Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 23, 2012

tips : macam mana nak ajar anak membaca awal usia


Assalamualaikum

Selamat malam. Malam yang sangat sakan orang tengok tv. Nak nak pulak malam raya. Memang banyak la rancangan tv yang dilonggok untuk tatapan mata sekalian. Aku pulak duk mengadap lappy sementara ada tenet. Nanti lepas raya ni tenet dah tak dak. Wuuuu.

Ok. Aku bawak korang terus ke main point. Tips macam mana nak jadikan anak korang bijak membaca macam sang kancil. Ya anak-anak, harapnya korang nanti jadi bijak macam kancil dan janganlah jadi terlebih bijak macam buaya darat.

Tips dia mudah. Bila korang beranak, baby dalam lingkungan 3bulan korang dah boleh ajar dorang kenal huruf. Guna flash card yang ada ABC tu. Sehari tunjuk dua atau tiga huruf dah memadai. Waktu ni otak baby tengah berkembang kenal benda keliling dia. Lepas tu upgradekan lagi, ajar mengeja pulak. InsyaAllah masa umur 3 tahun dia dah boleh membaca dengan baik. Mungkin korang nampak macam baby tu tak tahu apa-apa. Nampak macam mata baby tu tengok boleh tembus dinding kot. Tapi sebenarnya baby tu tengah berpikir kejadah apa la yang mak dia kasik tengok. Wakaka. Serius tak tipu. Baby akan kumpul semua maklumat dalam otak dia.


Teruja tak? Kalau teruja silalah beranak sekarang. Haha. Oh. Aku terbayang sungguh comel baby tu belajar huruf yang bakal aku bagi tengok nanti. Wah. Budget macam nak beranak dah aku ni. Padahal kawen pun belum. Wuuuu lagi.

Aku dapat tips ni waktu aku tengok cerita menda ntah kat TV3. Cerita tentang anak-anak. Hasilnya anak kepada orang yang diinterview tu boleh baca paper masa umur 3tahun. Seronot kan mak dia?




salam aidilfitri perutku


Assalamulaiakum

Selamat petang kepada perut aku yang membuncit tanpa pedoman. Sempena bulan raya ni perut aku mengalami penyiksaan batin yang sangat nyata. Kesian perut aku sebab dapat tuan yang sangat tak berguna. Uhuh.

Selamat hari raya. Maap zahir batin kepada perut aku yang tersayang lagi tercinta. maapkan perasaan ini kerana aku tak mampu untuk menahan perasaan kuat makan. Maapkan aku ya... nanti aku pergi toilet nescaya kamu akan berasa lega. Ekeke.


Tak dak picture raya. picture kereta melambangkan bahawa aku pergi dan balik ke kampung naik kereta untuk beraya-raya. Picture mee semangkok dan balang kuih melambangkan aku makan tanpa pedoman untuk tiga round non stop hanya untuk raya ke5. Raya lain tak termasuk. Oleh itu sila jangan bayangkan betapa banyaknya makanan dalam perut serta usus aku. Wuhoho.

Selamat hari raya.
Maap sebab aku lahap sangat.



Thursday, August 16, 2012

perempuan lembik-lembik


Assalamualaikum

Selamat pagi. Hari khamis yang tak ada mood buat kerja sebab dah nak beraya. Boleh terima tak alasan aku yang kukuh lagi jitu ni. Padahal waktu tak raya pun semedang je aku tak dak mood nak kerja. Nak nak pulak kalau dah masuk hari khamis dan esok pulak jumaat. Haha. Sori boss. Jangan marah-marah nanti saya nangis kang. Haa...

Nangis dan lembik. Ini bukan cerita tentang menangisi kuih raya lembik sebab buat tak jadi-jadi. Tapi ini cerita tentang perempuan lembik. Ya. Lembik-lembik ni mana ada orang suka. Lembik dan manja lagi tak suka. Apatah lagi yang jenis buat-buat lembik dan buat-buat manja. Sah-sah akan dapat full pakej orang label sebagai mengada-mengada.


Baiklah kaumku. Kita sebagai perempuan adakalanya kena jadi gagah. Korang tak perlu angkat tong gas 14kilo setiap hari untuk menunjukkan kegagahan dan ketangkasan korang. No. No. No. Tu tugas laki korang nak angkat benda alah macam tu. Tak kan tahu nak makan je ye tak? Nak makan sedap-sedap tapi tolong angkat tong gas pun tak nak. Haih. Tepuk perut tu laju-laju baru tahu.

Gagah maksud aku kat sini berdikari. Tapi boys jangan pulak kalau dah tengok perempuan tu mampu berdikari korang ambik kesempatan terhadap keberdikarian dorang pulak. Mentang-mentang la girls boleh buat itu ini, korang buat relek je ya. kang kami memberontak kang baru tahu. Hoho.

Ok. oleh itu sebagai perempuan marilah kita berdikari. Kalau tak tahu cuba ambik tahu. Masuk la segala jenis kelas yang ada. Seni kulinari boleh seni pertahankan diri pun boleh. Agar kelak hidup kita terpelihara daripada jadi bahan umpan buaya tembaga. Aauummm!




Wednesday, August 15, 2012

inovatif dan kreatif : berfikir dengan bijak macam mana nak ngorat anak orang


Assalamualaikum.

Wah. Tajuk langsung lari dari isi kot. Ekeke.

Selamat malam yang tak sudah-sudah. Asal malam je buat blog. Asal buat blog je ucap selamat malam. hoho. Ok. Aku nak bercerita tentang inovasi. Ada la jugak faedah daripada duk merapu taip ntah apa-apa kan? Cewah.

Ntah bila ntah aku pun dah tak ingat, aku pergi seminar inovasi kat Ipoh. Jujurnya sebelum tu aku memang tak paham langsung kejadah apa la inovasi yang tempat kerja aku nak sangat staff-staff dia buat. Dah la bagi explanation tak jelas. Berbelit-belit. Sangat stress okei. Macam biasa asal inovasi je mesti dalam otak terpikir benda canggih yang memerlukan kajian dan penyelidikan yang tinggi. Aku pun terpikir sama macam tu jugak. Dan hasil daripada seminar tu semua yang aku bayangkan sebelum ni meleset.

Inovasi maksudnya lebih kurang macam ni: menghasilkan sesuatu lain daripada kebiasaan dalam bentuk yang kreatif. Tak perlu modal besar. Tak perlu kos mahal-mahal. Kalau banyak duit baguslah. Hoho. 


Contoh inovasi mudah:
Pakai kasut sebelah kanan merah, sebelah kiri biru. [harian]
Buah tembikai buat bentuk petak. [makanan]
Dalam ofis bergerak pakai kasut rollerblade. Wah. Hebat kau. [kerja]

Macam mana nak hasilkan sesuatu yang inovatif lagi kreatif?
Otak kena pikir lain dari yang lain. Dan macam biasa stigma masyarakat la yang menyebabkan kita tak boleh nak hasilkan benda yang kreatif. Takut kena label sebagai gila. Let say, korang pakai kasut sebelah merah dan sebelah biru. Warna terang gila pulak tu. dan of course orang keliling akan pandang macam korang dah buat kesalahan besar kepada seisi dunia dan alam. Padahal korang tak buat apa pun. Just pakai kasut lain-lain. Tak ada hal. Bukan berdosa. Tapi metaliti orang keliling buat korang rasa macam ntah apa-apa kan? Nak nak pulak kalau terikat dengan peraturan. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Apa pun tak boleh. Hoh.

Oleh itu marilah kita jadi makhluk Tuhan yang kreatif. Sia-sia je Tuhan bagi otak tapi tak nak guna. Duk pikir pasal awek yang hendak diburu je apa ke hal. Sekali sekala cuba la pikir lain daripada lain sikit. Cuba pikir cara kreatif macam mana nak pikat hati mentua. Hah. Baru kelas. 




mintak maaf dari jauh


Assalamualaikum

Selamat malam lagi. Wah. Wah. Banyak sungguh entri aku pasal raya kan? Sakan kamu mardiana. Mengalahkan budak kecik tahu. Huahua.

Ok. Bila dah nak raya macam biasa semua pakat nak mintak maaf dan ampun. Time raya je pun nak mintak maap. Lepas raya dendam balik. Haha. Standard la tu kan. Manusia selalu je ada hasad dengki. Ya tak?  Kalau mohon maaf time bukan raya mesti orang akan cop buang tabiat atau bahasa mudahnya tanda-tanda dah nak mati la tu. Haih.

Dari jauh aku pohon kemaafan.

Itu tagline yang sangat biasa untuk hari raya. Tapi awat dari jauh? Kenapa bukan dekat-dekat kita mohon maaf. Baru la rasa feel tu kan.

Memohon maaf dari jauh ni ada banyak makna. Samada jauh sebab perantau. Jauh sebab tak dapat balik raya tiket habis la pulak. Atau memohon dari jauh sebab takut nak face to face. Hoho. Sila pilih situasi yang sesuai.

Aku?