Assalamualaikum
Last week bila kami anak beranak on the way melarikan diri dari rumah, sambil melayan perasaan, abah borak-borak dengan aku and adik sambil drive. Aku terawang-awangan sebab aku suka berangan waktu naik kereta. Tak kira kereta, bus, van atau basikal sekalipun.
Sampai ke satu part aku terberhenti berangan. Bilamana abah aku cakap “abah percaya bahawa sesunguhnya perasaan itu secara tidak sedar ia otomatik akan mengalir dalam diri anak-anak dan seterusnya akan diperturunkan terus dari generasi ke generasi lain”.
Abah aku tak cakap macam tu pun sebenarnya. Aku sendiri tukar ayat agar nampak lebih artistic. Konon. Actually abah aku cakap macam ni;
“dulu abah hidup susah. Bapak abah, which mean korang punya tokwan ada keluarkan duit EPF. Actually waktu tu sebenarnya bapak abah dah boleh keluarkan duit tu waktu abah tingkatan 3 lagi. Tapi bapak abah tak tahu. Kebetulan waktu bapak abah keluarkan duit tu abah dah masuk tingkatan 6. Abah tahu, sebenarnya bapak abah keluarkan duit tu bukan untuk abah. Untuk kegunaan lain. Tapi kebetulan abah belajar, bapak abah bagi jugak duit tu kat abah untuk sambung belajar.”
“Waktu tu duit tu RM400. Abah dapat separuh. Abah beli seluar baru. Seronok dapat pakai seluar baru. Seluar putih. Sebelum ni pakai seluar putih jugak. tapi waktu tu abah rasa abah seksi sebab seluar tu jarang. Haha.”
“And then bapak abah keluarkan lagi duit EPF yang ada. Bapak abah bagi lagi kat abah. Untuk buat duit belanja waktu mula-mula masuk U. abah cakap itu la duit yang last sekali abah dapat. Lepas tu tak dapat-dapat dah sampai habis belajar."
“walau apa keadaan sekalipun, bila anak mintak duit, walaupun duit tu sebenarnya untuk diri kita, secara otomatik kita tak akan berkira. Abah bagi ja bila korang cakap korang tak ada duit. waktu tu korang tengah belajar. Cari duit puluh-puluh ribu nak bagi korang belajar. Selagi korang nak belajar abah sanggup bagi.”
“ Sekarang baru abah faham kenapa bapak abah bagi abah duit tu walaupun duit tu sebenarnya bukan untuk abah. Nanti kalau korang dah ada kat tempat abah korang akan rasa macam abah. Abah percaya apa yang abah buat ni adalah hasil daripada apa yang bapak abah buat pada abah.”
Sobs sobs. Terima kasih abah.
No comments :
Post a Comment