Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 25, 2012

kenapa aku kecil


Assalamualaikum

Jangan tanya kenapa aku kecik.
Diam-diam sudah *marah ni*



 Kecik itu cute. Bhaha. Buwek! Uuwekk!







 

nasi lemak sedap taiping


Assalamualaikum

Siapa suka makan nasik lemak?
Ok. Kalau korang tak suka ada aku kisah. Haha.

Aku nak kasik tahu satu tempat nasik lemak yang sedap kat Taiping ni. Nama gerai dia, Gerai Masjid Lama. Op. aku reka je nama dia. Kedai ni kat depan Masjid Lama Taiping. Aku tak dapat nak bubuh google maps pulak dah sebab tetiba je tak boleh nak masuk. Nampak macam ada unsur kedengkian di situ. Huh. 

 Sila rasa lapar ye.

Sedap sebab nasik lemak dia lemak berkirim disukai ramai. 







jaga adab agar jangan biadap


Assalamualaikum

Hello gadis-gadis manja yang suka naik motor bersama dengan boipren and hai to all teruna yang suka bawak gadis naik motor sambil pecut laju-laju dengan harapan gadis tu akan duduk rapat-rapat lalu dia akan peluk kuat-kuat.

Kesian kat gadis terlebih bertuah tersebut. Dah la manja. Mesti dia takut kan? Korang pulak bawak laju-laju. Tak kesian ke kat gadis manja lagi comel tu bonceng dalam keadaan takut. Korang ni memang tak patut tau. 

Menurut kata bidalan seorang pakcik, orang yang dating naik motor lebih baik daripada orang yang dating naik kereta. Dengan alasan orang naik kereta boleh buat onar tanpa orang keliling dapat tengok wayang free. Berbanding dengan naik motor apa sangat la yang dorang boleh buat. 


Ye ke?
Tak. Tak.
Kata bidalan dari pakcik tu dah tak boleh pakai dah.

Orang naik motor pun boleh buat onar jugak apa. Dengan syarat muka kena tebal ya. Kena tebal tak ingat. Kalau tak tebal macam mana nak meraba. Kan? Heh. 

Ptuihh. Tolong la jaga adab.




bukan senang nak dapat apa yang kita nak


Assalamualaikum

Hai girls and boys yang serius merancang strategi masa depan. Macam mana dengan rancangan masa depan korang? Tak berapa nak baik? Apa yang dirancang tak menjadi? Ololo. Jangan la sedih-sedih. Standard la tu. Tak semestinya apa yang korang buat tu menjadi. Usaha kan eskalator kejayaan.

Nak buat sesuatu benda korang kena fokus kat benda yang korang nak buat tu. Bila korang fokus otomatik korang akan jadi serius. Bila korang serius otomatik korang akan bersungguh-sungguh. Bila korang bersungguh-sungguh otomatik korang nak dapatkan benda tu jugak. Bila korang nak dapat benda tu jugak otomatik korang akan usaha. Betul tak?


Sebab tu fokus penting. Tapi fokus, fokus jugak. Biar ukur baju kat badan sendiri. Bak kata orang badan sekeping macam papan tapi buat baju ikut saiz malik nor. Apa kejadahnya itu.

Lets say aku bagi korang contoh mudah, korang ada satu rancangan yang baik punya, iaitu nak mengorat anak dara orang. Macam biasa korang punya taste ala-ala lisa suri honey bunny.

Walaupun dia dah jadi bini orang tapi korang nak jugak awek stok-stok macam tu. Nak yang cun je. Padahal diri tu tak sehandsome mana pun. Korang sedar korang tak handsome, tapi korang nak jugak dapatkan dia, jadi korang kena la usaha sungguh-sungguh. Berusahalah untuk mempunyai sebijik lamborgini. Baru la korang nampak setaraf dengan abam yusry.


Agak-agak kalau tak mampu nak ngorat awek high maintenance baik henti kan je usaha murni korang tu. Fokus kat sesuatu yang korang mampu. Ngorat najwa latip ke. Ok jugak tu kan.

Jangan rancang banyak benda dalam satu masa yang sama sebab ia boleh mengganggu fokus korang. Bila kita nak sesuatu benda kita kena fokus 100%. Baru la apa yang korang nak tu membuahkan hasil yang boleh mengembangkan hati korang. Bak orang tua-tua cakap orang tamak selalu rugi. Bagaikan korang dengan lisa suri honey bunny.  

Kesimpulannya, korang sebenarnya boleh dapat apa yang korang nak asalkan benda tu bukan sesuatu yang mustahil untuk korang capai dan usahakanlah untuk dapatkan ia. Eceh. *Ayat skema*




Wednesday, May 23, 2012

i don't care


Assalamualaikum

Selamat malam yang sangat syiok untuk layan perasaan. Hai gadis-gadis comel yang selalu sangat dapat pujian.

Masuk ni dah tiga kali boss aku duk cakap benda yang sama. Okei boss. Terima kasih sebab cakap macam tu. Secara lisan memang aku nafikan, tapi dalam hati kembang setaman. Hahaha.

Ikhlas ke tak ikhlas?
Pedulilah.
Eheh. 


Baru sekali pergi ke kota
Datang ke kota bunyi bergaduh
Baru sekali saya berkata
Hendak peduli kakanda jauh