Assalamualaikum
Selamat petang
kepada gadis-gadis yang teruja bila nak kawen. Dan hai kepada jejaka-jejaka
yang sedang gigih mengumpul dana untuk dipersembahkan kepada bakal mentua. Kalau
tak gigih kang orang cakap nak main-mainkan anak dara orang pulak. Ye dak?
Asal cakap kawen
je mesti semua orang akan teruja. Tereksited. Terkinja-kinja. Oh. Mungkin juga
ya. Tapi kadang-kadang berita kawen bukan berita yang menggembirakan untuk didengar
oleh ahli kelab geng bujang. Sobs! Sobs!.
“mama, saya nak
kawen.”
“lelaki mana yang nak kawen dengan kamu ni ha?”
“putera dari
kayangan, heh!”
Orang cakap
kahwin adalah penyatuan dua jiwa menuju ke arah keredhaan dan kehidupan hidup
yang lebih sempurna. Yup. Penyatuan dua jiwa. Tapi nak membentuk penyatuan dua
keluarga sangat susah andai kata wujud beberapa konflik dan kemusykilan diawal
usia perkenalan antara kita dan keluarganya.
“tak pa sayang,
yang nak kawen kita. Bukan depa”
“tapi cayang..
bila dah kawen nanti kita bukan hidup berdua saja..” sobs sobs. Sambil kesat
hingus hijau kat lengan baju. Oh. Banyak pulak hingus keluar.
Kita kena fikir
kesan akan datang andai kata perkahwinan itu tetap diteruskan. Kesan terhadap
perkahwinan korang. Diri korang dan juga bakal anak-anak korang. Kadang-kadang
sikap keluarga boleh mempengaruhi kerukunan rumahtangga nak nak pulak kalau
dorang jenis yang suka menjaga hal ehwal semasa umat manusia.
Terlalu banyak
ranjau dan duri yang terpaksa korang hadapi sedangkan perkahwinan itu
sebenarnya bertujuan untuk mendapat ketenangan dan keredhaan Allah dan bukannya
bebanan dan penderitaan yang tidak sepatutnya korang hadapi.
Sangat rumit.