Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 21, 2013

lelaki penyayang


Assalamualaikum

Selamat tidor yang dah masuk pukul1.03 minit petang. Waktu rehat macam ni tersangatlah syok kalau dapat memproses tinja mata. Kilang proses pulak dekat surau. Boleh buat pahala lebih. Huahua. Hello gadis-gadis comel yang sangat manja. Nampak terlebih manja bila gadis comel sukakan kucing. Dan nampak berlebih-lebihan manja itu bila mana kucing itu bermanja dengan gadis comel itu. Wah. Dua-dua manja maka jadi manja ganda dua lah kan. Holla jugak kepada hemsem-hemsem boy yang gemarkan kucing. Kelihatan sangat gagah tatkala kamu membelai kucing. Eh.

Tak nak taip panjang-panjang. Just nak cerita aku ada kucing. Tu je. hoho. 


Antara ciri lelaki yang penyayang adalah beliau sukakan binatang.




Monday, April 29, 2013

undilah kalau berani


Assalamualaikum

Selamat malam yang hangat. Sangat hangat bila dah nak pilihan raya. Hello gadis-gadis comel yang akan bertugas pada pilihan raya nanti. Dan holla kepada hemsem-hemsem boy yang sangat gigih dan taksub dengan perjalanan politik tanah air.

Time pilihan raya nanti aku kena bertugas. Aku malas. Tapi aku terpaksa demi Negara. Cewah. Ayat tak boleh blah. Huhu. Tak merasa jari aku nak mencalit-calit. Teringin jugak nak tengok dakwat kat jari sendiri. Tapi tak apa. kalau tak dapat calit dakwat dapat pakai inai di jari pun kira oraite jugak. Eh. Topic tersasar jauh dari landasan. 


motif pic besar-besar dengan harapan agar pengundi kenal siapa yang seharusnya dorang pangkah nanti.
undilah saya sebab saya lebih comel dari kak Ton.
manifesto : akan dikahwinkan anda yang belum berkahwin dengan kadar yang segera. 




Thursday, April 25, 2013

Tak cukup kuat mendengar hakikat


Assalamualaikum

Ini adalah cerita tentang hakikat bukannya hikayat.

“kau kena terima. Ini adalah hakikatnya”

Selamat petang. Petang yang nampak cerah. Tapi sekejap lagi yang cerah akan menjadi mendung. Menggendong benih hujan yang bakal dicurahkan diatas mukabumi. Basah. Tempias. Hello gadis-gadis comel yang berwajah redup. Nampak sejuk mata untuk dipandang. Tapi hakikatnya hati dah jadi beku. Dan holla kepada hemsem-hemsem boy. Yang sangat gigih memujuk hati yang dah keras. Nak diketuk akan pecah. Berderai. Tampal balik tak mungkin akan kembali kepada bentuk asal.

Hakikat.
Mendengar hakikat lalu menerima hakikat.

Hakikat bermaksud sesuatu yang nyata dan tidak dapat untuk dinafikan lagi. Menerima hakikat adakalanya memerlukan sebuah ketahanan mental, kestabilan emosi dan kekuatan jasmani yang super tinggi. Untuk mendengar hakikat bukan mudah. Apatah lagi untuk menerimanya. Tersangatlah susah. Kalau tak bersedia boleh menyebabkan korang mengalami kecederaan emosi yang sangat kritikal.


Apabila bercakap tentang hakikat, selalunya ia akan dikaitkan dengan perkabaran yang negatif. Jarang sekali perkataan hakikat ini dikaitkan dengan hal-hal yang positif. Yang menyeronokkan. Yang menggembirakan. Sangat jarang untuk berlaku.

“kau kena terima hakikat yang kau comel”
“hakikatnya kau memang pandai”

Ah. Sangat jarang untuk mendengar lidah manusia mengungkapkan perkataan hakikat dalam situasi yang positif. Kalau ada pun ia adalah dalam bentuk pujian. Pujian terhadap orang yang merendah diri. Yang tak akui tentang kelebihan dari Illahi.

Menerima hakikat sama maksudnya macam menerima kenyataan. Kenyataan yang tak dapat diubah. Statik. Termaktub. Oleh itu kita kena sentiasa bersedia sebab hakikat itu boleh tiba pada bila-bila masa. Ia penuh dengan nilai kejutan. Nikmatilah ia. Heh.   




Monday, April 8, 2013

hati seringkali dilupakan


Assalamualaikum

Selamat petang kepada gadis-gadis yang sangat berusaha dan komited mengubah diri dari seorang yang semestinya comel menjadi suatu figura yang bertambah comel. Dan selamat petang kepada hemsem-hemsem boy yang sangat berkeyakinan berubah dari seorang lelaki hemsem kepada yang bertambah hemsem gayanya.

Orang selalu cakap kalau muka huduh tak apa asalkan hati baik suci murni sesuci top. Ah. Itu semua ayat penyedap rasa je. Walhal hakikat manusia tetap memandang bahawasanya ciptaan fizikal adalah suatu perkara yang perlu didahulukan, hati dikemudiankan. Sungguh tidak selari denga kehendak kerajaan. Eh.


Bohong je tu.
Sangat sedikit manusia yang memandang hati daripada memandang muka.
Kalau ada pun manusia itu hanya satu dalam berjuta-juta lemon je dia akan wujud.

Sangat susah nak dapat manusia yang benar-benar berhati sebagai manusia yang memandang orang disekililingnya sebagai hamba yang Maha Esa. Apa yang mereka nampak adalah melabel manusia lain yang pada mata kasar sebagai suatu maklhluk yang tidak sempurna andai kata ciptaan itu tidak kena pada mutu, gaya dan keunggulan matanya.

Jika seseorang itu saiznya terlalu lebar, badan membulat tanpa arah tuju dan pedoman, atau kecil macam kutu saiz badannya sudah pasti akan menjadi bahan ejekan seolah-olah apa yang diciptakan oleh Tuhan itu adalah sesuatu yang berbentuk badut yang harus untuk ditertawakan. Itu belum lagi kalau masuk dalam bab wajah dan yang sama waktu dengannya.

Ah. Manusia sangat cepat bongkak dengan keadaan sekeliling.
Sungguh.

Tidakkah mereka ingat dan berfikir bahawa Allah telah menciptakan manusia itu sebagai makhluk sebaik-baik kejadian?




Thursday, March 28, 2013

hati bagai digaru-garu


Assalamualaikum

Kruk! Kruk! Kruk!
Bunyi orang sedang menggaru. Bukan sedang mengunyah keropok.
Kruk! Kruk! Kruk!
Aduh. Sakit. Luka.
Dah tahu sakit kenapa digaru. Letaklah ubat.


Kalau korang mengalami kadaran kegatalan pada tahap tepu adalah mustahil untuk orang disekeliling korang nampak dimana gatalnya itu berada. Lebih-lebih lagi bila mana korang tak mampu tunjuk dimana letaknya kegatalan itu. Nak garu tangan tak sampai. Tak garu pulak boleh menusuk hati dan perasaan yang sekaligus boleh menyebabkan korang mengalami tahap gangguan jiwa yang tinggi.

Hati dan jiwa yang selalu digaru-garu sangat menyesakkan jiwa kamu tahu. Nak buat itu nak buat ini jadi serba tak kena. Kenapa perkara ini terjadi. Tak bolehkah nak dapat hati yang tenang tanpa rasa digaru-garu apatah lagi tanpa rasa ragu-ragu?

Jangan dipedulikan manusia disekeliling yang membuatkan hati korang bagai digaru-garu. Banyak manusia suka menggaru-garu hati manusia lain tanpa memikirkan akibat yang bakal menimpa apatah lagi memikirkan tentang yang Maha Pencipta.

Berfikirlah tentang kekuasaan yang Maha Esa. Itu lebih baik. Biarpun tak ada yang tahu. Sebab ia mampu mengurangkan rasa dan menjauhkan jiwa dari perasaan yang bagaikan digaru-garu.


Demi Allah yang telah menciptakan manusia dan segala isi yang ada di langit dan di bumi