Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 14, 2013

derita


Assalamualaikum

Selamat tengahari yang sangat panas.
Panas hati dan perasaan. Macam kena bakar je hati ini. 
Hai kepada gadis-gadis comel yang senantiasa berhati sedih. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang berhati tidak tenteram. Sangat sedih lagi tak tenteram tatkala cinta perlu dikorbankan. Uhuh. Ingat ni telenovela ke apa.

Serius.
Aku tak tahu kenapa.
Setiap apa yang aku tulis kat blog ni pasti akan terjadi kat diri aku sendiri. Walaupun entri yang aku tulis dah berkurun lamanya. Tup tup. Eh! Apa yang aku alami sama seperti yang aku taip selama ini. Walhal waktu buat entri tu ia tak ada kena mengena pun diri aku.
Haih!~ kegilaan apakah ini??




Tuesday, January 8, 2013

special for you : suami dari masa depan


Assalamualaikum

Sekali lagi diulangi. Ini bukan cerita tentang Nobita yang sangat cintakan kekasih hatinya yang bernama Sizuka lalu meminjam pintu Doraemon dengan harapan agar dapat melihat bakal isterinya dari masa depan. 

Tap! Tap! Tap! Aku taip laju-laju surat cinta untuk bakal suamiku. 
Sweet kan? Ya. Sila muntah sekarang.

***
Dear my future hasben. 
Wah. I speaking dengan you tak pa kan? Walaupun bahasa orang putih I terbalik-balik tapi I nak guna jugak bahasa penjajah ni. You, bakal suami I. Sori lah sebab bahasa tak proper sangat. I harap you suka dengan I bila You baca surat cinta ni. Eheh. Tiba-tiba pulak. 

I tak tahu sekarang You ada kat mana. I tak tahu sekarang You buat apa. I tak tahu apa yang I nak taip sebenarnya. Tapi yang I tahu I sayangkan You. Ekeke. Jiwang la pulak. Ah. Pedulik.

Dear only you.
I nak bagitahu kat You yang I ni degil. Girl yang degil nampak sangat comel tau. Serius. Kalau You tengok I degil mesti You tak jadi nak marah kat I. Nak nak pulak bila I majuk dengan You. Sesungguhnya You akan cair. I suka nangis-nangis. Sikit-sikit nangis. Tak kena marah pun boleh nangis apatah lagi kalau You marah I. Haruslah I nangis laju-laju. Huehue.

Dear my love.
Baik I terus-terang kat You bahawa sesungguhnya I ni tak pandai masak. I bukan tak reti nak masak langsung. I tahu je nak memasak. Tapi I tak tunjuk. Orang cakap kalau menunjuk nanti riak. Haha. Hebat tak alasan I. I ni kuat makan. I kalau makan ikut suka hati perut I je. Perut I ni berpuaka. Nak nak pulak kalau makan nasik. I mintak maaf kalau You terpaksa menyara perut I yang berpuaka ni. Tapi You jangan risau. Walaupun I kuat makan tapi I tetap slim macam model. Harap maafkan perut yang tak bersalah ini. I akan kurang makan bila I susah hati. Oleh itu You jangan buat I susah hati tau. 

Dear my hemsem hasben.
I tahu You hensem. Kalau I cakap you hemsem mesti You tak mengaku kan? kan? and then I tahu hati You kembang-kembang bila I puji You. Haha. Its okei my dear. You nak kembang macam mana sekalipun I tetap suka sebab I sayangkan you. Macam mana I tahu You hemsem? I ni keje part time jadi nenek nujum. Oleh itu silalah takut untuk berlaku curang dengan I. Kang I tikam You laju-laju kang baru tahu.

Wait. You sebenarnya tak hemsem? Oh my dear hasben. Setiap suami akan nampak hemsem dimata isterinya. Serius tak tipu. 

Dear hasben merangkap bakal imamku.
I harap suatu hari nanti You akan bimbing I elok-elok. Bimbing I and our family. Tanggungjawab You besar tau. You adalah anugerah buat I and I pulak adalah amanah buat You. So You kena jaga I baik-baik. Nanti kita kumpul pahala banyak-banyak tau. And then I akan cuba membahagiakan seluruh hidup You. Hehehe. Jiwang karat kan I ni? Ekeke. Jiwang-jiwang la best. I nak buat You happy. I nak you gembira. I nak You suka. Itu adalah janji I untuk You. Janji dicapati. Hihihi.

Dear only you. My love.
Kalaulah ditakdirkan Tuhan kita tak akan berjumpa di dunia, I sangat-sangat harap kita akan jumpa di syurga. You tunggu I tau nanti. I nak You tahu yang I sangat-sangat rindukan You. I ni dah la kuat berangan. Suka sangat berangan tentang You. Berangan itu. Berangan ini. Sangat best bila dapat berangan. Dan sangat-sangat heaven kalau angan-angan tu jadi kenyataan. Sobs!~

Okei my dear. Banyak kot benda yang I nak luahkan kat You. Tapi bila dah tiba masanya nanti I nak bagi You sesuatu. Sesuatu yang tak akan You lupakan seumur hidup You. Hehehe.

Love you cayang,
From your bakal isteri yang comel.
Bukan I cakap. Orang yang cakap I comel. I mengaku je lah. Eheh.

***






Sunday, January 6, 2013

petua hilangkan hati sedih


Assalamualaikum

Selamat malam yang dah masuk maghrib. Jap lagi nak tengok berita. Hai kepada gadis-gadis comel. Apa khabarkah hati mu sayang? Cewah.

Kalau korang rajin menggogglekan diri korang maka sesungguhnya berlambaklah segala jenis petua and tips macam mana nak hilangkan rasa sedih dalam hati yang akan korang jumpa. Yang kadang-kadang korang sendiri tak lalu nak hadap.

Ya. Banyak memang banyak. Tapi aku berani bet. Dalam banyak-banyak petua tak akan ada petua yang mampu korang ikut. Sebab apa? Sebab semuanya bergantung pada hati dan minda korang. Tu je petua yang paling mujarab sebenarnya. Kalau hati korang kuat dan minda korang boleh berfikir dengan waras, maka boleh lah korang move on dengan cepat.

Kalau hati korang tengah sedih aku sarankan janganlah korang duduk sorang-sorang. Duduk sorang-sorang boleh menyebabkan korang jadi sawan lalu gila meroyan sebab teringatkan kepada sang mantan. Korang kena cari orang yang boleh korang luahkan rasa hati. Kalau korang nak luahkan kat aku pun okei jugak. Sebab aku ni pendengar yang setia. Even aku tak kenal korang siapa. Serius. 


Lepas tu jangan lah duk terperap dalam bilik. Menangis tak tentu hala. Jujur aku bagitahu, aku dulu pun pernah mengalami fasa dan zaman kemeroyanan yang menggila. Bodoh betul la dia tinggal aku. Rugi kot. And then aku bangun balik. Aku ingat lagi Ustaz Kazim cakap, kalau sedih pergilah keluar rumah. Pergi jalan-jalan tengok dunia. Tengok dengan mata hati dan akal. Bukak buku baru and cari orang lain. Itulah petua yang aku ikut sekarang. Hahaha.

Bila hati aku terluka, aku mesti akan fikir macam ni, “hei, dia tu siapa nak buat hati aku merana? Tuhan ke? Dia pun Allah yang cipta. Memandai-mandai je nak berlagak macam dia yang paling hebat. Padahal dia tu orang je pun. Manusia. Bukan ada apa kuasa.” Cit podah.

Ok. Satu benda yang korang kena ingat. Kita ada Tuhan. Tu je.

Sekian. Terima kasih. Tata. 


 p/s: Aku tak kuat pun sebenarnya. Tapi aku terpaksa jadi kuat demi mencapai cita-cita aku untuk jadi seorang permaisuri dan ibu suatu hari nanti. Wah. Palotak punya statement aku dah buat. 






Friday, January 4, 2013

lelaki dan perempuan itu berbeza


Assalamualaikum

Selamat menghadapi hari yang mendung. Kat sini hari-hari hujan. So no wonder lah kalau kawasan sini digelar sebagai kawasan paling lembab di Malaysia. Yes. Sangat heaven bila cuaca macam ni. Nak nak pulak time weekend. Tapi sangat tak heaven bila mana hari tersebut adalah hari bekerja. Nak menikmati hari mendung pun payah. Jadi jalan terbaik adalah dengan mengulat. Huahua.

Hai kepada gadis-gadis comel yang memang comel. Dan hello kepada jejaka-jejaka kacak yang dah la kacak, bermuka hemsem pulak tu. Heh. Ya. Lelaki memanglah kacak dan perempuan dah tentu cantik dan comel. Tak kan lah nak cakap perempuan hemsem pulak kan? 


Lelaki dan perempuan sangat berbeza. Berbeza kerana tuntutan keadaan sekeliling. Masing-masing ada peranan masing-masing. Lumrah lelaki diciptakan sebagai pemimpin. Pemimpin dalam pelbagai aspek kehidupan. Baik untuk family atau kerja. Sebab tu kalau tengok daya pemikiran and fizikal orang lelaki ni lain dari perempuan. Orang lelaki ni dia tak fikir serabut macam perempuan. Sebab kalau dia serabut macam mana dia nak handle banyak benda. Macam mana dia nak pimpin family dia? ye dak?

Orang perempuan pulak dorang ni lemah lembut. Penyayang pulak. Sebab benda tu memang sesuai dengan fitrah dorang yang diciptakan sebagai orang yang banyak handle tentang hal rumahtangga. Dari hal anak sampai hal suami. Yang kadang-kadang dorang ni tak berapa nak peduli sangat tentang hal sendiri. Asal anak and suami terurus dah memadai. Orang perempuan jugak memang dah naluri dia termaktub bahawa sesungguhnya kalau diberi pilihan dorang nak jadi surirumah sepanjang masa. Dan pasangan dia pulak bekerja untuk keluarga. 


Kalau masing-masing sedar tentang perbezaan dan tak jadikan benda-benda ni sebagai halangan sebenarnya tak akan ada masalah yang timbul. Asalkan korang tahu macam mana nak handle dan selesaikan perbezaan tu. Give and take tu penting. Jangan ambil kesempatan kalau sebelah pihak beralah. Mengalah bukan sebab kalah. Tapi mengalah dengan harapan untuk memberi ruang agar perbezaan itu mampu membentuk sebuah persamaan.

Ok readers. Have a nice day. Selamat membina hubungan yang bahagia. 




Tuesday, December 25, 2012

Padahal hati dah rabak


Assalamaulaikum

Selamat petang yang gelap dilingkari awan sarat yang berarak mendung. Menunggu masa memuntahkan isi yang ada. Hujan. Rintik-rintik. Renyai-renyai. Lebat-lebat. Hai kepada gadis-gadis comel yang hatinya banjir. Dilimpahi hujan. Adakala lebat. Lebat yang sangat tak terbendung. Tak sempat nak bawak lari hati untuk berteduh. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang hatinya yang hampir-hampir dah nak lemas. Tak apa, jangan bimbang nanti aku bagi pelampung. Eheh.

Soal hati adalah soal yang sangat rumit. Kalau ada exam tentang soal hati, aku rasa sampai meninggal pun tak akan ada orang yang mampu jawab segala persoalan-persoalan yang timbul. Hati selalu berubah-ubah. Kejap okei, kejap haru biru. Lepas tu okei balik. Rasa nak lempang je orang yang ada hati macam ni. Oh. Ya. Aku kena lempang diri aku sendiri tatkala hati aku pun selalu je mengalami ketidakstabilan yang tinggi. Sobs!~


Bukan senang nak bawak hati. Nak tuju ke arah keredhaan. Hati yang sendiri-sendiri, selalu rasa sunyi akan cepat rasa down. Tak ada orang yang sudi bagi sokongan akan menyebabkan korang rasa tersangatlah hidup ni tak berguna. Itu hakikat. Bukan senang nak cari orang yang boleh support kita. Alah, bukan support macam mana pun, just jadi pendengar setia and then mulut tu jangan lah pulak suka jaja cerita. Tapi bak kata metalika sad but true. Bahawa sesungguhnya untuk mendapat manusia yang mempunyai ciri-ciri itu adakalanya memerlukan sebuah keajaiban.

“kau okei ke ni…?”
“aku okei je… tak ada apa-apa…” 

Glup. Aku teruskan perjalanan kaki aku. Entah ke mana aku pun tak tahu.