Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 1, 2018

ilmu apa yang korang dapat?


Assalamualaikum

Selamat pagi. Hari ni ada Anugerah Khidmat Cemerlang. Disebabakan aku ni sejenis pekerja yang terlalu hebat, maka selayaknya aku duduk kat tempat audience je. Huhu. Hai gadis-gadis dan ibu-ibu yang sedang bekerja. Yang gigih mencari rezeki. Tak kiralah kerja apa pun. Asalkan halal gitu. Dan holla kepada jejaka-jejaka yang sedang mengira duit. Duit nafkah. Duit belanja. Duit bayar hutang. Duit anak. Duit bil. Heh. Banyak pulak duit nak kena kira.

Sekarang ni zaman dunia di hujung jari. Korang dah tentu tahu kan, dari hujung jari macam-macam yang korang boleh dapat. Dan paling penting semestinya ilmu.

Ilmu ni ni lingkungannya luas. Baca blog aku ni pun ilmu jugak. Huhu. Sometimes kita rasa macam eh, benda simple pun nak bagi tips. Tapi untuk orang yang tak tahu itu dikatakan sebagai ilmu untuk dia. Untuk korang yang dah tahu jangan kecam dan lebih baik diam.


Sebenarnya ilmu lebih penting daripada amal. Ha la. Korang nak buat sesuatu mesti kena ada ilmu kan. Tak kan nak main terjah je. Ibarat macam korang nak cari rusuk korang yang hilang. Ilmu nak mengorat bakal mentua kena ada. Huhu.

Macam tu jugak benda lain. Korang tahu tak, dari lahir ja sampai la ke tahap korang ada sekarang, dikelilingi dengan ilmu. Bezanya adalah macam mana korang terapkan  dan macam mana korang tengok sesuatu benda tu dari persepktif sebagai ilmu. Yeah. Ilmu yang posotif dan boleh bagi manfaat.

Ilmu adalah teman yang paling setia bila korang sepi. Sesetia member korang, setia lagi ilmu yang ada. Member setia sehidup semati ni jarang sangat ah nak ada. Kalau ada pun sebab korang famous, banyak duit. Ilmu ni mana korang pergi, dia setia ikut kemana saja. Selagi korang jadikan ia sebagai amalan dan pegangan.

Okei. Aku tengah cari feel nak tulis macam dulu. Ada unsur humor yang boleh buat hati aku rasa geli-geli bila baca. Lately entri aku agak skema. Kadang aku sendiri baca pun rasa tak boleh nak hadam. Serius sangat Mardiana ni dah kenapa?

Tata readers. Nak makan jap. Makan free siapa tak gembira ye dak?




Thursday, February 22, 2018

istiqamah



Assalamualaikum

Hello readers yang tengah bekerja, ibu-ibu berjawatan surirumah tangga sepenuh masa mahupun separuh masa. Dan holla kepada lelaki kat luar sana yang gigih kais rezeki dan mencari dana untuk isi perut bagi tempoh beberapa hari yang ke depan. Korang apa khabar? Dah makan? Kalau belum makan, jemput la makan angin dulu. Huhu.

Mesti korang rindu dengan nukilan entri aku kan? Kan? Alolo. Ngaku je la yang korang sebenarnya tersangatlah tertunggu-tunggu aku update blog ni. Kalau ikutkan agak lama jugak aku tak konsisten upadate apa-apa news kat sini. Kejap ada kadang-kadang langsung tak ada. Huhu. Buat masa ni aku tak mampu nak kekalkan momentum sebagai penulis blog tegar macam dulu.

Istiqamah.

“Saya doakan semoga awak istiqamah melakukan kebaikan…”

“Semoga istiqamah tuntut ilmu..”


Ayat istiqamah ni biasanya kita guna untuk ucapan benda-benda baik. Mana mungkin kita guna untuk ucap kemungkaran. Dan selalu jugak ia disinonimkan dengan penggunaan kata-kata motivasi mahupun naikkan semangat seseorang.

Istiqamah itu maksudnya thabit atau tetap tanpa adanya rasa gundah gulana mahupun luntur semangat. Yeah. Korang nak buat sesuatu secara berterusan and then kalau ada rasa gundah gulana, gelisah bagai semangat pulak tak ada, macam mana korang nak capai matlamat korang kan?

Okei. Aku bagi contoh. Sekarang ni korang tengah sibuk kumpul duit nak nikah. Bagi rakyat marhaen macam kita ni, kumpul duit untuk menikah sangat perit kamu tahu. So nak tak nak kenalah korang berusaha secara konsisten bagi mengumpul duit berkepok-kepok untuk masa depan yang lebih cemerlang lagi gemilang. Korang bersemangat nak kumpul duit sebab semangat nak kawen tu ada. Orang nak kawen tentulah bersemangat dan gembira ye dak? Tambah-tambah dapat pulak partner yang korang memang dah aim sejak dulu lagi. Huhu. So, korang pun istiqamah kumpul duit dan berdoa semoga impian dan matlamat tercapai.

Ermm..
Apa yang aku merepek ni..

Aku sebenarnya nak bagitahu, korang istiqamahkan lah diri korang tu untuk stay kat blog ni. Tanpa ada rasa gundah gulana dan perasaan putus asa nah. Kesian kat aku. Penat taip tapi tak ada orang baca. Huahua. Dan aku jugak cuba untuk istiqamah update entri kat sini.

Promise.*kelip mata laju-laju*





Thursday, February 15, 2018

lima belas februari 2018



Assalamualaikum

Selamat petang yang sangat hangat. Hai para pembaca sekalian. Lama jugak aku tinggal kan blog aku ni. Hampir tiga purnama lamanya. Keadaan agak sibuk. Banyak perkara yang perlu diuruskan. InsyaAllah aku cuba update entri-entri yang best. Huhu.

Ada orang cakap zaman sekarang ni bukan zaman untuk buat blog. Ada yang kata buat blog ni dah ketinggalan zaman. Orang kalau nak update apa-apa, lebih baik update di laman social popular macam facebook, twitter atau instagram.

Benda ni terpulang kepada diri masing-masing. Untuk yang suka taip panjang-panjang, boleh je update kat blog. Terutamanya benda yang bermanfaat yang boleh bagi input kat orang lain.


Sambil nak upate entri ni, aku tengok blog orang lain cantik ja. Kemas. Blog aku bapak ah hauk ntah apa-apa. Huhu. Cadang nak tukar buat sesuatu yang fresh, tapi otak ni tak boleh nak pergi jauh macam dulu. Huhu.

Err.. tak mahu taip panjang-panjang. Dah la lama tak update, tetibe pulak nak membebel dah kenapa ye dak? Huahua.

Okei. Jumpa lagi.