Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 28, 2014

dua puluh lapan januari, 2014


Assalamualaikum

Selamat petang. Apa itu selfie? Aku pun tak tahu sebenarnya. Mungkin maksud selfie tangkap gambar syok sendiri gamaknya. Contoh yang sangat nyata seperti di bawah. Errrr..



Tu dia. Punya la aku edit gambar sampai kelabu jadinya. Huahua. Orang berselfie aku pun nak berselfie. Walaupun teknik edit menuju kearah kegagalan tapi aku nak buat jugak. 

Muntah!




Wednesday, January 22, 2014

alasan


Assalamulaikum

Selamat petang. Duduk kat tempat beraicond ni boleh menyebabkan udara yang bertebaran mengandungi bau yang boleh mengganggu perasaan dan mengusik jiwa. Bau cagu kamu tahu. Huhuhu. Rasa nak pengsan.

Aku sekarang sedang berjuang melawan sifat malas. Bukan malas sebenarnya. Aku kalau nak buat sesuatu kena ada perancangan rapi. Kena ada matlamat dan jadual. Barulah agenda akan tercapai. Hoha. Hebat tak alasan aku bila malas.


Minggu lepas kepala aku telah berjaya disudip oleh mama aku sebab aku tercakap yang aku pakai baju tak iron time pergi kerja. Sebab beliau pelik, apasal la tiap-tiap minggu aku duk cuci baju yang sama ja. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sudip singgap di kepala. Aku insaf untuk beberapa detik dan ketika.

Tapi orang sepatutnya faham bahawa sesungguhnya kedut itu seni. Aku sedikit kecewa. Tapi aku tahu manusia itu unik. Ada pandangan dan pendapat tersendiri. Aku terima dengan hati terbuka dikala aku disudip di kepala.

Woha. Alasan tak mahu iron baju sebenarnya.




dua puluh dua januari, 2014


Assalamualaikum

Selamat malam yang tiap-tiap malam aku mesti akan tidor lebih awal. Kali ini bukan sebab hobi. Tapi sebab aku terpaksa. Cewah. Lately aku tak sihat. Aku ingat aku sorang je yang mengalami masalah kemerosotan kesihatan diri, rupa-rupanya orang opis aku pun sama. Nasib ada geng. Tak la aku malu sesorang sebab awal tahun lagi dah cuti. Fuhh. *kesat peluh kat dahi walaupun sebenarnya tak berpeluh sebagai tanda lega*.

Aku mintak maaf kat blog sebab aku tak sempat lagi nak update apa-apa cerita syok sendiri. Ada rezeki jumpa lagi. Okei.


Hidung aku mengeluarkan bunyi seruling bila aku bernafas. Merdu sungguh. Dan malam ni aku bertekad. Makan ubat melebihi dose yang dibenarkan. Maafkan saya dokter.

Selamat malam. Aku pejam dulu. Ada rezeki aku update lagi.
Tata with love.




Sunday, January 5, 2014

malam yang dah pagi


Assalamualaikum

Selamat malam yang sebenarnya dah pagi. Sekarang pukul 1.49 pagi. Masuk tahun baru. Aku tak boleh  nak tidor sebab mengalami kadar pembulatan mata yang amat nyata sebab dewasa ini asal tepat pukul 9.00malam je aku dah berada di alam mimpi-mimpi.

Hai gadis-gadis yang teruja nak melangkah ke alam yang lebih dewasa. Semakin tambah tahun semakin dewasa nampak gayanya. Gigih buat wish list. Dengan harapan setiap impian akan jadi kenyataan. Tapi kalau korang takat buat wish list lepas tu berangan tak sudah-sudah, aku mohon untuk korang pergi tidor je la. Buat letih otak je nak berangan tapi malas nak usaha nak dapatkan apa yang korang angankan.

Tengok macam aku. Makan, tidor, berangan. Lepas berangan, aku tidor. Bangun tidor aku makan. Hahaha. Sudahnya jadilah aku seperti sekarang. Apa pun tak boleh.

http://www.google.com.my/imgres?sa=X&biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=sNJEQ_SN4XPgbM:&imgrefurl=http://ffashion.blog.banjig.net/post.php%3Fpost_id%3D111362&docid=xmpuuZ2cdodCyM&imgurl=http://s2.favim.com/orig/29/dreams-paper-photography-Favim.com-243248.jpg&w=333&h=500&ei=707IUvDHDsmprAe5noDwAw&zoom=1&ved=1t:3588,r:30,s:0,i:198&iact=rc&page=3&tbnh=197&tbnw=119&start=30&ndsp=23&tx=38&ty=90
 
 
Tapi tahun ni aku nak berubah. Aku tak nak buat wish list lebih-lebih. Tak nak buat wish list panjang lebar. Aku nak buat satu je. Cita-cita aku nak pam tayar kereta aku tanpa adanya perasaan malu. Huhu. Harapnya tahun ni aku berjaya pam tayar dengan penuh gaya mutu dan keunggulan.

Yeay! Selamat tahun baru semua. Dan selamat hari jadi untuk blog aku yang ke empat tahun. Kalau aku ada anak mungkin anak itu sedang tidor agaknya. Atau mungkin aku tengah bagi anak itu minum susu. Wah. Tetibe je. Berangan lebih-lebih pulak.

Selamat malam yang dah pagi.