Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 8, 2013

hati seringkali dilupakan


Assalamualaikum

Selamat petang kepada gadis-gadis yang sangat berusaha dan komited mengubah diri dari seorang yang semestinya comel menjadi suatu figura yang bertambah comel. Dan selamat petang kepada hemsem-hemsem boy yang sangat berkeyakinan berubah dari seorang lelaki hemsem kepada yang bertambah hemsem gayanya.

Orang selalu cakap kalau muka huduh tak apa asalkan hati baik suci murni sesuci top. Ah. Itu semua ayat penyedap rasa je. Walhal hakikat manusia tetap memandang bahawasanya ciptaan fizikal adalah suatu perkara yang perlu didahulukan, hati dikemudiankan. Sungguh tidak selari denga kehendak kerajaan. Eh.


Bohong je tu.
Sangat sedikit manusia yang memandang hati daripada memandang muka.
Kalau ada pun manusia itu hanya satu dalam berjuta-juta lemon je dia akan wujud.

Sangat susah nak dapat manusia yang benar-benar berhati sebagai manusia yang memandang orang disekililingnya sebagai hamba yang Maha Esa. Apa yang mereka nampak adalah melabel manusia lain yang pada mata kasar sebagai suatu maklhluk yang tidak sempurna andai kata ciptaan itu tidak kena pada mutu, gaya dan keunggulan matanya.

Jika seseorang itu saiznya terlalu lebar, badan membulat tanpa arah tuju dan pedoman, atau kecil macam kutu saiz badannya sudah pasti akan menjadi bahan ejekan seolah-olah apa yang diciptakan oleh Tuhan itu adalah sesuatu yang berbentuk badut yang harus untuk ditertawakan. Itu belum lagi kalau masuk dalam bab wajah dan yang sama waktu dengannya.

Ah. Manusia sangat cepat bongkak dengan keadaan sekeliling.
Sungguh.

Tidakkah mereka ingat dan berfikir bahawa Allah telah menciptakan manusia itu sebagai makhluk sebaik-baik kejadian?




2 comments :

  1. kalau kecik macam kutu, tu memang takleh buat apa sebab genetik dia macam tu..tpi yg kecik cam kutu ni pon..kalau tukar angin boleh jadi sebesar kumbang..

    tapi kalau terlalu besar, badan membulat tanpa arah tuju dan pedoman tu bersangkut paut dgn lifestyle seseorang. kena kasi paham betul tu..

    bukan salah Allah jadi besar gitu. salah sendiri yang tak jaga apa Allah bagi..makan tak ingat..pastu tak bersenam..
    solusi: boleh tengok rancangan "the biggest loser"..tu bukti mereka mampu mengubahnya..heheh~

    emm..tak banyak dengar lagi bayi yang lahir2 je dah besar gedabak..kalaupun ada, tak banyak..

    ReplyDelete
  2. Allah telah ciptakan setiap mahluknya dengan pelbagai rupa dan bentuk dan setiap ciptaannya ada hikmah tersendiri.

    Memang kalo pergi kursus kawen dalam islam ada kata pilihlah yang rupa parasnya elok,budi bahasanya,setaraf dengannya dan yang paling penting beragama.

    Bergantung pada individu itu sendiri untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk kerana Allah telah ciptakan akal dan fikiran untuk manusia ini berfikir secara waras.

    Kalo besar kutu pun perangai tak elok nak wat pe! betul tak >....perabis beras je...
    Kalo muka cantik ngan comel je pun x cukup lagi kalo xpandai pk mana yang baik n mana yang buruk.Tak semestinya semua orang pandang macam tu.Hahahaha mungkin kamu yang kena situasi macam tu kot..Biar kecik pun tapi tahu menilai erti sebuah kehidupan.

    Cuma kita tak tahu mana arahnya tuju perjalanan hidup ini tapi kita boleh merancangkannnya.

    ReplyDelete