Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 15, 2011

lelaki tak menangis

Assalamualaikum
selepas aku buat entri pasal perempuan menangis, aku terpikir, terpikir dan terpikir. kenapa lelaki tak menangis. betul ke orang lelaki tak menangis sebab mereka ni sebenarnya gagah, perkasa, kuat malah berhati waja? atau adakah mereka tak menangis sebab mereka sebenarnya menangis dalam hati? atau adakah mereka pendamkan sahaja perasaan sedih mereka? kalau mereka tak menangis, jadi macam mana mereka luahkan perasaan tak puashati, sedih dan berduka mereka ek? satu persoalan jugak tu.

secara jujur aku tak pernah tengok lelaki menangis live depan aku. kalau aku nak tengok lelaki menangis aku tengok drama korea. dalam tu banyak lelaki menangis. tak pun hindustan. drama melayu pun ada jugak. tamil pun ada. ah! pendek cerita semua drama lah ada. menangis sebab kena tinggal dengan girlfriend, sebab perempuan. tapi kalau secara live mengikut kepada kotak memori aku belum pernah tengok lagi kot.

bagus jugak kalau lelaki tak menangis. kalau perempuan menangis lepas tu lelaki pun menangis apa kes.  tengok cerita sedih dua-dua menangis. dengar lagu sedih pun dua-dua menangis jugak. semua pakat menangis. tak ke haru dunia. tak bestnya. perempuan kalau menangis nampak cute la jugak [hoho], kalau lelaki yang menangis sah-sah nampak huduh, nampak macam pelik tapi benar. 

tapi itu lah, kalau lelaki tak menangis apa diaorang buat ya? betul ke diaorang tak pernah menangis? entah-entah nangis dalam bilik air kot. =p dalam bilik air mana ada orang nampak. melainkan kalau ada cctv. jadi boleh lah menangis puas-puas. kalau menangis depan-depan tempat yang orang nampak jatuh la saham. tak gagah lah kalau macam tu kan. 

ada pendapat mengatakan bahawa lelaki tak menangis sebab sesuai dengan fitrah kejadian mereka yang berjiwa kental, gagah lagi perkasa. orang lelaki dilahirkan dengan mempunyai kekuatan dan sesuai melakukan kerja-kerja kasar, yang memerlukan kekuatan tenaga. kalau lelaki tak kuat, perempuan tak kuat, lepas tu dua-dua pulak suka menangis, tak ke kelam kabut jadinya. cuba bayangkan, waktu si ayah tengah bertukang-tukang, tiba-tiba dia menangis kat atas bumbung tersedu sedan sebab kena buat kerja berat. kat dalam rumah pulak mak menangis sebab kerja rumah bersepah-sepah, anak pulak menangis sebab kelaparan. semua menangis, menangis, menangis. siapa yang susah?


p/s: bila tengok fahrin ahmad menangis nampak sangat tak kool.

perempuan menangis

Assalamualaikum.
setelah aku menyinggah dimerata-rata blog dan juga menerjah dibeberapa tempat aku terbaca satu soalan daripada seorang manusia. dia tak nyatakan samaada dia lelaki atau perempuan. tapi ayat dia menyatakan yang konon-konon dia adalah lelaki. ayat dia lebih kurang macam ni:

"betul ke orang perempuan ni kalau dengar lagu yang menyentuh perasaan mesti nak felling-felling.  sedih-sedih. nangis-nangis. kenapa ek??"

"kenapa orang perempuan suka menangis ek?. sikit-sikit nangis"


okei. ada orang berpendapat bahawa perempuan dengan menangis macam isi dengan kuku. tak dapat nak dipisahkan. sikit-sikit nak menangis. pasal benda kecil pun nak menangis. tak dapat itu ini nak menangis. dari kecil sampai ke tua menangis. menangis sana. menangis sini. dengar lagu pun nak menangis. apatah lagi tengok cerita sedih. lagi nak menangis. kenapa? kenapa perempuan perlu menangis?

bila tengok perempuan menangis mesti akan dilebalkan perempuan-perempuan dan wanita-wanita ini sebagai makhluk yang lemah. sebab apa? sebab suka sangat menangis. pada mereka menangis itu sama lah maknanya dengan lemah. sebagai perempuan yang juga tak terlepas daripada sifat menangis aku dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. 


pada pendapat aku berdasarkan kepada pemerhatian aku yang suka memerhati, perempuan menangis bukan sebab lemah. menangis bagi aku adalah salah satu daripada cara untuk para perempuan meluahkan apa yang terbuku yang tak mampu untuk mereka luahkan. daripada mereka mengamuk, menghentak dan menumbuk makhluk-makhluk yang tak berdosa lebih baik menangis. lebih membuatkan mereka rasa lega. kalau perempuan menangis, mereka bukan mengganggu gugat orang lain pun. mereka tak ajak orang lain turut serta untuk menangis. tidak. mungkin bagi sesetengah orang melihat perempuan menangis adalah suatu perkara yang mengjengkelkan dan nampak mengada-ngada. bukan mengada-mengada ya, tapi manja. [huhu]

lelaki tak menangis sebab mereka gagah. tak macho lah kalau nangis-nangis ni. macam perempuan. betul ke? aku tak tahu la pulak. kalau lah perempuan ni lemah lagi lembik sebab suka menangis tapi insan-insan ini lah yang bertanggungjawab melahirkan baby untuk insan-insan yang selalu melabelkan diri mereka gagah lagi perkasa sebab tak menangis. kalau mereka gagah lagi perkasa silalah beranak dengan sendiri. para perempuan yang lemah lagi lembik ini nak tengok sampai mana tahap kegagahan dan keperkasaan anda menahan sakit yang mampu meragut nyawa. boleh ke orang yang gagah lagi perkasa ini bawa perut ke hulu hilir tiga empat kilo beratnya. boleh?? 


jiwa perempuan penuh dengan kelembutan sebab tu mereka mudah menangis. tapi kalau kes yang menangis tak kena dengan tempat dan gaya aku sebagai perempuan pun rasa menyampah. tambah-tambah kalau merajuk dengan boy sebab tak dapat apa yang diaorang nak. siap hentak-hentak kaki dekat public area. aku pernah tengok satu kes waktu aku kerja kat fastfood restaurant waktu zaman aku muda-muda dulu, sambil  tunggu customer aku tengok lah keliling. tiba-tiba nampak satu couple ni duduk dekat port paling terpencil tengah gaduh-gaduh manja [uwek]. lepas tu tak semena-mena girl ni berlari laju-laju ke luar. yang boy ni terpinga-pinga lari dan jerit-jerit nama girl tu. siap melutut-lutut. entah apa yang dicakapkan boy tu kepada girl tersebut tak sampai lima minit elok je berbaik. boy tu bawa girl dia pergi cucuk duit kat mesin atm sebelah restaurant tempat aku kerja. aku tengok girl tu tersenyum riang dan ria. dan dengan selamber diaorang masuk balik and sambung makanan yang diorang tinggal tadi. eeii! ngade-ngade. 

p/s: cuma yang tak bestnya bila ada yang menangis lepas tu buat benda yang bukan-bukan yang boleh menggugat keimanan sebagai seorang muslim. bab tu memang akan menyusahkan orang lain. aku tak gemarkannya. 

salam maulidur rasul kepada semua umat Islam

assalamualaikum wahai umat Islam. salam maulidur rasul buat anda semua. setelah sekian lama aku tak update blog ni sebab mood cuti yang bermaharajalela dalam diri. untuk permulaan aku nak buat entri pasal maulidur rasul. hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. entri yang tak panjang. [pendek je sebab aku tahu tak kan ada orang nak baca]. okei. kebetulan maulidur rasul jatuh sehari selepas valentines day. ramai orang duk sibuk bising sambut valentines day. aku tak nak ambil tahu pasal valentine melantine ni. persetankan itu semua. sebagai habuan aku selitkan selawat Nabi s.a.w untuk dijadikan sebagai dendangan telingan sambil meng'up'kan lagi saham pahala anda semua. insyaAllah. 


sangat best didengar sambil baring-baring dan golek-golek sebelum tidur. mampu mengusir segala kerunsingan dalam jiwa. amalan dia mudah je. sebelum tidur, pasang mengikut sesedap telinga anda dengar. sambil dengar tu pejam mata. best rasa macam didodi-dodoi. tak percaya? tak percaya sudah.

Tuesday, February 1, 2011

jangan menindas hanya kerana kita ingin berada diatas

okei. tindas, menindas, tertindas, dan penindasan. melibatkan dua subjek utama. pihak yang menindas dan pihak yang tertindas. dalam bab ni biasanya aku banyak berada dalam kotak tertindas sebab aku lambat pikap dan juga tak boleh nak detect samaada apa yang dilakukan terhadap aku itu adalah berbentuk penindasan atau pertolongan. ditambah pula dengan kelurusan aku yang menyerupai lurusnya sekeping [sekeping ke?] pembaris. apa yang orang suruh buat aku ikutkan je selagi ia tak mengganggu kestabilan jiwa dan emosi aku. tapi macam tadi aku ditegur oleh seorang insan yang menyarankan aku agar tidak terlalu mengikut macam pembaris. sesekali perlu belok-belok jugak sebab nanti kelurusan aku akan membawa padah. aku blur dan berfikir apa yang si dot dot dah lakukan kat aku hinggakan pada mata insan tersebut ia dilihat sebagai suatu bentuk penindasan? aku tak nampak aku ditindas. adakah sebenarnya aku telah ditindas secara senyap? entah. aku pun tak tahu. saranan insan tersebut betul-betul mengganggu emosi aku. keadaan diburukkan lagi dengan nasihat dari seorang insan lain agar aku berhati-hati kerana banyak mata yang sedang memerhati. aku bertambah blur. [uhuh]. kenapa aku yang dijadikan sebagai subjek untuk mereka melakukan penindasan? hanya mereka saja yang tahu. aku tak nak ambil tahu sebab akan menyesakkan jiwa aku. 


mama pesan "jangan buat orang nanti orang buat kita balik". justin timberlake pun pernah pesan jugak "what comes around goes around". macam tu juga dengan alicia key. pesanan dia paling pendek "karma". orang sekarang cakap "Tuhan bayar cash". buat je jahat kat orang, tengok la tak lama tu kena kat kita balik. ada orang dia tak peduli. hukum karma ke, hukum Tuhan ke dia tak ambil pusing. janji apa yang dia nak dia dapat walaupun orang sekeliling dia ditindas. kaki mengampu pun dikira menindas jugak lah kan. macam tu jugak dengan kaki umpat. buat cerita yang bukan-bukan dan akhirnya timbul perasaan prejudis kat orang yang tak bersalah tu.  

okei. macam mana nak buat diri kita tak ditindas? aku tak tahu. [hoho]. tapi aku cuba nak ambil tahu jugak tambah-tambah menurut laporan bahawa aku mempunyai potensi untuk ditindas. menurut insan yang melaporkan aku seharusnya tidak terlalu ikut telunjuk si polan atau si polan. aku seharusnya mempunyai pendirian untuk menyatakan pendapat aku dan mempunyai pendirian untuk menyatakan kebenaran. aku paling tak suka bila simenindas meraikan apa yang dia dapat melalui usaha menindas orang lain. lepas tu bangga cerita dekat orang lain bahawa apa yang dia dapat itu adalah usaha titik peluhnya. ya, makin berpeluhlah anda jika orang yang ditindas itu doakan pembalasan untuk anda. rasakan [haha]. 


aku adalah sepisis manusia yang lebih suka mengalah daripada berbalah. tapi adakah itu salah satu daripada faktor utama berlakunya penindasan terhadap aku?? wallahualam. hanya Tuhan saja yang tahu.