Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 30, 2015

kenapa awak tak pernah minta apa-apa dari saya?


Assalamualaikum

Selamat petang. Hari ni hari hujan. Eh. Bukan hari ni je. Boleh kata setiap hari. Petang-petang mesti hujan. Tapi, dah nama pun kawasan paling lembab di Tanah Melayu sudah tentulah hujan dan air tak dapat nak dipisahkan. Ye dak? Hai gadis-gadis comel yang sangat baik hati. Dah la baik hati. Comel pulak tu. Dan holla kepada hemsem-hemsem sekalian. Yang berbudi pekerti dan tahu menghargai nilai hakikat seorang manusia. 

Awak, ni untuk awak. 
Terima kasih. Tiba-tiba rasa mata berkaca. 
Ya. Berkaca tanpa disuruh-suruh. Berlaku secara tiba-tiba.

Mendapat sesuatu yang tak terduga memang sangat mengujakan. Nak nak pulak kalau benda tu datangnya daripada insan yang korang jatuh sayang. Yang jatuh cinta. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Dengan syarat korang kena tahu dan kena pandai hargai tentang apa yang diberi walau hanya perkara biasa-biasa. Mungkin pada pandangan mata kasar manusia lain benda tu tak akan bagi apa-apa makna. Tapi pada mata kita ia lebih daripada segalanya.


Awak suka tak?
Mata masih lagi berkaca.
Senyum lebar sampai ke telinga. 

Perasaan jatuh sayang boleh menyebabkan manusia yang dilamun cinta akan terima apa saja dengan seadanya. Kalau benda kecil pun boleh buat diri rasa teruja apatah lagi benda yang besar nilainya. Samaada besar atau kecil nilai sesuatu perkara itu sebenarnya bergantung kepada macam mana kita menetapkan aras penghargaan kita terhadap insan yang kita jatuh sayang apatah lagi yang kita jatuh cinta. Makin kita hargai dia makin kita rasa diri dia sangat berharga lebih dari segalanya. Nak nak pulak orang yang sudi terima kita. Setelah jenuh setelah puas kita mencari dia untuk suatu tempoh yang panjang dan lama.

Awak, kenapa awak tak pernah minta apa-apa dari saya?
Mata masih berkaca. Tapi kali ini bertambah-tambah pulak kacanya.
Nak diseka tak sempat. Lalu ia jatuh ke riba.

Sekian. Okei. Aku nak pikir karangan untuk next entri pulak. 




Tuesday, April 28, 2015

Hikayat baby dari masa depan : kita kena tahan ward baby..


Assalamualaikum

Selamat petang. Mama baru lepas makan pisang dua ketol. Diharap baby mama turut rasa betapa enakknya pisang yang abah baby beli semalam. Abah baby cakap nama pisang tu Rastali. Dah rupe bunyi tikus Ratatouille je kekdahnya. Mama baby ni mana kenal jenama-jenama pisang. Yang mama tahu pisang itu adalah pisang. Tak kira pisang kecik, besar, panjang, pendek. Ia tetap adalah pisang. Okei. Mari mama bawak baby ke pangkal jalan. Mama bukan nak cerita pasal pisang. Tapi cerita tentang hal kita berdua.

Wahai babyku sayang,
Mama dan baby kena tahan ward. Untuk tempoh 11 hari lamanya. Macam mana mama kena tahan? Ceritanya macam ni baby, waktu tu 14hb April 2015 (selasa). Mama pergi Hospital Taiping sebab nak buat routine check up. Dokter pakar nak check keadaan mama dan baby dalam perut mama ni. Mama pun pergi macam biasa tanpa ada rasa prejudis. Bila sampai turn, lebih kurang dalam pukul 8.00 pagi dokter kemain bersilih ganti datang check perut mama. Tiga empat orang dokter datang check. Kejap kejap dokter berkerut dahi. Kejap kejap muka dorang blur. Kejap kejap dorang scan. Lepas tu dorang check jantung baby guna alat apa ntah.

Keadaan tu berlanjutan selama 4 jam lamanya. And then lebih kurang jam 12.00 tengahari dokter-dokter kat sana buat keputusan mama kena tahan ward. Dokter cakap baby sangat kecik. Dan kemungkinan baby akan lahir secara tiba-tiba. Mama terkejut dan sedih. Kenapa dorang tak bagi tahu tentang keadaan baby sejak awal lagi? Selama ni dorang cakap baby okei. Dan mama kena refer kat pakar sebab nak confirmkan tarikh lahir baby je. Bukan berkaitan dengan masalah lain. Rupa-rupanya masalah baby mama ni dah lama berlanjutan. Tapi dorang tak cerita sepatah haram pun. Sadis sangat mama rasa tahu. Sobs!


Wahai cinta hati mama tersayang,
Sebelum mama kena tahan ward mama kena suntik ubat kat pungkoq. Barang sedas. Tujuannya nak bagi ubat untuk kuatkan paru-paru baby. Sebab paru-paru baby akan berhenti membesar pada minggu ke 34. Dorang takut bila baby lahir secara tiba-tiba paru-paru baby tak mampu nak bertahan. Mama jadi panik bila dokter cakap macam tu. Dokter tu tak berhemah. Cakap agak kasar untuk orang yang dalam keadaan panik macam mama ni. Wuwuwu. Kalau mama tahu pungkoq mama kena cucuk, mama awal-awal lagi dah sapu lotion nak bagi gebu. Waha. Sakitnya rasa waktu kena cucuk tu Allah je tahu baby. Lepas kena cucuk mama tak boleh bergerak. Dari pinggang sampai hujung kaki mama lumpuh untuk tempoh beberapa minit. Mama nangis dalam hati. Tsskkk.

Lepas tu dalam pukul 1.30 petang mama masuk ke dalam ward. Nurse cari waris. Mama cakap tak ada waris. Mama datang semata dengan baby je. Abah baby outstation. Nak balik ke pangkal jalan memang tak la sebab abah baby nun berada jauh diseberang lautan. Huhu. Mama pun pasrah lagi berserah. Jalan sorang-sorang. Salin baju. Panjat katil lalu mama terbaring sambil menung dan merenung masa depan yang mama pun tak tahu macam mana. Mama nangis dalam hati lagi. Tssskk. Tssskkk.

Wahai baby gula-gula kapas mama,
Selama tempoh tu dokter datang check baby dalam perut mama. Alhamdulillah. Baby sihat. Sempurna. Cuma saiz baby kecik daripada keadaan yang sepatutnya. Tali pusat baby sepatutnya berpintal. Tapi bila scan dokter cakap tali pusat baby lurus. Huhu. Dokter cakap mungkin baby kurang bergerak pusing dalam perut mama diwaktu awal kejadian baby. Mama kira-kira lebih kurang enam orang dokter berkerumun secara berjemaah datang rawat mama dan baby. Tak termasuk dengan nurse. Masing-masing duk guna bahasa saintifik apa ntah. Dokter cakap baby punya berat 800g. Susut dari 1003g dalam tempoh 3 hari. Dan sepatutnya berat baby paling koman 1.8kg waktu tu.

Mama blur-blur. Kalau ikut hati dorang nak mama mamberanakkan baby secara paksa tanpa mama rela. Mama tawakal waktu tu. Mama betul-betul berserah kepada Allah. Tapi alhamdulillah. Sekali lagi nasib menyebelahi kita wahai babyku sayang. Sepanjang tempoh dokter terkebil-kebil cari punca pemasalahan yang timbul, mama baca macam-macam doa. Mama redha dan menangis dalam hati lagi kali ni. Tsskk. Tsskk. Tsskk. Dan kali ini pada hari khamis 24hb April 2015 dokter membuat keputusan untuk melepaskan mama daripada dijadikan sebagai tahanan tanpa kerelaan. Alhamdulillah. Waktu tu mama rasa seronok kemain. Kalau ada kepak memang mama dah terbang dah rasanya. Abah datang ambik mama. Rasa dicintai pulak waktu tu. Sungguh baby. Perasaan yang sangat serius. Wehuu.


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Wahai cinta hati dunia akhirat mama,
Mama sangat gembira bila baby mama bergerak-gerak dalam perut mama. Kejap kiri. Kajap kanan. Kalau boleh mama rakam memang mama rakam dah. Tapi tiap kali mama nak rakam dan-dan baby senyap. Hoih. Macam tahu-tahu ja mama nak rakam kan.

Mama tak kisah kalau tak ada orang nak baca blog mama ni pun. Tapi kalau baby yang baca mama suka sangat-sangat. Ha la. dalam ni mama banyak buat catatan buat baby mama yang tersayang ni. Bukan apa. Baby kena tahu, kadang-kadang kita sebagai manusia kita tak mampu nak luahkan apa yang kita rasa melalui kata-kata. Kerana perasaan itu terlalu sukar untuk digambarkan. Mama harap bila baby dah besar nanti baby akan faham apa yang mama cuba nak sampaikan pada baby.

Minggu depan 5hb Mei 2015 mama kena jumpa pakar lagi untuk tengok perkembangan baby. Semoga segalanya dipermudahkan Allah ya baby. 

Oh ya. Terima kasih kepada yang datang melawat. Abah dan mama (wawan dan opah baby). Afrina jugak. Abah dan mak (tokwan dan mak tok baby). Adik ipaq yang bagi buah strawberi cicah cekelat. Orang-orang sepejabat. Dan makcik-makcik yang tak dikenali tapi rajin datang menyembang dengan mama baby ni. 

Babai baby. Nanti mama catat lagi.
I lovee youhhh! 
Muah ciked. 




Thursday, April 9, 2015

jodoh dengan orang hodoh


Assalamualaikum

Selamat pagi yang sangat mengantuk. Konon nak jadi perempuan melayu terakhir dibumi bertuah Tanah Malaya, gigih aku bangun pagi-pagi semata nak siapkan sarapan untuk perut sendiri. Rasa perut ini dihargai pulak.

Hai gadis-gadis comel yang selalu rasa diri itu tidak sempurna. Nak nak pulak bila mana korang dapati bahawa sepatutnya sekarang ni korang perlu berada dalam fasa golongan mak-mak orang hendaknya. Yeah. Dah kehendak Allah tentukan macam tu, dah kenapanya mulut-mulut manusia lain bergigihan nak menjoyah tak tentu pasal kan? Dan tak lupa jugak kepada encik-encik hemsem sekalian. Aku tahu lelaki pun ada jugak yang mengalami masalah yang sama. Nak timang anak sendiri, tapi bakal ibunya pulak tak jumpa sampai kini. Huuuu.

Muka macam kena kapak tapi dapat girl macam Miranda Kerr.
Kegilaan apakah ini?
Heh.


Jodoh. Jodoh itu pasangan. Pasangan yang dah ditetapkan Allah sejak korang belum wujud kat atas katil bersalin lagi. Tapi kalau sebut pasal jodoh mesti orang akan berimiginasi bahawa sesungguhnya orang yang berkahwin itu haruslah mempunyai tahap kesepadanan yang tinggi. Kalau boleh kebarangkalian mempunyai persamaan itu mencecah hingga 360 darjah. Hampir sama. Hampir tepat. Nanti barulah boleh dikatakan sebagai sekufu dan bersekutu. Kalau dari segi rupa kena ada gaya. Senget sikit muka maka kata-kata caci akan diterima. Tu belum lagi masuk bab ekonomi. Poket mesti kukuh sejajar dengan kedudukan mata wang terkini.


Allah Maha Kaya. Dia jadikan mata setiap daripada manusia tu berbeza-beza. Mempunyai perspektif dan penilaian yang tak sama. Mungkin korang nampak muka lelaki tu macam kena kapak. Tapi pada girl tersebut itu bukan bekas kapak. Pada dia itu adalah kesan seni yang sangat dramatik sebenarnya. Nampak unik. Lain dari yang lain. Huhu. Penerimaan setiap orang tak akan sama bukan?

Apa yang penting jangan duk kalut sangat mengata orang. Jaga diri sendiri. Jaga mata sendiri. Korang jangan nak samakan taste korang sama dengan taste orang lain. Tak pasal-pasal nanti kena kebas tak ke naya. Jadi bersyukurlah kalau orang kata pasangan kita huduh. Walhal hakikatnya pasangan kita tu sebenarnya jelmaan Cinderella. Jadi cantik waktu malam je. Ye la. Malam-malam kena melaram lebih untuk suami. Hahahaha.

Okeilah. Malas nak merepek.
Aku nak sambung makan roti sardin.
Menteri cakap sardin ni makanan orang kaya tahu.
Bangganya aku. Makan sambil kembangkan hidung.