Assalamualaikum
Selamat pagi. Pagi-pagi
rasa pening. Kepala bepusing-pusing. Mahu tak bepusing, semalam aku buat
kira-kira untuk satu kes tanah dan aku dapat jumlahnya RM100k plus plus. Bila kira
balik hari ni nilai dia naik sampai Ringgit Malaysia berjuta-juta lemon. Bukan sejuta
dan bukan jugak dua juta. Tapi berbelas juta kamu tahu. Wuwuwu. Dah kenapanya
lari banyak sangat ni wahai encik-encik nombor hoi? Aku barangan kuat sangat ke
waktu buat kira-kira tu? Kalau kira duit sendiri sebanyak tu bagus jugak. Heh.
Stress.
Bertenang.
Jangan stress.
Orang kalau
stress sangat susah nak bertenang. Kalau nak bertenang je rasa stress datang
menjadi-jadi. Kadang tu jenuh jugak pujuk minda sendiri lalu berkata, releks
la. Allah kan ada. Masalah dan pemasalah yang wujud dalam hidup ni semuanya
berkaitan dengan manusia kebanyakkannya.
Jadi untuk para
pekerja sekalian marilah kita memotivasikan diri sendiri. Pujuk hati dan
perasaan dan cakaplah dalam hati, aku buat kerja bukan kerana boss aku suka
hamput aku. Bukan sebab boss aku push aku suruh siapkan laju-laju dan bukan
jugak sebab dia, bukan sebab mereka semua.
Aku bekerja
kerana Allah Taala. Allah yang bagi kerja ini. Dan mereka hanya perantara
sahaja. Oleh itu mari kita buat kerja sambil melempiaskan perasaan gembira
kerana Allah dah kurniakan rezeki untuk kita. Walau gaji hanya sedikit tapi sekurang-kurangnya
ia tetap ada. Berterusan dan tak perlu meminta-minta. Melainkan minta kepada
yang Maha Pemberi Yang Maha Esa.
Hoyeah! Tarik nafas
dalam-dalam.
Dan marilah
lompat dari kerusi ofis laju-laju.