Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 18, 2013

lapan belas september, 2013


Assalamualaikum

Hari ni belum sampai setengah hari. aku pergi kerja. Celik mata tengok baju yang aku iron malam semalam dah rupe tak iron. Tengok jam. Dah 7.30pagi. Keronyot-keronyot baju. Lempar masuk bakul dan korek cari baju lain. Dapat dah. Bersiap laju-laju. Bila mengadap cermin, hai ni gaya macam nenek nak ke pasar. Ah. Nenek cute. Hakhak. Ayat nak ubatkan rasa hati yang mengalami kadar kelewatan yang tinggi. Start enjin kereta. Vroom bawak pelan-pelan. Macam makan angin. Tapi beberapa saat lepas tu tak jadi bawak pelan-pelan sebab jam kat dashboard dah 7.48pagi. tapi jam tu lambat.

Maknanya aku lebih lambat daripada jam yang ada. Aku buat pecutan sama dengan kadar kelajuan cahaya. Tengok-tengok jalan depan Kamalbina kena tutup. Aku cukup benci kalau jalan yang aku selalu lalu kena tutup sebab aku terpaksa berfikir dengan serta-merta jalan mana yang patut aku redah lepas ni. Otak aku ni dah la lembab. Sampai opis lewat. Tapi tak lewat pun sebenarnya sebab aku jalan laju-laju tapi maintain cun. Tengahari beli makan. Tapau. Elok je sampai ke kereta tiba-tiba perut aku macam dihinggapi cecair panas. Ya. mana tumpahnya kuah kalau tak ke baju. Leceh. Singgah rumah. Tukar baju. Kali ni aku pakai lawa-lawa.


Lawa. Lawa. Lawa. Dalam otak macam nak pecah. Fikir tentang dunia yang melalaikan.




3 comments :

  1. bru prasan pembaca berita tv 1 hahahaha sama!!!!

    ReplyDelete
  2. Muka la..nur afika kot nm dia.kat tv1.sllu dok bca brta hahaha

    ReplyDelete