Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 20, 2012

girls, jaga diri baik-baik ya


Assalamualaikum




girls, jaga diri baik-baik ya.
orang perempuan ni, kalau ada jadi apa-apa orang akan cakap semuanya berpunca dari diri kita.
orang perempuan ni, kalau ada salah apa-apa orang akan cakap semuanya berpunca dari kelalaian kita.
orang perempuan ni, kalau ada silap apa-apa orang akan cakap semuanya berpunca dari keburukan kita.

kalau ada jadi salah silap, orang akan cari kita sebab dorang cakap semuanya berpunca dari kita.

so, girls jaga diri baik-baik ya.
ingat mak.
ingat ayah.
ingat keluarga.

Kerana kita adalah perempuan.
Perempuan yang dianggap macam tak ada apa-apa.
Tapi mereka sudah silap sebenarnya.



 

Sunday, February 19, 2012

siapa nak sewa rumah kat kampung jambu taiping : update : maaf ditutup


Assalamualaikum

Aku nak buat iklan. Walaupun aku tahu blog aku ni tak ada orang nak menjenguk apatah lagi nak menjengah, tapi aku nak bubuh jugak iklan. Mana la tahu kot-kot ada yang terlekat. Kan? Kan?

siapa-siapa atau mana-mana gadis, perempuan atau wanita yang nak sewa rumah boleh contact diri ini. rumah aku ada 1 bilik kosong. So aku nak cari housemate lagi 1 orang lah. Rumah tu kat kampung jambu, taiping.

Nama je kampung jambu, tapi bukan kampung pun. Area ni adalah area yang paling terdekat sekali dengan bandar Taiping. Aku pergi kerja naik kereta lebih kurang 3 minit je dah sampai. Tu pun kalau aku bawak dengan kadar pecutan yang tinggi, laju laju dan laju dan terus langgar lampu isyarat. 





urut atas kerusi


Assalamualaikum



aku suka tengok katon-katon dia. kelakar.



Saturday, February 18, 2012

let save our animals. yeh!


Assalamualaikum

Tadi pagi-pagi buta kena kerah pergi zoo. Tolong kawan buat kerja. Actually bukan kerja apa pun. Tolong dia cuci bekas makanan and tempat tinggal binatang yang injured. Lepas tu ikut dia pergi suka kandang. Weekend yang best!~

 berjaya mencekup seekor baby rabbit. kat makmal zoo. censored mata sendiri dengan harapan supaya korang boleh fokuskan anak mata korang ke arah baby arnab dan bukan ke arah aku. ekekeke. tuiii!

baby-baby rabbit yang masih baby. tersangatlah comel.

 "sangkancil dan buaya". kaki dia injured. tengah makan keledek dengan lahap.

binatang ni nama dia dekan. ya. dekan nama dia. sekali pandang sebijik macam seekor tikus mondok yang gemok gedempol. ingat masuk U je ke boleh dapat dekan. huahuahua. 

manja-manja atas riba boipren jap. sebelum ikut sukat kandang.

 badak sumbu ni tengah berak waktu aku snap picture dia. lepas berak-berak dia sepak-sepak pulak taik dia bagi hancur. elok je dah habis sepak dia terus terpa kat aku. nasib baik la ada pagar. malu kot aku snap picture dia tengah berak. 

tempat swan berenang-renang

kasawari. sedap kalau dapat buat gulai ni. yummy!

kangroo kecik. aku reka kot nama dia. aku tak tahu full name dia. uhuh.

harimau berendam

burung apa ntah berdua-duaan.

unta ni bukan nak mati tau. unta ni tengah makan. keledek ke apa ntah. aku tengok dia kunyah macam buah potong. uhuh. sedapnya.

ada banyak lagi binatang kat sini. best tau. oleh itu, marilah mari ke zoo taiping.


doa untuk awak yang datang dari masa depan


Assalamualaikum
[ini bukan cerita tentang nobita yang berangan nak kawen dengan sizuka dan menggunakan pintu masa depan doremon untuk melihat bakal isterinya]

Selamat malam yang sepi pi pi.

Sempena hari jumaat yang mulia ni jom sedekahkan al-fatihah untuk orang yang tercinta tak kira masih hidup atau pun dah tiada. Especially for your mom and dad. Mana tahu kan kot-kot korang dapat baby nanti. lepas tu dorang pulak akan buat benda yang sama kat korang. Serius heaven kalau dapat anak macam tu.

Korang pun boleh sedekah kat orang lain jugak. Kat bakal mak mertua, pak mertua yang mungkin korang sendiri pun tak tahu entah siapa atau kat bakal suami or isteri yang akan datang dari masa depan pun boleh jugak. Hihi. korang dapat pahala, dorang pun dapat pahala. kalau dah sayang, of course lah kita nak buat baik-baik belaka untuk orang yang kita sayang kan? 



Oh! Nak baby jugak. HikHik


Friday, February 17, 2012

lelaki akan nampak kool bila peluk baby


Assalamualaikum

Selamat malam yang dah malam

As we know girls memang sepisis manusia yang suka kepada sesuatu yang lembut. Lembut macam sutera? Bukan. Lembut macam lelaki lembut? Heh. Lagi bukan. I mean lelaki yang berhati lembut. Bila  mana-mana  gadis tengok lelaki ni ada rasa perikemanusiaan especially sifat kebapaan nescaya akan cairlah hati mereka dan sekaligus akan jadi rebutan buat bakal ibu-ibu mertua.


Boys kalau tak percaya korang boleh cuba try test. Korang pergi ambik anak sedara, anak kawan or anak siapa-siapa, lepas tu cuba korang main cak-cak atau layan baby tu macam baby korang. Yang penting korang kena buat depan awek-awek yang ada. Muahaha. Barulah berkesan kalau sasaran ada. Ye tak?

Port paling strategic aku sarankan korang pergi mana-mana taman permainan. Bawak baby tu jalan-jalan. Mesti akan ada para gadis yang tak keruan hatinya. Nak nak pulak kalau korang dukung or korang jalan sambil pegang tangan baby tu.  Nampak macam “oh! Sweetnya. Bertuahnya la hai mama baby tu”. Serius. Jiwa perempuan boleh cair weh. Tak percaya tanya aku. eheh!

there is nothing important in life more than this. 

ini benar-benar kejadian. tak tipu. kalau korang nak try apasalahnya. alang-alang boleh belajar pegang baby ye tak?


Monday, February 13, 2012

mardiana dan mardhiana : serupakah?


Assalamualaikum

Dah berpuluh-puluh tahun aku cari apa la maksud nama aku finally jumpa jugak.

Mardhiana : keredhaan kami

Bila aku tengok perkataan “dhia’ tu otomatik aku teringat kat norkamadhia.
Terasa diri ini macam comel pulak. Bhaha. Buwek!!

p/s: walaupun ejaan nama aku mardiana. Tapi boleh lah kan? Uhuh!~


Thursday, February 9, 2012

bentuk anak : anak bawa tuah


Assalamualaikum

Bertuah sungguh makcik tu. Anak-anak semua bijak-bijak belaka.
Tapi anak kurang bijak bukan bermakna dia tak mampu buat ibu bapanya rasa bertuah.
Lebih bertuah ibu bapa itu kalau anak-anak mereka mampu memberikan hadiah pahala.
Kelak boleh bawa hingga ke syurga.

Membentuk anak untuk menjadi soleh lebih susah daripada membentuk anak untuk menjadi lawyer, doktor atau mejistrit.  Percayalah.