Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 28, 2011

kerana perempuan adalah unik

Assalamualaikum

Hello girls dan para pencinta air mata. Tadi aku dengar lagu shima. Tajuk teringin. Salah satu lirik dia tulis tentang perempuan yang selalu dengan air mata. Bukan mata air ya. Dia cakap air mata bukan untuk minta simpati tapi untuk melepaskan apa yang terbuku di hati. Dulu aku ada tulis entri tentang perempuan menangis. Ada orang anggap perempuan menangis ni lembik. Mengada-mengada. Lepas tu orang selalu label yang perempuan ni suka sangat nak emo-emo. Bertindak suka ikut emosi. Kadang-kadang tu bukan saja suka emo-emo, suka cakap berkias pulak. Kalau tak sampai mesej yang dimaksudkan, dorang akan emo-emo lagi.

Orang perempuan mempunyai naluri yang sangat mengagumkan. Dorang boleh rasa perubahan-perubahan yang berlaku kat sekeliling dorang. Terutamanya perubahan orang yang rapat dengan dorang. Tu sebabnya kalau lelaki nak buat curang-curangan orang perempuan boleh tahu. Tak payah nak sorok menyorok beria sangat. Last-last mesti kantoi punya. Ditambah pula dengan kecekapan mata orang perempuan yang boleh nampak perubahan pelik lagi luar biasa pasangan dorang.


Kalau orang yang rapat dengan dia ada masalah dorang boleh tahu hanya dengan tengok riak muka ja. Tengok je dorang dah tahu orang tu tengah sedih ke, happy ke, suka ke, gembira ke. Apa-apa je lah. Berebza dengan lelaki. Dah keluar air mata menderu-deru baru dorang tahu yang girl dorang tengah sedih. Tak pun kena bagi penampar seliang baru dorang sedar yang girl dorang tengah marah. Selagi tak ada tanda-tanda yang boleh dorang nampak selagi tu lah dorang buat bodo je.

Sangat seronok jadi perempuan. Sebab perempuan boleh manja-manja dengan perempuan. Perempuan jalan pimpin tangan orang tak kisah. Nampak sweet je. Tapi kalau orang lelaki manja-manja dengan lelaki lepas tu pulak pegang-pegang pimpin tangan orang cakap gay. Haha. lelaki jangan jeles ok.  

Wednesday, July 27, 2011

tips yang kita susah nak ikut : nak sihat tapi susah nak buat

Assalamualaikum

a very good afternoon to all manusia.
hari ni aku nak bagi satu tips untuk jadi sihat yang aku kompem rata-rata daripada kita mesti susah nak ikut punya.



tips pertama yang korang susah nak ikut. bangun sebelum subuh
Ya. Sebelum subuh. Bukan sesudah subuh. Nak bangun sembahyang subuh pun liat ini kan pulak nak bangun sebelum subuh. Harapan la. Lebih-lebih lagi kalau korang tu berstatus bujang. Tak ada sebab untuk korang bangun awal melainkan sebab nak sembahyang ja. Lepas sembahyang tidur balik. Nak nak pulak time hujan. gila ah sedap membuta. Macam didodoi je rasa. Korang digalakkan untuk bangun sebelum subuh sebab udara subuh ni lain sikit dia punya feel. Segar semacam ja. Baik untuk rawat sakit tibi dan kuatkan akal fikiran. Bangun sebelum subuh ni bukan bermakna korang bangun lepas tu menung-menung serabai sambil tunggu masuk waktu. Sebelum masuk waktu tu boleh buat sembahyang sunat. Buat amal sikit tambah pahala. 

jaga kebersihan smart sepanjang masa
Korang jangan malu-malu nak jaga kebersihan diri sendiri. Potong kuku, mandi apa bagai semua kena jaga. Pakai wangi-wangi. Bak kata orang smart je memanjang. Kalau yang perempuan tu kemas je. Sejuk mata nak tengok. Tapi zaman sekarang aku tak percaya sangat kalau tengok orang smart-smart ni. Baik lelaki baik perempuan. Sebabnya dorang ni nak keluar rumah je pakai lawa-lawa, kemas-kemas, wangi-wangi. Bila kat rumah gila serabai.  Kalau korang pernah duduk hostel, U ke, rumah sewa mesti korang tau punya. 

jangan makan berlebihan macam orang tak pernah makan
Hah. Bab ni aku kompem mesti korang tak pernah kalau tak makan lebih. Nak nak pulak kalau lauk yang korang mengadap tu lauk kegemaran korang. Rugi kalau tak bedal. Bak kata orang selagi korang sihat selagi tu lah korang rembat je apa yang korang suka. Nanti kalau dah sakit nanti kempunan pulak. Tu lah konsep yang orang kita selalu amalkan termasuklah aku. Selagi tak rasa nak pecah perut tu selagi tu lah kita makan. Sepatutnya makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Tapi kita pulak sebelum lapar kita makan dah kenyang pun kita telan. 

berjalan kaki ke mana-mana
kita ni selagi boleh senang selagi tu lah kita nak senang. kalau ada lift jangan harap lah nak panjat tangga yang ada. tungga tu pakai waktu kecemasan je. lepas tu kalau cari parking tu selagi ada yang dekat dan rapat dengan pintu kedai selagi tu lah kita nak parking. nak mudah je. bila badan gemuk sibuk pulak cari slimming center nak kuruskan badan. makan ubat itu ini. bila jalan kaki sikit tak nak. bila badan dah bulat bising pulak. 

jangan marah-marah. huduh weh muka orang suka marah-marah ni.
tips ni memang susah nak ikut. kalau korang tak pernah marah nampak sangat korang tipu. kalau korang nak hidup sihat lagi bahagia nak tak nak korang kena jugak tahan marah tu. marah boleh mengundang banyak benda yang diluar jangka pikiran kita. bila marah kita hilang pertimbangan. bila marah otak rasa bengang je. otak tak sihat. kalau marah-marah nanti cepat tua tau. cuba korang tengok muka orang yang suka marah-marah. tak berseri langsung. marah boleh buat jadi penyakit. marah boleh buat korang jadi kera sumbang. tak da siapa nak kawan dengan korang kalau korang suka marah-marah. kompem hidup korang tak happy. bila tak happy mesti akan rasa "ah! baik mati je kalau macam ni". lepas tu kan setan mesti gelak guling-guling punya sebab dia berjaya menyebarkan api marah dalam diri korang.

optimis dan tak putus asa
optimis ni maksud dia melihat sesuatu masalah tu dengan suatu harapan yang baik. lebih kurang macam berfikir positif lah maksud dia. apa saja masalah badai yang landa korang kena fikir positif. korang jangan pikir yang bukan-bukan yang boleh buat korang jadi down. lantak lah orang nak kata apa pun. dah memang perangai orang kita suka mengata orang daripada tolong orang. tak membantu langsung. tawakal kepada Allah okay. persyaitonkan mulut-mulut longkang yang ada.

jangan iri hati jangan busuk hati
kalau korang kata korang tak pernah dengki orang lain nampak beno nipunye. iri hati ni lebih kurang dengan adik beradik dengan pemarah jugaklah. tak baik dengki dengan orang lain tau. kalau dengki yang membina tak pa jugak. ni dah la iri hati lepas tu nak buat pulak benda-benda yang menampakkan kedengkian korang tu. oleh itu kawallah diri korang jangan dengki kat orang lain tak tentu pasal.

maafkan orang lain 
oh. benda ni susah nak buat kalau korang sepisis yang keras hati macam batu. kalau nak sihat korang kena maafkan orang yang dah buat salah dengan korang, maafkan orang yang cuba cari pasal dengan korang. nak tak nak korang kena belajar jugak jadi pemaaf. jadikan hati anda sesuci dan semurni sabun TOP.




tips-tips tu adalah cara yang Nabi Muhammad s.a.w amalkan untuk jadi sihat. bila baca nampak senang je. tapi bila nak buat kena ada kesabaran yang tinggi tau. tapi benda ni boleh buat sikit-sikit dan buat secara konsisten. insyaAllah kalau niat kita betul Allah akan mudahkan urusan kita. ^^


kredit untuk metro hoho


Tuesday, July 26, 2011

perubahan sebelum dan selepas pergi kursus

Assalamualaikum

semalam dan hari ni aku ada kursus. kursus pengurusan mesyuarat, penulisan memo, minit dan surat rasmi kat SSL Traders Hotel, Kamunting Taiping. nasib baik dekat sini je kursus tu. balik awal pulak tu. i lap u lah puan khairul intan daud. boleh aku qada tidor untuk 2 hari yang lepas punya. 

sebelum kursus (kiri) selepas kursus (kanan)

you see, perubahan yang sangat menakjubkan. kursus tersebut betul-betul berkesan. terima kasih kepada pihak penganjur.


aku suka tengok bear kecik tu. rasa nak jentik-jentik je perot dia. tapi tak boleh jentik sesuka hati sebab bear tu hak milik boss. beliau marah nanti. ;p


Sunday, July 24, 2011

men never find what they're looking for

Assalamualaikum

benarkah lelaki tidak pernah jumpa apa yang mereka cari?


lelaki adalah ego dan ego adalah lelaki.
lalala!~

Tuesday, July 19, 2011

matang sebelum waktunya

Assalamualaikum

tadi aku pergi kedai makan. lepas tu ada sorang budak kecik perempuan ni. mulut becok gila. umur tujuh tahun kot. sambil ambil nasi dia bebel sorang-sorang. lepas tu tiba-tiba dia bagitahu kat makcik kedai ni tentang cita-cita dia nak masuk gimnastik.

budak kecik : makcik tadi cikgu bagi surat suruh saya masuk gimnastik.
makcik kedai : .... (sengeh sambil bubuh nasi untuk aku)
budak kecik : cikgu cakap kalau masuk gimnastik nanti badan tak naik. 
                       saya tak nak badan saya naik macam mama saya.
makcik dan aku : errrk.... (--)"


huhu!~

Monday, July 18, 2011

kempen : Jom selamatkan binatang selamatkan planet

Assalamualaikum

A very good morning to all readers.
Jom kita ramai-ramai selamatkan bumi kita. Selamatkan segala binatang-binatang comel yang ada. Sebagai tanda sokongan padu aku, adik, mami dan dedi kool beli baju dari WWF. Ni bukan WWF wrestling tu. Ni world wide fund for nature. Beli sambil derma. Dedi kool beli baju earth hour, mami baju panda bear, adik pulak save the tiger dan aku baju penyu. Huhu. Penyu pun penyu lah.  

WWF jugak ada buat program anak angkat. Jadi kalau korang nak merasa jadi bapak atau mak rimau, korang boleh derma RM30.00 sebulan kat WWF. Nak jadi bapak penyu pun boleh. Mak panda yang comel pun ada jugak dan jugak penyu. 


Kalau korang nak lagi rasa real punya mak bapak angkat korang boleh pergi kat zoo taiping. Zoo taiping ada buat program anak angkat. Kat sana korang boleh pilih binatang mana yang korang suka. Lepas tu korang kena support hidup  bintang tu dengan sepenuh rasa kasih sayang dan tanggung jawab selama setahun. Baru mencabar minda. Ni asyik bela kucing je. Apa kata korang bela benda lain pulak. Rimau ke, bear ke, badak pun boleh. Nak lagi gempak boleh bela gajah. Nanti korang boleh jadi mak gajah. Tak pun mak badak. Haha.

Ada orang cakap tiket masuk zoo taiping ni mahal. Mahal ke? Hoho. Aku pun tak tahu nak cakap mahal ke tak sebab bila aku tengok harga tiket tu dengan binatang-binatang dorang yang super debab tak berbaloi rasa. Bukan senang nak bagi binatang tu makan sampai gemok tak ingat. Tu belum lagi masuk bab maintainance lagi tu. Tapi kalau korang rasa mahal jugak korang boleh dapatkan kupon diskaun kat laman web sini. Diskaun 20% valid sampai 30 september 2011.

Yok! Moh le ramei-ramei selamatkan bumi kita.

Monday, July 11, 2011

Saturday, July 9, 2011

voice from the heart : biarkan aku hidup aman

Assalamualaikum

entri kali ni agak serius ya. serius sebab ini soal masa depan aku, bakal family dan bakal baby-baby aku. [see nampak sangat aku ni bakal ibu yang penyayang kan. sanggup pikir masa depan anak sebelum waktunya. ewah. haha. ok kita kembali serius].

aku nak hidup aman. serabut otak aku tengok orang duk berarak sana sini protes sana sini. konon nak buat macam mesir, libya dan seumpamanya. serabut tau tak! serabut! aku nak hidup aman. ada makan pakai kerja pendidikan semua stabil aku sangat bersyukur. tapi kadang-kadang risau jugak bila fikir tentang apa akan jadi pada aku kalau bumi yang aku huni ni dah tak macam dulu.


mungkin aku akan hilang kerja. bila tak kerja aku nak makan apa. nak cekau duit celah mana kalau aku tak kerja. orang-orang kepala merusuh tu ke nak kasik aku kerja. dorang ke nak kasik aku makan. dorang apa pedulik. asalkan dapat apa dorang nak, sudah.

dah tu orang-orang macam aku pulak macam mana? orang-orang bawahan ni. kalau jadi apa-apa kat bumi aku huni ni, kalau bumi aku huni ni kena jajah kita nak ke mana? nak berjuang balik macam orang dulu-dulu buat? berjuang beratus-ratus tahun lamanya untuk dapat balik bumi yang kita huni ni? lepas tu korang nak nama korang tercatat dalam sejarah anak cucu cicit korang yang korang tu pejuang. macam tu? kalau orang banyak duit makan tujuh keturunan pun tak habis, dorang mungkin boleh lari cepat-cepat selamatkan diri. kalau tak berduit pulak macam mana? nak lari menyorok celah hutan?

aku takut kalau bumi aku huni ni kucar-kacir. lebih menakutkan sebab aku perempuan. aku takut nasib perempuan-perempuan di bumi yang aku huni ni jadi macam perempuan-perempuan yang huni di bumi yang kucar-kacir tu. keselamatan kami terancam. maruah kami diperdagangkan. dirogol sesuka hati syaiton dorang. aku sangat takut andai kata perkara itu berlaku. aku pernah baca tentang journal-journal peperangan. catatan sangat tragis nasib perempuan yang dilakukan macam binatang dan ditinggalkan ditepi jalan tanpa seurat benang. korang nak jadi mangsa syaitan-syaitan tu? T_T

macam mana pulak dengan nasib generasi yang akan mewarisi kecomelan aku ni nanti. [hoho]. dorang dapat sekolah macam aku ke? dorang dapat main bebas macam aku dulu ke? atau dorang terpaksa bekerja pada usia muda. jadi buruh apa bagai. aku tak nak dorang jadi macam tu. sebab dorang tak sepatutnya  alami benda tu semua.

 

aku berdoa agar aku dan mereka yang cintakan keamanan dapat hidup dengan baik dan sempurna. aku mungkin tak mampu buat apa-apa sebab aku tergolong dalam golongan marhain yang tak punya apa-apa. tak ada kuasa. nak lontarkan suara tak ada siapa yang nak ambil peduli. sebab kami bukan siapa-siapa. 
but please.. tolonglah jangan ragut hak kami untuk hidup dibumi ini.

Tuesday, July 5, 2011

kenapa kita tak boleh tahu?

Assalamualaikum

kenapa kita tak boleh tahu apa yang ada dalam hati orang lain? kenapa kita tak boleh tahu apa yang bergelora dalam hati orang? bukankah kalau kita tahu maka segala kejahatan boleh dielakkan. segala penganiyaan boleh dihapuskan dan semua mangsa dapat diselamatkan.


p/s: aku perlu buat siasatan dan kajian terperinci bagi mendapatkan jawapan yang tepat, jitu lagi padu.

mendapat peluang dari ruang yang ada

Assalamualaikum

patutlah hari ni jantung aku asyik copot-copot. ada makna rupanya. Alhamdulillah. peluang sudah tiba aku cuba untuk mencelah disebalik ruang yang ada. insyaAllah. 


ok. aku perlu stabilkan jantung aku agar tak copot-copot tak tentu pasal. mardiana sila bawak bertendang ya. eheh!~

Monday, July 4, 2011

random talk : bercinta dan membina keluarga

Assalamualaikum

a very good evening to all readers. tadi aku dengar ceramah ustaz kazim sambil makan-makan tengahari. sorang-sorang dengan diri aku sendiri. biasalah kalau dengar ceramah sambil makan aku lebih concentrate pada makanan tu berbanding dengan apa yang aku dengar. ok. topik dia pasal happy family.

bila kita nak bina happy family kita kena tengok betapa berkuasanya Allah. Jadikan setiap benda dan makhluk di muka bumi ni berpasang-pasangan. pasangan ni tak semestinya pasangan suami dan isteri je, siang dan malam tu pun pasangan jugak. bulan dan bintang. putih dan hitam. lelaki dan perempuan. jantan dan betina. semuanya pasangan.

lepas tu kita tengok pulak kalau orang berpasangan tu ada yang tinggi kahwin dengan yang rendah. lepas tu ada pulak kes bercinta dengan orang lain akad nikah dengan orang lain. lahir dekat perak, kahwin dengan orang pahang. kerja dekat johor kahwin dengan orang sabah. tu belum lagi kes kahwin dengan orang yang jarak umur jauh beza.

katakanlah beza umur 10 tahun. waktu umur girl tu 10 tahun tak adanya dia terpikir yang lelaki umur 20 tahun tu sebenarnya bakal suami dia dan si lelaki tu pulak tak akan terpikir yang girl umur 10 tahun tu yang tengah duk kalut main dengan anak patung akan jadi isteri dia suatu hari nanti. kalau aku sendiri pun aku tak terpikir pasal kahwin-kahwin ni. lebih baik aku teruskan usaha aku main dengan anak patung barbie doll aku sambil pikir nak masak apa untuk main pondok-pondok nanti. dan yeah, lelaki tu jugak dah tentu akan fikir yang pasangan dia mestilah secocok dengan dia. nak pulak umur yang dekat sebaya. baru best nak dating-dating. apa barang nak bercinta dengan budak kecik pulak kan. tapi semua tu kuasa Tuhan. kudrat Tuhan mengatasi segalanya.

"tapi macam mana pulak kalau sampai mati tak kahwin-kahwin? sampai mati tak ada pasangan?"

ok. ustaz tu cakap tak payah risau sebab nanti kat syurga akan ada pasangan kita masing-masing. ada pasangan sendiri. dalam hal ini maknanya hati kena kuat dan tabah ya. wuhuhu. 

daripada rasa cinta akan wujud perasaan sayang. mana datang perasaan tu kalau bukan Allah yang bagi. bila Allah dah bagi ambil je tak payah nak tolak perasaan tu. rugi. dalam Islam nak bercinta boleh tapi kena lah ikut pada hukum dan landasan dia. jangan sesekali buat benda yang tak baik. jangan ingkar dengan perintah Allah sebab kelak kita tak akan hidup senang. halal haram tu  sangat kena jaga.

"tapi macam mana pulak kalau kami dah tersasar dari landasan?"

"bertaubatlah"

"kalau macam tu tak boleh lah kami nak berdating? kalau tak dating macam mana nak kenal-kenal?"

nak susah apa. yang girl  kalau nak dating bawak sekali dengan mak ayah. bawak makan sama-sama. time tu berkenalanlah bersungguh-sungguh. kalau lelaki tu betul-betul nak kat korang dia tak akan tolak benda tu semua.

lepas tu agak-agak kalau nafsu korang tu dah macam tahap gunung merapi nak meletop dan  korang agak-agak nak buat jahat tu elok korang kahwin je. untuk elak buat benda haram. 

"kami tengah belajar, macam mana nak kahwin?"

ha, kalau dah tahu tengah belajar buat je lah cara belajar. ni tidak. time belajar berkepit ke hulu ke hilir. makan sepinggan. naik motor berkepit rapat macam dua-dua nak duduk dalam raga. tapi kalau tak boleh nak pisah dah, kahwin je time belajar. hujung minggu boleh jumpa. waktu tu semua dah kira halal dah. tapi belajar tetap belajar. sebab benda tu bekalan untuk masa depan korang nanti.

"kalau mengandung pulak macam mana?"

pandai-pandailah korang handle. haha. tapi isyaAllah ada rezeki Allah bagi.

"nak kahwin tapi letak hantaran mahal. sob.. sob.. sob.."

benda ni yang jadi masalah orang zaman sekarang. kita kena ambil pendekatan mudah. sebab Islam tu mudah. buat acara yang simple je. ikut kepada kemampuan. nak mudah, kat masjid korang pergi buat hebahan kat situ yang korang dah kahwin dengan orang itu atau orang ini. dah korang sendiri tak ada duit kan. huhu.


ada jugak kes anak lari dari rumah sebab mak ayah tak kasik kahwin dengan buah hati. tapi mak ayah bukan suka-suka tak bagi. mak ayah nak anak dia dapat suami yang boleh jaga anak dia baik-baik. mak ayah dah jaga anak perempuan dia sikit punya elok dah tentulah dorang nak orang yang bakal jaga anak dorang tu elok jugak. kadang-kadang tu bukan bermakna pilihan girl tu tak elok, yang lelaki tu kenalah buktikan kat mak ayah perempuan tu yang dia betul-betul mampu jaga anak dorang baik-baik.

anyway, apa yang penting ikut landasan yang betul insyaAllah kita pasti dapat bina keluarga yang bahagia kelak. ^^