Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 6, 2013

hingus tiga rasa


Assalamualaikum

Air mata campur air hidung.
Kesat kat hujung baju.
Berbekas ada sisa.

Selamat malam gadis-gadis manja yang berhingus hidungnya. Perempuan yang berhidung hingus kadang-kadang nampak comel. Comel bila hidung dia kemerah-merahan. Tapi sangat sungguh buruk, huduh lagi teruk bila mana hingus itu berjejeran tanpa arah tuju yang nyata. Slruupp! Terus masuk mulut tanpa disuruh-suruh. Masin hendaknya.

Hidung berhingus berpunca daripada pelbagai sebab musabab. Sebab yang nyata mahupun sebab yang tersembunyi. Antara sebab yang boleh menghasilkan hingus tanpa disangka-sangka adalah kerana air mata. Menangis terlalu gembira seronok sangat pun boleh buat korang terkeluarkan khazanah hidung yang ada. Apatah lagi kalau menangis sebab sakit jiwa. Lagi lah bertambah-tambah liter air hidung yang keluar.


Hingus tiga rasa. Buat-buat kesat mata kesat hidung.

“kamu nangis ek?”
“Eh. Tak la. aku nak keluarkan habuk yang masuk dalam mata ngan hidung aku neh”

*ambik tisu. Kesat hidung laju-laju dan campak jauh-jauh*

Tak guna!




No comments :

Post a Comment