Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 26, 2013

nak bagi apa untuk orang tersayang? DIGIzens Thank You Sale ada jawapannya.


Assalamualaikum

Selamat bekerja di hujung tahun. Kerja waktu hujung tahun adalah sangat membosankan lantaran daripada waktu macam ni la orang yang tak bercuti terpaksa merelakan diri jadi jaga dalam opis. Sobs. Sedih. Namun untuk korang yang turut berasa sedih, aku ada satu idea menarik untuk korang jana. Idea yang sangat ohsem.

Daripada korang duduk diam-diam tak tahu nak buat apa tu adalah baiknya kalau korang buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Boleh jugak hilangkan rasa bosan dan boring tu. Dan salah satu caranya dengan melakukan adegan yang agak surprise untuk orang yang korang sangatlah sayang. Tak payah la nak tunggu ulang tahun baru nak buat surprise. Time tu tak berapa nak syok sangat sebab memang nama pun ulang tahun. So, kejadian surprise tu dapat diagak akan berlaku jugak akhirnya.


Okei.  Kalau kita bercakap tentang “surprise”, benda ni sangat berkait rapat dengan hadiah atau sesuatu yang pasti akan disukai oleh orang yang kita sayangi. Dah sayang tentulah kita akan hargai kehadiran dia. Ye tak? Mana mungkin korang nak hargai seseorang dalam hidup korang kalau korang tak sayang dia. Tak mungkin tahu.

Aku sebenarnya dah lama sangat nak hadiahkan untuk abah aku sesuatu yang pada firasat aku benda tu mungkin akan buat beliau suka, gembira lalu tersengeh sepanjang masa. Nak nak pulak waktu hujung tahun macam ni. Tengok sana sini ada sale, maka tahap berangan aku level dia semakin tinggi. Tengok itu berangan nak beli. Tengok ini berangan nak beli jugak.


Dan dengan itu tetibe muncul pulak iklan DIGI. Thank You Sale. Sangat bertepatanlah dengan angan-angan aku nak bagi sesuatu untuk orang yang aku sayang, abahku kerana menjadi abah merangkap waliku pada masa akan datang. Huhu. Terima kasih abah. Abah selalu bagi ayat-ayat bebunga kat aku. Macam tahu-tahu ja anak dia ni agak jiwang hatinya. Woha. Bukan jiwang tapi lembut. Haha.

Macam biasa DIGI ada buat promotion yang super zargon punya gila-gila sale. DIGIzens Thank You Sale. Korang tahun kan DIGI? Maskot orang yang warna kuning-kuning tu? Yang bulat-bulat, chubby-chubby yang suka buat orang disekeliling dia ketawa tu. Ya. Aku pun nak buat abah aku seronok jugak.


Dalam banyak-banyak Year End Sale yang super duper awesome tu aku sangat berminat dengan agenda FREE smartphone dari DIGI. Samsung Galaxy Grand Quattro. Aku tertarik dengan dia punya quote je sebenarnya. Haha. As big as your ambition. Aku percaya quote dia tu mampu penuhi impian aku. Cewah. Tapi kalau korang nak buat surprise benda lain pun okei jugak. DIGI ada bagi free tablet, internet dan jugapanggilan percuma. Benda free siapa tak mahu kan? Hehe. Aku harap abah aku akan suka, gembira dan tersengeh sepanjang masa bila aku bagi beliau Samsung Galaxy Grand Quattro barang seketul kepada beliau. Bolehlah aku ber”keep in touch” dengan abah aku dengan lebih gaya dan teknologi ye dak?

I love you abah. Dan terima kasih DIGIzens Thank You Sale sebab buat promotion free smartphone, tablet, internet dan panggilan percuma sempena Year End Sale 2013 yang sungguh boleh buat orang jadi rambang mata. Termasukla aku. Muehehe.  Boleh klik kat sini untuk maklumat lanjut. 







Tuesday, December 24, 2013

ikan


Assalamualaikum

Wah. Tajuk macam nak memasak je kan kekdahnya. Padahal tak ada kena mengena dengan agenda memasak pun. Nak nak pulak aku ni tak pandai masak. Eh. Tak. Aku tak pandai masak untuk tekak orang je sebenarnya. Masak untuk tekak sendiri aku pandai tau. Huhu.

Selamat petang. Hai gadis-gadis comel yang sedang menghitung hari di kala hujung tahun menjelma. Hitung hari nak bercuti. Tapi cuti tak banyak la pulak. Sangat tak syok perasaan ini bila kena kerja time orang lain tengah bersuka ria. Tapi kadang-kadang syok jugak sebab waktu-waktu macam inilah boss tak ada. Hihu. Lompat bintang sekejap. Boss. Maafkan perasaan yang melampau ini.

Okeh. Sekarang dah masuk ke malam. Punya lama aku buat entri ni. Sampai ke malam baru nak siap. Pada zaman dahulu kala, ada satu fenomena yang buat umat manusia terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Fenomena ikan berkejar-kejaran berebut naik ke darat. Aku teringat tentang tsunami.

http://www.google.com.my/imgres?start=157&sa=X&biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=lF0RUFSsJp32PM:&imgrefurl=http://www.snazzyspace.com/graphicviewer/photography/fish-kiss-jpg&docid=GkNumki3Kl8XMM&imgurl=http://s168.photobucket.com/albums/u189/sxstr/snazzyspace/graphicfolder/photography/fish-kiss.jpg&w=400&h=296&ei=X465UrjPJ8yErAfumICwAw&zoom=1&ved=1t:3588,r:71,s:100,i:217&iact=rc&page=9&tbnh=191&tbnw=188&ndsp=21&tx=65&ty=93
 
Dan sekali lagi seisi umat manusia kembali terpinga-pinga. Peristiwa ikan berkejaran naik ke darat kembali lagi. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Itu semua kuasa Tuhan. Cumanya aku tengok satu benda ja. Ikan.Okei. Itu je pun yang aku nak cerita.

Dari petang buat intro sampai ke malam buat isi panjang ni je entri aku? Dah la isi ntah apa-apa. Tak bergunanya. Huuuu. 




Wednesday, December 18, 2013

lapan belas disember, 2013


Asslamualaikum

Hahaha. Okei. Gelak dengan tiba-tiba secara solo sangatlah tidak comel kamu tahu. Nak nak pulak buat para gadis-gadis semasa lagi terkini. Sangat huduh untuk tatapan umum. Hai selamat pagi yang dah pagi. Dah lama aku tak update entri. Ya. Boleh kata tiap kali nak buat intro mesti ayat tu ja yang aku ulang. Sudah lama tak update entri. Sudah lama tak update entri. Konon macam la ada orang suruh update. Padahal motif sebenar nak bagi ayat panjang je pun. Huuu.

Aku sebenarnya bukan malas. Tapi aku tak rajin je. Tahap kerajinan aku ni dia ada level yang tersendiri. Level 1 je pun. Tak mungkin akan pergi lebih jauh. Tapi tahap malas aku level dia tersangatlah tinggi hendaknya. Malas tahap super saiya son goku. Huhu. Aku pun tensen dengan kemalasan diri ini. Sebab perasaan malas ini adakala melampaui batasan, jangkauan, mahupun memecah sempadan yang aku sendiri tak duga. Cewah.


Dan hasilnya. Hari ni aku pakai baju kedut-kedut lupa nak iron kat perut baju. Bukan apa. Masa sekarang bergerak sangat pantas nampaknya. Woha. Hebat tak alasan aku. Tapi kat opis aku tak boleh nak pakai alasan yang macam ni. Sebab nanti kena lempang dengan boss. Okei. Aku kena guna alasan lain. Nanti aku fikirkan.

Tata. Jumpa lagi cinta. Muah. Eheh. Tetibe je.




Thursday, December 5, 2013

hidup macam bangla


Assalamualaikum

Selamat petang yang sejuk. Sangat best bila sejuk boleh pulak bergulung-gulung dalam selimut sambil buat kerja kat opis. Tapi sekarang aku tak buat kerja. Mana mungkin aku tengah buat kerja sekarang ni sebab sekarang ni aku tengah buat blog. Haha. Okei. Tak lawak pun. 

Hai gadis-gadis comel yang sangat bergigihan mengira duit. Mengira duit dengan penuh gaya khusyuk lagi tawaduk. Wah. Nampak anda sangat serius. Dan holla kepada jejaka-jejaka hemsem yang sangat fokus bila buat kira-kira. Berkira-kira nak cukupkan duit untuk dipersembahkan kepada bakal mertua. Sangat perit. Nak nak pulak dalam zaman yang penuh dengan cabaran minda. Macam mana nak hidup dalam keadaan yang serba-serbi naik kosnya. Haih. Kesat peluh kat dahi.

Zaman sekarang ni adalah zaman duit nilainya menjadi kecik. Kecik yang membawa maksud ruang untuk membuat pilihan semakin tak besar. Semakin tak besar yang membawa maksud kos kehidupan yang semakin sempit. Semakin sempit yang membawa maksud akhirnya membawa kita semua terhimpit. 


Orang cakap kalau nak hidup dalam suasana dan keadaan yang sangat mencengkam duit dan jiwa ini, antara cara yang boleh diaplikasikan adalah dengan hidup macam bangla. Kamu tahu kan bangla? Hidup kucar-kacir tapi masih mampu hantar duit pada keluarga. Bukan takat tu je. Dorang jugak berjaya mengurat anak dara. Haih. Melampau pulak hebatnya.

Tapi nak hidup macam cara dorang bukan senang. Dorang duduk sini nak cari duit semata-mata. Apalah sangat yang mereka peduli dengan rumah makan pakai kereta bagai.

Betul cakap makcik-makcik tu. Tak lama lagi pada generasi yang akan datang lagi mendatang ke hadapan tak mustahil suatu hari nanti dorang akan kembali kepada zaman makan ubi kayu. Serius. Ini sungguh serius.

Tak perlu meminjam mesin memutar waktu daripada doraemon untuk kembali ke zaman yang terkebelakang. Sebab zaman itu akan putar kembali ke hadapan. Dan mungkin pada waktu tu bangla pun akan cakap, "kamu tengok ini bangunan. Kami yang buat. Malaysia malas mau kirija. Kami semua yang rajin juga". 







Tuesday, December 3, 2013

terima kaseh pakcik


Assalamualaikum

Selamat petang yang sangatlah mengantuk. Nak nak pulak hari ni hari isnin. Oleh yang demikian perasaan mengantuk tu bertukar jadi mengantuk yang sangat extreme. Hari sabtu lepas aku terjumpa seorang pakcik yang sudi membantu aku menuju ke arah kebenaran setelah aku mengalami suatu kesesatan jalan yang sangat nyata. Pakcik tu adalah seorang pakcik teksi yang sangat jujur.


“pakcik tak tahu nak cakap macam mana. Ikut suka kamu nak bayar berapa pun. Tak payah banyak. Sikit je”
Aku hulur duit.
“semoga pakcik dimurahkan rezeki dan hidup diberkati” ayat aku spontan. Konon baik. Haha.
“ada apa kat sini?” tanya pakcik tu.
“exam nak masuk kerja pakcik..”
“anak pakcik tengah belajar. pakcik harap anak pakcik dapat kerja”.
Mata beliau berkaca. Huhu.

Aku berdoa dan sangat berharap agar impian pakcik tu jadi kenyataan. Semoga Allah memurahkan rezeki pakcik dan anak-anak. Terima kasih pakcik.