Assalamulaikum
Selamat petang. Duduk
kat tempat beraicond ni boleh menyebabkan udara yang bertebaran mengandungi bau
yang boleh mengganggu perasaan dan mengusik jiwa. Bau cagu kamu tahu. Huhuhu. Rasa
nak pengsan.
Aku sekarang
sedang berjuang melawan sifat malas. Bukan malas sebenarnya. Aku kalau nak buat
sesuatu kena ada perancangan rapi. Kena ada matlamat dan jadual. Barulah agenda
akan tercapai. Hoha. Hebat tak alasan aku bila malas.
Minggu lepas
kepala aku telah berjaya disudip oleh mama aku sebab aku tercakap yang aku
pakai baju tak iron time pergi kerja. Sebab beliau pelik, apasal la tiap-tiap
minggu aku duk cuci baju yang sama ja. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata sudip singgap di kepala. Aku insaf untuk beberapa detik dan ketika.
Tapi orang
sepatutnya faham bahawa sesungguhnya kedut itu seni. Aku sedikit kecewa. Tapi aku
tahu manusia itu unik. Ada pandangan dan pendapat tersendiri. Aku terima dengan
hati terbuka dikala aku disudip di kepala.
Woha. Alasan tak
mahu iron baju sebenarnya.
Wassalam..
ReplyDeleteNsib bek sudip, kalo hammer xdapat nk ku bayangkn.. huhu.
Owner blog kena trima hakikat yg seni menseterika mmg dilahirkan kembar bsama..
Sabo je la kak long..
Mksud sy owang pmpuan mmg dilahirkan smulajadi bsama seni mlembutkan dan mringankan tangan mnyeretika baju.. bwk2 bsabo ya.
ReplyDeletehuhu. cuba untuk berseni.
Delete