Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 13, 2012

tapi dia sembahyang 5 waktu tak pernah tinggal


Assalamualaikum

Selamat malam yang dah memang malam dah pun. Hai pari-pari comel yang sentiasa mendambakan seorang penyelamat bumi yang sempurna lalu dapat menyempurnakan hidup anda. Dan hello kepada para-para yang bertanggungjawab memikul tanggungjawab yang adakalanya sangat berat dan tak terjawab.  

Macam biasa kalau nak cari calon teman seumur hidup ciri yang kena ada mestilah sembahyang 5 waktu. Orang yang sembahyang 5 waktu kompem akan menjadi pilihan dan rebutan bakal ibu-ibu mertua untuk dijadikan calon menantu. Satu dalam seribu belum tentu boleh dapat. Ye dak?


Mencari pemimpin yang mampu memimpin dengan baik bukan senang. Bukan senang macam cari ikan kat pasar. Ikan kat pasar tu pun jenuh nak kena pilih elok-elok. Apatah lagi nak cari orang yang akan jadi pasangan seumur hidup. Seumur hidup kamu tahu. Bukan untuk sehari dua.

Kita kena ingat walaupun dia sembahyang 15 waktu sekalipun, tapi kalau dia tak mampu untuk mencegah kemungkaran itu barmakna belum sempurna solatnya. Sebab solat yang baik bukan sahaja mampu dilaksanakan dengan sempurna malah mampu menjadi benteng kepada segala kemungkaran yang ada.

Syaitan ada di mana-mana. Sedangkan seorang ustaz pun boleh tergoda inikan pula kita sebagai manusia biasa. 




No comments :

Post a Comment