Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, November 7, 2012

lelaki ringan tulang idaman perempuan. cewah.


Assalamualaikum

Hai dan selamat petang kepada gadis-gadis yang rajin buat kerja. Yang ringan tulang. Yang rajin tolong orang. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang rajin buat kerja jugak, tapi buat kerja sekerat jalan.

Orang perempuan dah jadi lumrah dan dah jadi macam satu peraturan bahawa dorang ni memang dilahirkan untuk buat kerja rumah. Memasak, mengemas, membasuh, mengasuh dan segala-gala jenis me.. me.. lagi lah. Padahal kalau nak diikutkan tu bukan kerja hakiki dorang pun. Nak nak pulak kalau dah kahwin. Tugas rumahtangga tugas bersama suami isteri. Tapi rasa tanggungjawab tu yang buat orang perempuan buat kerja-kerja rumahtangga seorang diri. Eceh.


Sebenarnya perempuan ni unik. Dorang boleh handle banyak benda dalam satu masa. Orang lelaki selalu ingat buat kerja rumahtangga ni senang. Korang ingat senang ke nak uruskan rumah. Susah kamu tahu. Walaupun nampak macam duduk je kat rumah tapi sebenarnya lebih daripada duduk yang kitorang kena buat.

Sangat bertuah la kalau nak dapat lelaki yang boleh tolong isteri buat kerja rumah. And for girls kalau nak cari lelaki yang boleh tolong korang buat kerja rumah bila dah kawen nanti, meh aku bagi tips. Orang tua-tua cakap kalau la lelaki tu sebelum kawen dia rajin tolong mak dia kompem bila dah kawen nanti dia jugak akan ringan tulang nak tolong korang.

Kompem ke? Heh. Try la. Mana tahu kot dapat.







No comments :

Post a Comment