Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 29, 2013

undilah kalau berani


Assalamualaikum

Selamat malam yang hangat. Sangat hangat bila dah nak pilihan raya. Hello gadis-gadis comel yang akan bertugas pada pilihan raya nanti. Dan holla kepada hemsem-hemsem boy yang sangat gigih dan taksub dengan perjalanan politik tanah air.

Time pilihan raya nanti aku kena bertugas. Aku malas. Tapi aku terpaksa demi Negara. Cewah. Ayat tak boleh blah. Huhu. Tak merasa jari aku nak mencalit-calit. Teringin jugak nak tengok dakwat kat jari sendiri. Tapi tak apa. kalau tak dapat calit dakwat dapat pakai inai di jari pun kira oraite jugak. Eh. Topic tersasar jauh dari landasan. 


motif pic besar-besar dengan harapan agar pengundi kenal siapa yang seharusnya dorang pangkah nanti.
undilah saya sebab saya lebih comel dari kak Ton.
manifesto : akan dikahwinkan anda yang belum berkahwin dengan kadar yang segera. 




Thursday, April 25, 2013

Tak cukup kuat mendengar hakikat


Assalamualaikum

Ini adalah cerita tentang hakikat bukannya hikayat.

“kau kena terima. Ini adalah hakikatnya”

Selamat petang. Petang yang nampak cerah. Tapi sekejap lagi yang cerah akan menjadi mendung. Menggendong benih hujan yang bakal dicurahkan diatas mukabumi. Basah. Tempias. Hello gadis-gadis comel yang berwajah redup. Nampak sejuk mata untuk dipandang. Tapi hakikatnya hati dah jadi beku. Dan holla kepada hemsem-hemsem boy. Yang sangat gigih memujuk hati yang dah keras. Nak diketuk akan pecah. Berderai. Tampal balik tak mungkin akan kembali kepada bentuk asal.

Hakikat.
Mendengar hakikat lalu menerima hakikat.

Hakikat bermaksud sesuatu yang nyata dan tidak dapat untuk dinafikan lagi. Menerima hakikat adakalanya memerlukan sebuah ketahanan mental, kestabilan emosi dan kekuatan jasmani yang super tinggi. Untuk mendengar hakikat bukan mudah. Apatah lagi untuk menerimanya. Tersangatlah susah. Kalau tak bersedia boleh menyebabkan korang mengalami kecederaan emosi yang sangat kritikal.


Apabila bercakap tentang hakikat, selalunya ia akan dikaitkan dengan perkabaran yang negatif. Jarang sekali perkataan hakikat ini dikaitkan dengan hal-hal yang positif. Yang menyeronokkan. Yang menggembirakan. Sangat jarang untuk berlaku.

“kau kena terima hakikat yang kau comel”
“hakikatnya kau memang pandai”

Ah. Sangat jarang untuk mendengar lidah manusia mengungkapkan perkataan hakikat dalam situasi yang positif. Kalau ada pun ia adalah dalam bentuk pujian. Pujian terhadap orang yang merendah diri. Yang tak akui tentang kelebihan dari Illahi.

Menerima hakikat sama maksudnya macam menerima kenyataan. Kenyataan yang tak dapat diubah. Statik. Termaktub. Oleh itu kita kena sentiasa bersedia sebab hakikat itu boleh tiba pada bila-bila masa. Ia penuh dengan nilai kejutan. Nikmatilah ia. Heh.   




Monday, April 8, 2013

hati seringkali dilupakan


Assalamualaikum

Selamat petang kepada gadis-gadis yang sangat berusaha dan komited mengubah diri dari seorang yang semestinya comel menjadi suatu figura yang bertambah comel. Dan selamat petang kepada hemsem-hemsem boy yang sangat berkeyakinan berubah dari seorang lelaki hemsem kepada yang bertambah hemsem gayanya.

Orang selalu cakap kalau muka huduh tak apa asalkan hati baik suci murni sesuci top. Ah. Itu semua ayat penyedap rasa je. Walhal hakikat manusia tetap memandang bahawasanya ciptaan fizikal adalah suatu perkara yang perlu didahulukan, hati dikemudiankan. Sungguh tidak selari denga kehendak kerajaan. Eh.


Bohong je tu.
Sangat sedikit manusia yang memandang hati daripada memandang muka.
Kalau ada pun manusia itu hanya satu dalam berjuta-juta lemon je dia akan wujud.

Sangat susah nak dapat manusia yang benar-benar berhati sebagai manusia yang memandang orang disekililingnya sebagai hamba yang Maha Esa. Apa yang mereka nampak adalah melabel manusia lain yang pada mata kasar sebagai suatu maklhluk yang tidak sempurna andai kata ciptaan itu tidak kena pada mutu, gaya dan keunggulan matanya.

Jika seseorang itu saiznya terlalu lebar, badan membulat tanpa arah tuju dan pedoman, atau kecil macam kutu saiz badannya sudah pasti akan menjadi bahan ejekan seolah-olah apa yang diciptakan oleh Tuhan itu adalah sesuatu yang berbentuk badut yang harus untuk ditertawakan. Itu belum lagi kalau masuk dalam bab wajah dan yang sama waktu dengannya.

Ah. Manusia sangat cepat bongkak dengan keadaan sekeliling.
Sungguh.

Tidakkah mereka ingat dan berfikir bahawa Allah telah menciptakan manusia itu sebagai makhluk sebaik-baik kejadian?