Assalamualaikum
Selamat petang. Petang
ni sejuknya rasa lain macam sikit. Musim hujan mempengaruhi cuaca barangkali. Hai pari-pari comel yang sedang mengelamun. Yang sedang termenung. Yang sedang
teringat akan zaman lampau yang penuh dengan kegemilangan. Aku pun macam tu
jugak. Sejak akhir-akhir ni aku sangat rindukan zaman dahulu kala. Zaman kanak-kanak.
Zaman sekolah. Zaman berzaman. Mungkin sebab aku dikelilingi oleh orang-orang
tua. Haha. Old skool sangat aku ni.
Zaman sekarang
sangat beruntung. Ada teknologi semua moment boleh dirakam. And then bubuh
dalam facebook dan instagram dan yang sama waktu dengannya. Kiranya benda tu
akan jadi macam album jugaklah. Tak macam zaman aku dulu. Nak tangkap gambar
kemain payah. Kena snap gambar kat studio. Mana ada candid-candid macam
sekarang. Time tu orang berduit je boleh tangkap gambar kat studio. Huhu. And
pictures tu akan disisip rapi dalam album. Untuk suatu tempoh yang lama, bila
bukak balik album, tetibe pulak gambar berkulat. Melekat-lekat pulak tu kat
plastik album. Sobs. Nak tengok gambar tapi kaki je ada. Bahagian perut dan ke
atas dah tak ada rupe orang dah. Itu zaman 1980an punya stail. I miss that
moment so so much.
Zaman tu orang
yang ada kamera adalah orang yang berduit je. Yang tak ada duit sila duduk
menempel dalam gambar diam-diam. Haha. Kamera zaman tu dulu bentuk dia macam
kamera DSLR. Besaq gedabak macam tu la. Tapi beza dia kamera dulu pakai filem. Lepas
cuci gambar filem akan dipulangkan balik. Silap snap gambar no turning back. Tak
boleh nak delete. Tak boleh nak tengok balik. Kena pasrah dan redha je tengok
hasilnya. Nak tengok gambar dalam filem, kena halakan filem ke arah tempat
terang atau ke arah lampu. Tapi warna dia hitam dan cokelat la. Time tu pandai-pandai
la teka muka siapa. Tak macam sekarang dalam bentuk digital. Boleh tengok
secara terus, terang lagi nyata.
Mungkin akan ada orang tak selesa bila kita
kerap tangkap gambar. Sikit-sikit snap picture tapi kadang-kadang benda itulah
yang akan jadi kenangan untuk masa akan datang. Bila kita dah tua nanti. Pedulikan
apa orang nak kata. Huhu.
ada jual lg ke pilem dia? kesian kompeni kodak ngan fuji.
ReplyDeletetak tahu la ada lagi ke tidak kamrea filem-filem ni. hehe.
Delete