Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 15, 2012

raya di masa depan bukan versi doraemon


Assalamualaikum

Selamat malam yang penuh dengan emosi. Sangat beremosi sebab tudung raya tak beli lagi. Lagi bertambah emosi sebab bazaar dan tempat shopping sebelah rumah aku je. Tapi malas nak pergi maka aku pun layankan je la emosi aku ni. Emosi yang aku sendiri cari pasal. Huehuehue.

Memori raya aku sekarang dah tak sehebat memori raya zaman aku kecik-kecik dulu. Sangat sadis bila sekarang ni raya dah tak ada pantun pecah kaca pecah tong, lepas baca harap gantung. Semua tu memori kad raya. Sekarang ni kemain payah la nak cari kad raya. Dulu kalau time raya siap gantung kad kat ruang tamu. Sakan menayang. Konon diri itu sangat hot sebab dapat kad raya banyak. Padahal sendiri beli. Sendiri tulis. Sendiri pos kepada diri sendiri. Tapi syiok okei.

Minggu lepas abah suruh beli kad raya. Sekeping je pun. Tapi aku lupa. Op. Bukan sengaja lupa. Kebetulan waktu aku meronda rupa kad raya pun aku tak nampak. Huhu. Sorry daddy. Kita main tag kat mukabuku je la senang. Apa gunanya teknologi kalau tak guna. Hehe.


Entah nanti zaman budak-budak dari masa depan apa la makna raya pada dorang kan??



kalau tanya soalan bodoh


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang sangat sibuk shopping. Aku pun sibuk jugak. Sibuk nak tidur. Huhu. Baju tak beli. Lagi 3hari sampai la raya. Wuuuuu.

Ok. Macam biasa bila nak beraya puasa ntah kemana. Otak duk pikir pasal raya. Dan soalan yang selalu orang tanya pun semua banyak tentang raya. Fine. Boleh terima kalau soalan tu logic dan boleh diterima akal.

Tapi kalau soalan yang tak termasuk dalam akal macam mana nak jawab??

Jawapan dia senang je : no answer to a very stupid question. Kalau orang yang tanya tu jenis yang tak faham bahasa maka lempanglah dia laju-laju seikhlas hati anda dan leave him alone. Hahaha. 




aku kecewa lagi


Assalamualaikum

Aku dah tak tahu nak ungkapkan macam mana lagi dah perasaan yang terlalu menusuk hati dan sanubari, jiwa kecil lagi halus ini.

Klik!
Klikk!
Klikkkkkk!
dan keellliikkkk!!
Buat kesekian kalinya.

Encik broadband seolah-olah seperti mendambakan penampar sulung dari tapak tanganku yang agak comel ini. Tapi apakan daya. Broadband tidak mempunyai kepala. Kalau ada kepala bukan takat penampar tanpa segan silu lebih daripada itu aku mampu berikan pada kamu.


Kamu benar-benar ingin mengujiku bukan???!
Siputtttt!!!!




Monday, August 13, 2012

oh yeah yeah : terima kasih nestle sebab bagi hadiah


Assalamualaikum

Selamat malam lagi. Hehe. Alhamdulillah. Muka aku yang comel ni menang peraduan the best moment captured by nestle 100 years. Ok. Sila menyampah dengan aku sekarang. Dah la buat blog syok sendiri. Nak buat puji-pujian pun untuk diri sendiri jugak. Haha. Geli-geleman kan?

Yeah. Tak baik tau korang geli-geli dengan aku. Nak nak pulak dalam bulan puasa yang mulia ni. Oleh itu sila mintak maaf dengan aku sekarang. Hahahak.

Oh. Yeah. Yeah. Sangat gumbira sebab dapat cek dari nestle. Muahhh. Melekat bibirku kat cek tersebut. Dalam website aku menang untuk bulan Jun. Dalam surat tulis aku menang untuk sessi Mei. Adakah aku berpeluang masuk ke dalam TV untuk sessi iklan nestle? Wah. Oh. Yeah. Yeah lagi.


Mardiana sila jangan gedik sangat.


 

aku bukan badut


Assalamualaikum

Selamat malam sekali lagi. Disebabkan maghrib tak masuk lagi, maka dengan ini aku pun teruskan usaha aku menaip tanpa arah tuju yang benar. Cewah. Konon lawak. Huhu.

Ok. Lawak tak bertempat adalah lawak yang sangat dibenci oleh makhluk Tuhan. Buat lawak tak kena gaya, mutu dan keunggulan boleh buat orang sekeliling rasa macam…  

“eewww, apahal kamu nak jadi badut pulak waktu macam ni”.

Rasa macam nak bagi pelempang bertubi-tubi kat muka tukang buat lawak kalau lawak yang dibuat tu melibatkan maruah dan air muka kita. Dan semakin rasa macam nak jadi pembunuh pulak bilamana lawak yang pada mata kita tak lawak langsung, yang boleh mencabar kredibiliti dan keunggulan kita disambut dengan hilai tawa. Waktu tu rasa macam nak capai mesingun lepas tu tembak secara rambang biar dorang mati menggeletek kat situ jugak. 


Manusia bukan dilahirkan untuk dibadutkan oleh orang yang berperangai badut tahu. Sila hormat orang lain kalau nak rasa hidup itu dihormati.

Sekian. Emo-emo kejap. Huh.