Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 12, 2012

perempuan ibarat google



Assalamualaikum

Hai girls yang kalut-kalut. Girls yang kelam kabut nampak comel. Tapi nampak tak comel kalau dorang kelam kabut dan kalut nak jaga tepi kain orang.


Perempuan ni sangat unik. Dorang ibarat google. Orang belum habis cerita dorang dah siap buat kesimpulan yang ada. Macam google la jugak. Belum sempat nak habis taip google dah sediakan senarai yang sepatutnya. Padahal kadang-kadang tak ada kena mengena pun dengan apa yang kita cari.

Eheh.



perokok mudah dapat kawan


Assalamualaikum

Hai girls yamg suka lawan-lawan dan suka gaduh-gaduh. Gaduh sambil tarik rambut. Lawan sambil tarik tudung. Dah la kaki gaduh, susah nak dapat kawan pulak tu. Haih.

Orang lelaki lebih mudah dapat kawan berbanding dengan perempuan. Kalau pergi mana-mana dorang tak payah susah-susah nak bukak topic kalau nak bercakap. Lebih mudah dapat kawan kalau dorang tu perokok.

“bang, ada lighter?” lepas tu  bla bla bla. Start berborak. 


Merokok boleh merapatkan hubungan. Hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan doctor, hubungan manusia dengan kubur.

Serius. 




Saturday, June 9, 2012

jatuh hati tapi tak dipeduli


Assalamualaikum

Hai girls yang sedang dilamun cinta dan hello boys yang cintanya tak kesampaian. What’s up.

Cinta tak kesampaian sangat tragis. Lebih tragis bila korang memang dah beria-ria dah nak kawen dengan orang tu. Tengok-tengok orang tu pulak tak nak kawen dengan korang. Wuwuwu. Bak kata pepatah korang sebenarnya bertepuk sebelah tangan je selama ni. Korang ingat tepukan korang tu bersambut. Rupanya disambut oleh dahi sendiri. Heh.   

Nak tak nak korang tak ada pilihan. Korang kena kuatkan hati dan carilah orang lain pulak ya. Jangan putus asa untuk bercinta lagi. Usaha escalator kejayaan. Tak payah la korang nak tutup pintu hati korang untuk orang lain. Rugi tau kalau tolak nikmat yang Allah dah bagi. 


Kebimbangan yang paling kuat adalah rasa bimbang kemungkinan curahan rasa ikhlas anda tak diterima oleh orang yang mendengarnya sedangkan anda sudah jatuh hati padanya. 

Hanyut rakit dari seberang
Putus tali mari bergalah
Sungguh sakit bercinta seorang
Ibarat bertepuk tangan sebelah




Thursday, June 7, 2012

peraduan Nestle 100 Years


Assalamualaikum

Aku dah masuk peraduan Nestle 100 Years. Korang pulak macam mana?


Aku tak masuk kategori story sebab bila aku start je letak jari kat keyboard otomatik aku kerja nak merapu je. Aku jugak tak masuk kategori video sebab aku tak reti nak rakam merakam. Nak masuk kategori Tweet apatah lagi sebab aku hanya layan mukabuka saja. 

Aku masuk untuk kategori gambar. Daripada aku mensia-siakan picture yang ada baik aku masuk peraduan ni kan?. Mana tahu kot-kot dapat. Uhuh. Harapan. 





Wednesday, June 6, 2012

jujur aku benci lagi


Assalamualaikum

Sejak aku terkeluar daripada perut mama aku, memang aku dah set siap-siap dah yang aku sangat benci dengan sukan. Semua jenis sukan aku benci. Nak nak pulak sukan lari-lari ni. Paling benci sukan bila aku bersekolah satu sekolah dengan adik aku. Bertambah benci sukan bila aku kena berlumba dan berlari bersaksikan adik aku. Lepas tu adik aku tanya, “kak, tadi ko kejar apa kak?”. Cis!  

Semakin benci bila ada acara lompat tinggi. Ya. Awal-awal lagi palang tu dah sama paras dengan dahi aku. Apa kejadah pulak aku nak lari dan melompat tinggi-tinggi dengan harapan aku boleh lepas palang tak berguina tu. Tak. Tak. Tiap-tiap tahun aku sangat benci dengan aktiviti ini dan tiap-tiap tahun aku akan buat strategi yang sama. Lari laju-laju, sampai kat palang aku tolak dengan tangan. Hahaha. Sorry cikgu. Aku tak akan lompat. Never. 


Aku jugak benci bila aku terpaksa ambik acara lompat jauh. Dengan harapan kot setiap ahli sukan boleh sumbangkan mata. Harapan tinggal harapan. Lari bagai nak rak. Bila lompat alahai sekangkang kera. Korang boleh bayangkan macam mana kera tu mengangkang macam tu jugak la besarnya wilayah jajahan yang aku mampu takluk untuk acara lompat jauh. Benci sungguh aku rasa.

Aku tak suka sukan.
Jujur. Aku benci.