Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 24, 2013

cakap-cakap budak


Assalamualaikum

Hai adik-adik. Hello. Eheh. Dah macam rancangan kanak-kanak pulak. Hai kepada gadis-gadis comel yang sangat suka main dengan budak-budak. Dan hello jugak kepada jejaka-jejaka hemsem yang suka usik budak-budak. Wow. Nampak sangat teserlah nilai-nilai dan ciri-ciri keibuan dan kebapaan anda. Pasti korang jadi rebutan bakal ibu-ibu mertua semalaya. Tapi kadang-kadang ada jugak segelintir yang pandang pada harta. Apa yang penting duit haruslah berkepok-kepok memenuhi poket apatahlah bank. Kereta perlu menjalar. Vrrroommm sreeettt depan rumah bakal mertua dengan gaya yang gagah lagi unggul. Sangat sadis kalau jadi macam tu. Hukhuk.


Ok. masuk ke topik asal. Budak. Orang tua-tua cakap, budak tak pandai menipu. Apa yang dorang cakap adalah sesuatu yang jujur, benar dan penuh tulus ikhlas tanpa ada rasa prejudis. Tak ada perasaan nak menipu. Owh. Aku sangat setuju kalau budak-budak tu lahir pada zaman aku. Zaman yang penuh dengan kesucian dan kemurnian. Waktu tu masih kurang unsur-unsur amerika, england apatah lagi eropah dalam hidup kami pada zaman itu. Masih terpelihara dengan nilai ketimuran. Main pun stok kampung-kampung punya mainan. Main kawen-kawen adalah suatu kewajipan apatah lagi main pondok-pondok. Gigih petik rerumput dan bebunga yang ada dengan harapan untuk dimasak lalu dijadikan makanan time main kawen-kawen nanti. Oh. Sungguh heaven.
  
“kakak. Kakak comel. Saya suka kakak” kata budak lelaki berumur 6tahun itu. You see. Budak umur 6tahun zaman sekarang pun dah tahu erti comel. Aku kembang bila budak tu puji sebab aku percaya budak tu tak menipu.  Dia memang bercakap jujur, iklhas lagi tulus dan suci.

Hahaha. Muntah pelangi. 

Tapi budak-budak bukan nak menipu sebenarnya. Keadaan sekeliling yang mengajar dorang untuk jadi penipu. Mungkin terpaksa? Sungguh kesian kalau benda macam ni berlaku.







3 comments :

  1. Sir Bohemian RhapsodyNovember 27, 2013 at 11:57 PM

    Ni smua adalah salah dn silap pngeluor susu lembu(susu lembu djadikan pngganti susu ibu, lembu adalah antara bberapa spesis hewan yg xgeti nk ketepi bila duduk bsidang dtengah hiway), kandungan DHA telah dtambah 5kali ganda! Ini mbuatkn bebudak mjadi lebih bijak! Bijak menipu! HAHA!

    ReplyDelete
  2. Sir Bohemian RhapsodyNovember 28, 2013 at 12:11 AM

    Point sy ialah btul ke mnutup aurat perlu ada seruan dn kmampuan? Pdahal ia adalah 1 perintah dri yg Most Supreme..

    Hehe..

    ReplyDelete
  3. Sir Bohemian RhapsodyNovember 28, 2013 at 12:13 AM

    Cit.. how come komen kat atas bole ada dlm page ni? kikiki.. slmt berblog, smbung blayar mcari diri, bubye.

    ReplyDelete