Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 2, 2011

welkem to dicember : end of 2011 : balik kampung yeay!


Assalamualaikum

Selamat hari Jumaat. 

Macam biasa tiap-tiap hari Jumaat aku jadi sangat rajin. Bukan rajin buat kerja tapi rajin nak balik kampung. Tiap-tiap Jumaat maksudnya tiap-tiap minggu. Kerja memang out terus sebab otak aku dah tak boleh dan dah sangat tak mampu dah nak bagi fokus kat kerja. 

Hari ni aku tak nak drive ala-ala turun bukit tak pakai brek. aku nak drive sambil tengok pemandangan kiri kanan depan belakang sambil layan perasaan. 


Bila aku mengantuk aku akan jerit-jerit dalam kereta sorang-sorang macam orang kena sawan.  Lepas tu aku tampar-tampar manja pipi aku konon tak nak bagi tidur punya pasal. lepas tu aku baca setiap signboard yang ada ala-ala macam pemberita TV3. Sampaikan aku dah boleh hafal dah signboard yang ada. Kadang-kadang aku berangan jadi pemandu pelancong. Aku akan terangkan kat diri aku sendiri tentang laluan yang sedang dan akan aku lalui walaupun tiap-tiap minggu aku lalu kat jalan yang sama. 

Lepas tu kadang-kadang aku berangan jadi pengacara rancangan makan angin. Serius bila sampai rumah aku rasa macam bodo pulak bila buat macam tu. kuat berangan dah satu hal. walaupun aku rasa macam bodo tapi aku tetap akan ulang-ulang adegan yang sama diwaktu dan tempat yang sama tiap-tiap minggu. Huhu.


Dan hari ni aku akan lalukan perkara yang sama jugak.

Kepada yang nak balik rumah, balik kampung selamat memandu dan selamat balik dengan baik dan jayanya. 

Berhati-hati dijalan-jalan yang korang lalu nanti.
Tapi kan, kadang-kadang tu bila kita berhati-hati orang lain pulak yang buat kita jadi macam tak hati-hati. huh!~


No comments :

Post a Comment