Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 27, 2013

membalas lambaian kaabah


Assalamualaikum

Dulu kalau cikgu tanya apa yang kamu nak buat kalau kamu jadi jutawan? Duit kepok-kepok dalam poket. Belambak-lambak dalam bank. Duit merata-rata kat celah pasu bunga pun ada. Apa kamu nak buat? Cakap! Cakap!

Macam biasa, dengan gaya penuh semangat dan mempunyai tahap kekonfidenan yang tinggi aku pun jawab “saya nak bawak mak ayah saya pegi haji cikgu!”

Itu waktu aku sekolah rendah. Masih berhingus. Lap hingus pun pakai sapu tangan lagi. Bila dah up sikit naik sekolah menengah. Tak pakai sapu tangan dah. Apa barang sapu-sapu tangan ni. Tak remaja kamu tahu. Time tu orang pakai tisu tau. Baru nampak keayuan. Nak nak pulak tisu yang plastik dia warna warni. Tersangatlah keperempuanan hendaknya.


Masuk sekolah menangah. Belajar bab haji.
“ustajah, macam mana nak tahu orang tu dapat haji mabrur ke tak?”
“orang kurang baik berubah jadi baik dan orang yang memang baik bertambah-tambah baik”

Itu yang ustazah aku cakap. 
Bila dah kerja. Syok pulak tengok orang buat haji.
Entah bila dapat pergi aku pun tak tahu.
Arghh. Sambung buat kerja. 



1 comment :

  1. Sir Bohemian RhapsodyNovember 27, 2013 at 11:47 PM

    Ada cite lawak psl haji ni, mksud sy bkn cite lawak tp prsamaan yg dibuat2 oleh plawak2 kakilima ni antara mnunaikn haji dn mnutup aurat, sy bg contoh dialog ni..

    A: bila ko nk tunaikn haji?
    B: insya Allah, bila ada rezeki dn dh sampai seru.

    Cuba bandingkn ngn dialog ni..

    A: bila ko nk pakai tudung tutup aurat smpurna?
    B: insya Allah.. blum smpai seru huhu.

    ReplyDelete