Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, December 31, 2011

petang terakhir untuk tahun ini : berazam mencari ayah yang hilang


Assalamualaikum


Selamat petang yang hujan menderu-deru. petang yang last untuk tahun 2011.

Dah sepetang aku tidur dan hasilnya muka aku cekang macam baru lepas kena cocok botox beribu-ribu kali kat mata.


Aku lupa nak wish kat diri sendiri. Selamat hari jadi untuk blog sendiri. Blog aku ni baby lagi. Baru umur setahun berapa hari entah.


My baby,
Next year mama kamu berazam untuk cari ayah untuk kamu ya. Supaya kamu akan dapat kasih sayang yang secukupnya.


Haha.


oh! apakah yang mardiana sedang merepek ni.



Friday, December 23, 2011

kalau belajar buat cara belajar


Assalamualaikum

Selamat hari jumaat. Penghulu segala hari.
Aku tak suka exam. Huhu.


depan abah


belakang abah



Wednesday, December 21, 2011

comel macam nora danish



Assalamualaikum

Hai all. Aku rasa mesti ramai antara korang yang suka tengok cerita tentang dhia kan? Aku pun suka tengok jugak. Aku tengok pun sebab nak tengok adi putra. Sebab dia ensem. Hoho. Lepas tu aku tersuka la pulak tengok Nora Danish ni. Apasal la dia ni comel sangat. Asal tengok je terasa nak berangan. Rasa macam nak pergi jual nasik lemak. Lepas tu nak ronda-ronda naik basikal macam norkamardhia. Huhu.


mardiana! pergi tidur. sila jangan berangan!!!



Tuesday, December 20, 2011

gossip tetap akan jadi gossip selagi ada orang yang suka bergossip


Assalamualaikum

Selamat malam.

Korang tak tidur lagi? Atau korang tengah busy bergossip? Girls? Ya girls sangat suka bergossip. Boys pun suka jugak bergossip kan, tapi aku tahu korang mesti tak nak mengaku kan? Kan?


Kuasa gossip ni sangat kuat. Benda tak betul boleh jadi macam betul. Benda tak jadi boleh jadi macam jadi. Benda tak wujud boleh jadi macam wujud. Nak nak pulak kalau tukang sebar gossip tu sebarkan gossip siap dengan lakonan dan lontaran vocal yang mantap membuatkan apa yang digossip tu nampak terlebih real pulak. Dan penonton dan pendengar yang berotak malas pikir pulak pakat duk nganga angguk-angguk terima bulat-bulat.

Korang mesti pernah kena gossip kan? Tak kira la gossip apa pun. Dan paling pelik bila gossip yang orang cakap tentang korang tu sesuatu yang tak masuk akal. Dan lebih tak masuk akal lagi bila korang tu terang-terang bukan jenis orang yang suka bergossip dan bukan jenis orang yang ambik tahu tentang orang keliling, tup tup orang lain pulak sibuk ambik tahu tentang korang. Awkward kan?? But korang jangan risau. Tu tandanya korang glamour. Glamour dalam diam. Haha.

Dulu-dulu kan, kalau orang suka buat gossip ni otomatik orang akan cop dia “joyah”. Ni mungkin sebab efek daripada cerita “opah” dulu kot. Ada sorang perempuan ni suka bawak mulut. Nama dia dalam cerita tu joyah. Kesian orang yang nama joyah. Huhu. Tapi zaman sekarang orang bergossip hebat. Semua pakai kat hujung jari je. Klik klik, tekan-tekan keypad, tekan-tekan keyboard, dah satu dunia boleh tahu tentang korang. Hot kan. Korang yang tak glamour pun boleh jadi terlebih glamour. Dah tak payah pakai khidmat joyah dah kalau nak tahu gossip, nak sebar gossip ni.

Kalau sebut gossip ni orang selalu sangat cop perempuan je yang kuat bergossip. Statement tu dah tak boleh pakai dah. Zaman sekarang ni boys pun sama naik jugak. kadang-kadang tu lebih over gossip dia daripada girls.


Macam mana nak elak daripada gossip?
Gossip tak boleh elak. Sebabnya kalau korang buat benda baik pun orang bergossip, korang buat benda jahat pun lagi la orang bergossip. So, korang buat bodo sudah.

Aku tak glamour jadi orang tak akan gossip pasal aku?
No. selagi orang nak bercakap pasal korang, dorang tak kira korang tu glamour ke tak dorang tetap akan nak bercakap. Nak nak pulak kalau kat diri korang tu ada something yang terlebih istimewa daripada dorang yang korang sendiri tak sedar.

So girls and boys, kalau nak bergossip berpada-pada la ya. Jangan sampai tak pasal-pasal korang dapat dosa pulak.


I don't call it gossip, I call it "emotional speculation." Laurie Colwin

p/s: ada jugak orang yang suka digossip. 
Ok. Guys, selamat malam. Time to sleep. ^^

Sunday, December 18, 2011

ini yang last


Assalamualaikum

Ni sesi last aku bermanja-manja dengan kak liz. Sesi last aku pergi teman dia ke PTG ipoh. Lepas ni aku kena bermanja-manja dengan orang lain pulak.

On the way to ipoh

Kak liz busy answering phone calls

 this is uncle mano

budak mana ntah ni
sepanjang perjalanan pergi dan balik kerja aku hanya tidur. tergolek-golek kiri kanan last-last sampai ofis muka serabai. 

next year buat kerja dengan orang lain pulak (--)"


Friday, December 16, 2011

pandai yang bodoh



Assalamualaikum

Budak sekarang pandai-pandai belaka. Sampaikan dorang boleh jadi pandai tentang perkara yang sepatutnya dorang tak perlu pandai.



Haha. Yang ni pulak pandai yang terlebih pandai 



Thursday, December 15, 2011

johnny depp : jatuh cinta lagi

Assalamualaikum

Good night everybody. Girls and boys. Especially untuk korang yang sekarang ni dalam dilema. 

Hari ni abang ensem bernama Johnny Depp nak ajar korang tentang erti cinta. Bukan erti cinta sebenarnya tapi abang ensem ni nak kasik korang satu nasihat.


beliau berfikir dengan penuh serius

jiwa boleh kacau kalau tengok abang Johnny Deep lama-lama. [abang?? haha]



girls sila pilih : antara hadiah barang kemas atau beruang


Assalamualaikum

Hai birthday girls sekalian. Kalau hari ni hari jadi korang mesti sekarang ni korang tengah mengalami fasa berbunga-bunga dan fasa berubah menjadi kembang setaman sebab korang akan dapat hadiah. Nak nak pulak kalau hadiah tu daripada someone yang memang korang harapkan. [boyfriend or skendal maybe?]. haha.

Ok. Beli hadiah untuk girls lebih mudah daripada beli hadiah untuk boys. Sebab hadiah untuk girls sangat berlambak dipasaran. Hadiah paling koman pun beruang. Rata-rata daripada gadis-gadis kat luar sana bila kena time hari jadi seumur hidup dorang mesti dorang akan dapat sekurang-kurang seketul anak beruang. Tak kira la anak beruang, bapak beruang atau mak beruang sekali pun. Tapi yang pastinya mesti beruang. Kalau tak dapat beruang mesti dorang akan merengek-rengek manja untuk dapatkan beruang.

ok untuk boys yang masih berada dalam keadaan kesamaran dan kekeliruan sebab tak tahu nak bagi apa kat korang punya baby girl, i mean girlfriend, samaada beruang or something else, dibawah ada jawapannya.


bestnya. hik!~




kenapa girls suka teddy bear


Assalamualaikum

You know panda? Beruang yang gemok bulat-bulat. Ada tompok hitam bulat-bulat kat mata dia. Badan dia sekerat belang hitam sekerat belang putih.

Semua orang sayang panda. Tak akan ada orang yang tengok panda lepas tu dia tak rasa geram kat panda tu. Tak ada. Aku rasa kalau panda tu ada depan hidung korang pun mesti korang akan peluk-peluk panda tu tak nak lepas. Especially girls. Why girls, sebab most of girls suka beruang. Girls peluk beruang akan menampakkan yang dorang tu sangat cute. Nak nak pulak beruang tu besar, gemok, gebu. Op! Bukan beruang hidup, beruang mati. I mean teddy bear. But do you know why girls like teddy bear?? 


bhahaha
lebih baik peluk beruang daripada peluk orang


Monday, December 12, 2011

bekal


Assalamualaikum

Untung la siapa yang dah kahwin. Kelak boleh bawak bekal banyak-banyak.



Kutilik sudah kurenung sudah
Pohon kuning pohon meranti
Kupeluk sudah kucium sudah
Tapi sayang kahwin tak jadi

Oh! Pantun apakah ini?? sangat tak sesuai


buat-buat


Assalamualaikum.

Selamat malam yang memang dah malam.

Petang tadi aku dah buat suatu benda yang memang dah lama sangat aku tak buat dan memang aku nak buat sangat-sangat. Aku lega bila aku dapat buat benda tu. Aku tengok ramai orang lalu lalang tapi dorang buat tak tahu. Tak ada pun orang yang buat macam aku buat.

Mungkin pintu hati dorang tak terbukak untuk buat benda yang sama macam aku buat. Macam aku waktu dulu-dulu jugak. Nak buat walaupun benda tu ada depan mata tapi aku tak terbuat. Bukan apa, aku rasa malu pulak bila nak buat benda macam tu sebab aku tengok tak ada orang buat pun.


Tapi tadi aku nekad. Aku nak buat jugak. Tak kira la apa orang nak kata pun. Janji aku dapat buat sebab benda tu memang dah lama sangat aku nak buat. Lepas aku buat apa yang aku nak buat tu, aku terus lari, op! bukan lari tapi jalan laju-laju sebab aku tak nak tengok muka-muka yang ada kat situ.

Aku sedih. Sedih bila tengok muka makhluk yang mengharap agar akan ada orang buat macam aku lagi dan lagi dan sedih bila tengok orang yang lalu lalang tapi tak buat apa pun. Atau mungkin mereka dah buat kat tempat lain? Eemm, hanya Allah yang tahu.

apa yang dah aku buat? eh!


hujan


Assalamualaikum

Selamat malam yang hujan lebat sangat-sangat.

Hello to all penggemar hujan sekalian. Korang apa khabar?

Sekarang ni musim hujan. Hujan. Hujan. Hujan. Ramai orang tahu hujan ni antara waktu terbaik untuk kita berdoa. Tapi ramai jugak yang jadikan waktu hujan sebagai waktu yang terpaling tepat dan terpaling sesuai untuk bergulung-gulung dalam selimut. Nak nak pulak time perot dah kenyang. Jadi korang boleh lah bergulung dengan enak lagi selesa dalam selimut tu.

Ustazah aku cakap kalau nak berdoa tu biar la kena dengan gaya dan tempatnya. Let say, korang belajar amik engineering lepas tu korang hari-hari berdoa kat Tuhan agar suatu hari nanti korang akan jadi doctor. Ohoii, mana mahunya kalau macam tu. Lain lah kalau lepas amik engineering korang apply masuk U balik lepas tu korang ambik medic. Ada ke orang macam tu? Kalau ada korang memang terbaik lah!

Doa jugak kena buat dengan usaha. Korang jangan berdoa, doa dan terus doa tapi tak buat apa. Contohnya korang nak dapat result yang terbest baik sekali dalam kelas. Tapi korang duduk diam. Tak usaha. Yang korang usaha hanya bukak tenet lepas tu merayap kat merata-rata blog, bukak itu ini, kuk kik kuk kik berborak dekat skype. Bila sampai waktunya korang memohon pada Tuhan agar korang dapat yang terbaik. Aku bet korang memang akan dapat result yang betul-betul terbaik lah kalau korang memang jenis macam tu. Haha. [gelak jahat].


Anyway bercakap tentang doa [bercakap ke menulis?] aku berharap agar Tuhan makbulkan doa aku. Doa yang disusuli dengan harapan yang penuh mengharap. Aku jugak berdoa agar doa-doa korang jugak dimakbulkan. Amin.