Assalamualaikum
Ohooiiii.. ha. Jerit dah macam gaya M. Daud Kilau dah ha...
Lama sungguh aku tak update entri kat blog ni. Kalau dulu bukan main
sakan aku update. Sehari sampai 2,3 entri aku bubuh. Sekarang ni banyak kerja
aku kena buat. Disebabkan aku malas nak buat kerja jadi aku tulis blog. Hoho. Boss
yang sungguh manis dipandang, sila jangan kerling-kerling tajam kat saya okei. Nanti
saya cucuk mata tu baru tau.
Okei. Para gadis yang comel dan para jejaka yang budget handsome
lagi ohsem. Yang selalu pening kepala sebab tak faham dengan kehendak pasangan
masing-masing. Perbezaan yang buat korang rasa macam nak bagi pelempang kat
dinding bertalu-talu sambil bertanya kat diri sendiri, “susah sangat ke nak
faham? Kenapa tak boleh nak faham? Betul-betul tak faham ke? Atau buat-buat tak
faham?”.
Orang lelaki dan perempuan dilahirkan berbeza. Berbeza dari segi
fizikal apatah lagi mental. Perbezaan ini yang buat korang rasa macam ada
halangan untuk korang teruskan hubungan. Sebenarnya tak ada halangan pun. Tapi cara
korang membina hubungan tu yang membuatkan hubungan korang tu terhalang.
Korang tahu tak, girls and boys dorang punya beza ni macam puzzle. Puzzle
ni bentuk tak sama dan berbeza. Walaupun tak sama tapi kalau korang pandai
susun korang akan dapat jawapannya. Macam tu jugak korang dengan partner
korang. Berbeza, tapi kalau korang pandai handle benda yang berbeza, hubungan
korang tak jadi masalah. Apa yang penting cara masing-masing mengadaptasikan
diri masing-masing dalam perbezaan yang ada.
Benda ni tak susah sebenarnya. Yang jadi susah bila masing-masing
tak nak cuba faham kehendak pasangan masing-masing. Cuba terima seadanya. Kalau
mind set korang masih tak boleh nak terima apa yang aku sampaikan ni maka aku
sarankan agar sila hentak lutut korang ke atas meja dengan kadar yang segera. Heh.
No comments :
Post a Comment