Assalamualaikum
Selamat petang kepada jejaka-jejaka yang dah jatuh cinta dengan aku. hahaha. Op. Ok aku gelak sorang-sorang. Kepada jejaka yang dah jatuh cinta dengan perempuan. Ya. Haruslah perempuan. Tak kan dengan lelaki kot. Heh. Meh aku bagi ciri lelaki yang dah jatuh cinta :
Dia akan buat apa saja untuk girlpren dia. keselamatan girl jadi
keutamaan. Kalau girl tu mintak tolong tanpa berlengah dia akan tolong
cepat-cepat macam superman. Dia sentiasa nak jadi penghibur korang. Kalau dulu
dia pendiam mungkin bila jumpa korang mulut dia tak berhenti bercakap.
Berbuih-buih topic dia bualkan. Dah rupa bertih jagung dah ha. Dia jugak rajin
bagi nasihat. Sebab dia sayang kat korang.
Dia akan kongkong dan awasi kemana korang pergi sebab dia jealous
and takut kot-kot ada lelaki lain yang nak tackle korang. Tapi ada jugak yang
tak kongkong. Tak kongkong bukan tak jealous tapi dia cuba bertindak kool sebab
tahan perasaan cemburu. Dia tak suka kalau ada lelaki yang rapat dengan korang.
Dia jugak senang sentap dan mudah sensitif bila korang tak tumpu sepenuh
perhatian padanya. ololo. Cian dia. ekeke.
Pentingkan korang lebih dari diri sendiri. Dia jugak tak akan layan
perempuan lain yang tak ada urusan penting dengan dia. Cuba luangkan masa
dengan korang dan rela korbankan aktiviti dan hobi dia demi korang. Cewah. Dia
jugak tak malu bawak korang dan perkenal kat kawan-kawan dia.
Kalau dia frust dia akan kecewa dan tak percaya dengan perempuan
tapi pada masa yang sama dia harap korang akan balik kat dia. Dia tak akan
curang. Kalau curang maknanya dia tak nak kat korang. Wuwuwu.
Ok gugurl, tu ciri-ciri lelaki yang dah jatuh cinta. Ada tak kat korang punya boboi ciri-ciri tu? Kalau ada
bagus dan jagalah boboi korang tu baik-baik. Jangan biarkan dia disailang oleh
makhluk lain. Sangat tak best bila perkara itu berlaku. Huhu.
No comments :
Post a Comment