulak hutan. Zaman sekarang adalah zaman anak raja diburu. Tak dapat anak raja anak orang kaya pun tak apa. Asalkan kaya lagi berharta. Suatu keadaan yang sangat tragis dan metarialistik. Oh. Sadis!

http://www.google.com.my/imgres?sa=G&sout=0&tbm=isch&tbnid=DJm13iFqXsnH5M:&imgrefurl=http://www.hdwallpapersinn.com/alone-girl-in-dark.html&docid=-rAXEL2Fmw7KKM&imgurl=http://www.hdwallpapersinn.com/wp-content/uploads/2012/09/34693374.jpg&w=400&h=313&ei=ktWEUrGyIIi4rgfawoGABg&zoom=1&iact=rc&page=2&tbnh=186&tbnw=204&start=11&ndsp=5&ved=1t:429,r:19,s:0&tx=775&ty=381

Teori mengatakan bahawa waktu bercinta adalah waktu yang terbaik sekali dalam hidup. Kenapa terbaik? Sebabnya time tu lah apa saja partner korang buat, semua itu adalah suatu perkara yang baik-baik belaka. Bak kata orang tua-tua, bau kentut pun wangi. Ya. Angguk. Walaupun hakikatnya bau busuk tak terperi. 

Waktu tu hati dia akan kita jaga baik-baik. Jangan buat dia sakit hati. Kalau boleh nak buat dia hepi je memanjang. Dari celik mata sampai nak tidor kalau boleh nak dia rasa gumbira lagi bahagia. Tapi hakikatnya adakah benar bahagianya dia, bermakna korang juga akan turut bahagia?

Pada pendapat aku yang kadang-kadang tak boleh nak pakai ni, bahagianya partner korang tu ada dua kemungkinan yang boleh memberi efek kat mental dan emosi korang. Samada dia bahagia dengan korang atau dia bahagia tanpa adanya korang disisi.

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://www.hdwallpapersinn.com/wp-content/uploads/2013/01/I-Miss-You-Pic.jpg&imgrefurl=http://www.hdwallpapersinn.com/i-miss-you-wallpapers.html&usg=__CC_Vr6Ngpb0fmLof2tjZro0ZHQc=&h=654&w=800&sz=39&hl=en&start=7&sig2=DTmA4yPsjxhoY5Z8Tv4sCg&zoom=1&tbnid=-3a5q3g6whr5_M:&tbnh=117&tbnw=143&ei=RtmEUrTSDcaMrQfx9IDYDQ&itbs=1&sa=X&ved=0CDgQrQMwBg

Last time, aku pegi ceramah agama. Asal ceramah agama ja mesti nama aku yang kena list. Nampak sangat iman tak kuat. Huhu. Ustazah merangkap kaunselor JPA ni tanya, "apakah perkara yang kamu nak sangat buat kat pasangan kamu?" Jawapan yang paling mendapat rangking tertinggi adalah "saya nak buat dia bahagia". Lalu ustazah itu jawab, "bahagiakan diri kamu, barulah kamu bahagiakan orang yang kamu sayang." And then ustazah tu tanya lagi, "pasangan kamu bahagia bila kamu tiada disisinya. Adakah kamu turut bahagia?".

Semuanya terletak pada tangan kita sendiri. Kalau nak rasa bahagia dalam derita. Teruskanlah perasaan itu. Tapi jangan nak mengharap sangat yang korang tu boleh hidup macam ala-ala novel. Hati disakiti. Nangis-nangis lalu bertemu dengan jejaka hemsem. Berkahwin dan hidup bahagia sampai meninggal. Oh. Pehlish.

Kenapa nak jaga hati orang lain kalau awal-awal lagi dia tak reti-reti nak jaga hati kita?




Tuesday, November 12, 2013

andropause



Asslamualaikum

Selamat malam kepada gadis-gadis comel yang sangat suka nak emo-emo. Orang perempuan ni kalau dorang selalu sangat sentap lalu mengalami tahap ketidakstabilan emosi yang tinggi mesti orang lelaki akan cakap, “hah. Tu datang bulan la tu. tak pun dah nak menopause”.

Grrr.

Tapi tahukan anda, bahawa sesungguhnya apabila tiba masa dan waktu yang tertentu orang lelaki jugak akan mengalami masalah yang sama rumitnya dengan kaum perempuan?
Tahu?
Wah. Bagus. Tepok tangan anda laju-laju.

Yeah. Masalah itu dinamakan sebagai andropause. Sama sepisis dengan menopause tapi hanya menghinggapi kaum terancam yang diberi nama lelaki. Aku tak nak explain banyak tentang masalah ni sebab nanti korang ingat aku dokter sakit tuan pulak. Cumanya apa yang aku nak highlight kat sini adalah salah satu kesan andropause ia akan menyebabkan orang lelaki mengalami masalah untuk mengawal emosi yang super tinggi. Mood dorang akan cepat berubah. Kejap okei kejap tak okei. Kejap marah kejap tak marah. Macam-macam mood ada. Yang kadang kala boleh buat korang fedap tahu.

http://www.google.com.my/imgres?sa=X&sout=0&tbm=isch&tbnid=OOApqrp0_j1UAM:&imgrefurl=http://www.gettyimages.com/detail/photo/man-walking-into-sea-high-res-stock-photography/161089214&docid=EUhkKH6EzHbGkM&imgurl=http://cache3.asset-cache.net/gc/161089214-man-walking-into-sea-gettyimages.jpg%253Fv%253D1%2526c%253DIWSAsset%2526k%253D2%2526d%253D8WZLyaLJ1q1DCBn7HCDkyH7N3KF3sDz%25252F2woyYTkSXb5SghtJSHScMjt0X7D60rCY&w=507&h=338&ei=kk6CUtfdCoiLrQfKqIGQBg&zoom=1&ved=1t:3588,r:6,s:0,i:96&iact=rc&page=1&tbnh=183&tbnw=256&start=0&ndsp=19&tx=160&ty=113&biw=1366&bih=639

Kalau orang perempuan, menopause akan start dalam lingkungan 45tahun ke atas dengan tanda-tanda awal yang tertentu. Tapi agak malang bagi kaum lelaki sepisis terancam dimuka bumi ini sebab andropause ni boleh start seawal umur 30-an. Hahahaha. Korang kutuk lagi orang perempuan kan. Hambik.

Kalau salah maapkan diriku yang comel ini. Info ni aku dapat dari dokter apa nama ntah. Yang aku perasan dokter tu hemsem. Nasib baik beliau hemsem. Maka dengan itu gigih la jugak aku mengadap muka beliau menyampaikan ceramah. Benda yang paling aku ingat dia pesan, “kalau kamu kena marah dengan boss kamu, atau kalau tetibe je opismate kamu buat perangai yang macam nak mohon pelempang seliang maka anggap je dorang sedang mengalami fasa peralihan yang sangat sukar. Keep calm and continue your work ”.

Jom tidor. Esok koje. Kalau kena marah dengan boss tenung dan renunglah dia. Hihu.