Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 15, 2011

perempuan menangis

Assalamualaikum.
setelah aku menyinggah dimerata-rata blog dan juga menerjah dibeberapa tempat aku terbaca satu soalan daripada seorang manusia. dia tak nyatakan samaada dia lelaki atau perempuan. tapi ayat dia menyatakan yang konon-konon dia adalah lelaki. ayat dia lebih kurang macam ni:

"betul ke orang perempuan ni kalau dengar lagu yang menyentuh perasaan mesti nak felling-felling.  sedih-sedih. nangis-nangis. kenapa ek??"

"kenapa orang perempuan suka menangis ek?. sikit-sikit nangis"


okei. ada orang berpendapat bahawa perempuan dengan menangis macam isi dengan kuku. tak dapat nak dipisahkan. sikit-sikit nak menangis. pasal benda kecil pun nak menangis. tak dapat itu ini nak menangis. dari kecil sampai ke tua menangis. menangis sana. menangis sini. dengar lagu pun nak menangis. apatah lagi tengok cerita sedih. lagi nak menangis. kenapa? kenapa perempuan perlu menangis?

bila tengok perempuan menangis mesti akan dilebalkan perempuan-perempuan dan wanita-wanita ini sebagai makhluk yang lemah. sebab apa? sebab suka sangat menangis. pada mereka menangis itu sama lah maknanya dengan lemah. sebagai perempuan yang juga tak terlepas daripada sifat menangis aku dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. 


pada pendapat aku berdasarkan kepada pemerhatian aku yang suka memerhati, perempuan menangis bukan sebab lemah. menangis bagi aku adalah salah satu daripada cara untuk para perempuan meluahkan apa yang terbuku yang tak mampu untuk mereka luahkan. daripada mereka mengamuk, menghentak dan menumbuk makhluk-makhluk yang tak berdosa lebih baik menangis. lebih membuatkan mereka rasa lega. kalau perempuan menangis, mereka bukan mengganggu gugat orang lain pun. mereka tak ajak orang lain turut serta untuk menangis. tidak. mungkin bagi sesetengah orang melihat perempuan menangis adalah suatu perkara yang mengjengkelkan dan nampak mengada-ngada. bukan mengada-mengada ya, tapi manja. [huhu]

lelaki tak menangis sebab mereka gagah. tak macho lah kalau nangis-nangis ni. macam perempuan. betul ke? aku tak tahu la pulak. kalau lah perempuan ni lemah lagi lembik sebab suka menangis tapi insan-insan ini lah yang bertanggungjawab melahirkan baby untuk insan-insan yang selalu melabelkan diri mereka gagah lagi perkasa sebab tak menangis. kalau mereka gagah lagi perkasa silalah beranak dengan sendiri. para perempuan yang lemah lagi lembik ini nak tengok sampai mana tahap kegagahan dan keperkasaan anda menahan sakit yang mampu meragut nyawa. boleh ke orang yang gagah lagi perkasa ini bawa perut ke hulu hilir tiga empat kilo beratnya. boleh?? 


jiwa perempuan penuh dengan kelembutan sebab tu mereka mudah menangis. tapi kalau kes yang menangis tak kena dengan tempat dan gaya aku sebagai perempuan pun rasa menyampah. tambah-tambah kalau merajuk dengan boy sebab tak dapat apa yang diaorang nak. siap hentak-hentak kaki dekat public area. aku pernah tengok satu kes waktu aku kerja kat fastfood restaurant waktu zaman aku muda-muda dulu, sambil  tunggu customer aku tengok lah keliling. tiba-tiba nampak satu couple ni duduk dekat port paling terpencil tengah gaduh-gaduh manja [uwek]. lepas tu tak semena-mena girl ni berlari laju-laju ke luar. yang boy ni terpinga-pinga lari dan jerit-jerit nama girl tu. siap melutut-lutut. entah apa yang dicakapkan boy tu kepada girl tersebut tak sampai lima minit elok je berbaik. boy tu bawa girl dia pergi cucuk duit kat mesin atm sebelah restaurant tempat aku kerja. aku tengok girl tu tersenyum riang dan ria. dan dengan selamber diaorang masuk balik and sambung makanan yang diorang tinggal tadi. eeii! ngade-ngade. 

p/s: cuma yang tak bestnya bila ada yang menangis lepas tu buat benda yang bukan-bukan yang boleh menggugat keimanan sebagai seorang muslim. bab tu memang akan menyusahkan orang lain. aku tak gemarkannya. 

3 comments :

  1. menangis? sy pun menangis jugak..=P

    ReplyDelete
  2. kdg2 lelaki x segagah yg dfkirkn,mngkin dr segi luaran n pndgn mata, lelaki tue gagah..sbnrnye same saja.kdg2 lelaki tue sndi lbh lemah dr sorg pompuan.cuma lelaki xpernah nmpkn hati halusnya,pcya laa..lelaki lbh kuat mngis dlm hati.xkn main lepas mcm pompuan scra bdepan.solelaki pndai cover sifat lemahny,,brbanding pompuan.bab pompuan mngade tue sy suke.~~

    ReplyDelete
  3. mm..rasenye mmg xsalah ppuan nangis. Dan betul, jgn overr sgt smpai org tengok meluat. Lelaki nangis pn xakan hilang macho. Dgn syarat nangis dgn kes2 yg patut nangis. Kalo lelaki tu tengok bayi kena buang dlm longkang pun xngalir airmata setitis dua..ishk3, keras tul hati tu

    ReplyDelete