Assalamualaikum
Selamat petang.
Mengantuk tahap gaban mata aku ni. Tapi demi sesuap entri aku gigihkan jugak
menaip. Hari ni aku nak bagi korang baca tentang sesuatu yang bermafaat. Selalu
sangat aku bagi korang baca benda yang tak berguna kan? Huhu.
Petua nak dapat
anak. Aku mintak maaf sebab petua ni petua murahan. Huhu. Bukan apa. Aku tengok
ubat nak dapat baby mahal-mahal belaka. Aku ni dah la rakyat marhaen tak
berduit, jadi sebagai alternatif aku pun cuba jugaklah cara murah dan sesuai dengan
status aku yang serba-serbi kekurangan ini. Tapi Alhamdulillah. Aku cuba sekali
je menjadi. Wewewe. Korang cubalah tau. Aku doakan semoga kita semua murah
rezeki. Amin.
Okei. Mari kita mulakan.
Bahan-bahan dia KACANG HIJAU dan air. Okeh.
Meh sini aku nak bagitahu korang caranya dengan lebih padat, padu dan jitu.
Dua hari sebelum
korang habeh period mohon untuk ambik segengam kacang hijau dan lemaskan dia
dalam air selama dua hari dua malam. Dalam tempoh dua hari tu kacang hijau akan
membentuk jadi baby taugeh. Buat dua bekas. Setiap bekas segengam kacang hijau.
Aku suruh buat dua bekas sebab untuk korang standby memandangkan kacang hijau
nak jadi baby taugeh ni kena ambik masa sekurang-kurang dua hari lamanya.
Lepas tu bila
period korang habis, korang cuci baby taugeh dan buang sarung kacang hijau yang
bentuk dia dah rupe helmet tu. Dah bersih korang bubuh dalam periok dan
masukkan secawan air dan rebus sampai air jadi separuh. Sejukkan dan minum
dengan penuh pasrah lagi redha. Huhu. Dalam hari yang sama buat rendaman kacang
hijau yang baru.
Bekas yang
seterusnya tu standby untuk hari esok dan lusa. Makna kata setiap hari korang
akan dapat baby taugeh yang baru. Ulang perbuatan dengan penuh tawaduk dan
istiqomah dan minum sampai lah tibanya waktu subur. Jangan skip okei.
Hah. Part ini
antara yang terpenting iaitu macam mana nak tahu waktu subur dengan lebih tajam
dan tepat. Aku syorkan korang pegi beli ovulation predictor kit. Start dari
hari ke 10 atau 11 korang ujilah tahap kesuburan tu sampai lah alat ujian tu
tunjuk hari subur. Selagi tak tiba hari subur selagi tu korang kena minum air
kacang hijau dan selagi itulah korang uji hari subur. Ketepatan hari subur
sangat penting ya puan-puan, sebab telur yang dilepaskan biasanya hidup dalam
tempoh 36jam saja. Kalau korang telepas waktu maka telur itu akan mati. Dalam
tempoh 24jam waktu subur itulah korang dah boleh buat baby. Huhuhu.
Aku tahu, mesti
ada antara korang cakap, hokaloh benda macam ni pun nak cerita. Benda macam ni
pun nak bagitahu. Tak malu ke? Jawapan aku mudah je. Lantak koranglah nak kata
apa pun. Kesah pulak aku.
Hahaha.