Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 14, 2011

jatuh cinta


Assalamualaikum

Hai kepada semua rakyat jelata yang mencintai diri ini. [uwek]

Aku dah lama tak buat apa-apa entri yang panjang berjela-jela. Otak aku agak sakit bila terpaksa pikir tentang banyak benda. Sebenarnya aku tak tahu mukadimah apa yang harus aku pakai untuk entri kali ni. Entri ni adalah entri tentang cinta. Nampak macam jiwang semacam je kan. Tapi korang jangan nak tipu diri sendiri dan jangan nak tipu orang lain yang korang tak pernah ada rasa cinta. Ewah. Ok.

Apa itu cinta? Semua orang tahu tentang cinta. Nak tahu tentang cinta korang tak payah pergi sekolah and score A +++ untuk korang punya exam, tak payah belajar tinggi-tinggi sampai rasa gayat, tak payah pegang jawatan hebat untuk tahu tentang apa itu cinta.


Tapi bila tanya apa itu cinta sure most of us susah nak discribe dengan lebih lanjut tentang cinta. Dan kalau dapat discribe pun bukan korang dapat terangkan dengan sepenuhnya. Oleh itu dapat disimpulkan yang korang punya rasa cinta itu adalah sebuah cinta yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Ececeh. Ah makin jiwang pulak.

Macam mana nak dapat cinta yang sempurna. Korang tahu tak cinta sempurna tu cinta macam mana? Ada give and take? Saling memahami? Hormat antara korang? Atau korang ada jawapan yang lain? Ok. Kat sini aku nak tulis tentang tiga benda yang korang kena tahu dan korang perlu ambik tahu dan korang memang kena tahu bila korang dah jatuh cinta. Tak kira lah dah jatuh cinta, belum jatuh cinta atau akan bercinta sekali pun korang kena pegang kepada tiga benda ni : akal, agama, akhlak.

Aku ni bukan hebat sangat kalau cerita tentang cinta. Sebab aku ni bukan doctor love apatah lagi nak selesaikan masalah cinta orang, tapi aku cuba nak bagitahu apa yang aku tahu. Secara umumnya la kan, kalau la korang nak bercinta cintan cintun, korang kena tahu benda asas dalam percintaan. Walaupun nama dia asas tapi benda ni la yang akan mengukuhkan lagi cinta korang. Macam belajar matematik la jugakkan. Korang kena tahu basic tambah darab tolak bahagi. Bila korang dah expert benda-benda macam tu jadi korang boleh explore and belajar benda lain dengan lebih details. Macam tu jugak dengan cinta ni. Korang kena pastikan tiga benda tadi which mean akal, agama, akhlak tadi tu jadi asas kepada cinta korang.

Macam mana nak guna asas tu bila bercinta? Okei girls and boys jom aku bawak korang berenang-renang menyusuri ke alam percintaan yang best lagi mengasyikkan. Bila korang bercinta korang kena ibaratkan yang korang sebenarnya sedang membina sebuah rumah.

Oyeay, bila korang nak bina rumah untuk partner korang dah tentu la kalau boleh korang nak bagi rumah yang selesa untuk suri honey bunny korang duduk kan? Dah tentu la korang nak bakal baby korang hidup dengan sempurna kan? Oleh itu korang mesti akan pilih rumah yang baik, bagus lagi best untuk dorang. nak beli rumah idaman tu korang kena ada duit yang cukup. Nak nak pulak kalau korang nak beli rumah banglo dah tentu la korang perlukan duit yang berlebih-lebih banyaknya. Oleh itu duit menjadi asas kepada korang untuk beli or bina rumah idaman korang tu.

So macam tu la jugak dengan cinta. Kalau korang nak jadikan cinta korang tu bahagia sempurna bersama dengan pasangan korang, korang kena ada asas ya. Dan asas itu adalah tiga perkara yang aku ceritakan sebelum ni akal, agama, akhlak. Kukuhnya sumber ekonomi dan kewangan korang maka bolehlah korang beli rumah ala-ala banglo untuk suri honey bunny tinggal bersama korang, macam tu jugak dengan cinta bila kukuhnya tiga asas tadi maka boleh lah korang melayari bahtera cinta korang dengan gembira. Ya dengan gembira dan sangat gembira.


siapa yang tak nak gembira dan bahagia kan?

ok guys, hopefully benda ni sikit sebanyak dapat bantu korang la ya. aku sebenarnya ada beberapa siri sambungan untuk entri ni. untuk entri akan datang akan akan cerita lebih lanjut tentang cinta yang bahagia.  ya sangat-sangat bahagia. harap-harap aku tak bermalas-malasan macam sebelum ni.


Friday, November 4, 2011

benci


Assalamualaikum
Im really sorry encik. I hate you. 


Orang cakap tak kenal maka tak cinta. Tapi aku benci matematik sampai bila-bila.

Thursday, November 3, 2011

kejayaan seorang perempuan : adakah?

 
Behind every successful man, there is a woman, but behind every successful woman is there a man?



Assalamualaikum

Uhuii. besar gila aku bubuh tulisan kat atas tu kan. Cikgu lukisan aku cakap kalau sesuatu objek yang kita buat tu besar daripada objek biasa-biasa yang ada tu maknanya terdapat unsur-unsur penegasan dalam hasil tersebut. Penegasan sebagai tumpuan mata kita bila tengok objek kat lukisan tu. Okei ini bukan tentang subjek lukisan tau, ini subjek tentang perempuan. Ya, perempuan, wanita dan para gadis diluar sana.

Korang mesti dah memang terbiasa sangat dengar tentang perumpamaan yang mengatakan orang lelaki yang berjaya ni biasanya terdapat perempuan kat belakang dia. Gaya bahasa aku dah macam pakcik google translate dah. Haha. I mean pada kebiasaannya girls akan menjadi factor pendorong kepada kejayaan seorang lelaki. Especially dorang punya wife. Ada ke perempuan skandal yang jadi sumber inspirasi kepada kejayaan seseorang lelaki tu? perempuan simpanan? Ah. Aku tak suka kalau ada benda macam tu.

Cuba korang tengok lelaki-lelaki terhebat dorang punya pendorong siapa? Kalau bukan wife, mesti mak dia, kalau bukan mak dia mesti girlfriend dia. Walaupun dorang punya idola lelaki yang sama sepisis dengan dorang tapi orang yang jadi pendorong, orang yang jadi tukang support, orang yang sentiasa ada dengan dia bila dia susah senang biasanya mesti perempuan.

Kalau ada lelaki yang pendorongnya adalah lelaki jugak mesti akan nampak weird kan? Kan? Kalau girls support girls tu nampak normal. Tapi kalau boys yang support boys nampak macam... haha. Adakah, owh!

Tapi kan bila lelaki dah berjaya ramai girls rasa takut sebab dorang risau kot-kot dorang akan ditinggalkan oleh lelaki yang pernah hidup susah-senang dengan dorang dulu. Memang tak nafi perempuan pun ada jugak tinggal lelaki bila dah dapat apa yang dorang nak, tapi pada pendapat aku la, lelaki lebih terserlah sifat lupa diri dia berbanding dengan perempuan.

Meh sini aku nak bagi contoh, cuba korang tengok mawi dulu. Korang kenal mawi. Tipu ah korang tak kenal. Makcik-makcik pun kenal dengan dia okei. Ramai orang suka dengan dia sebab muka dia nampak innocent je. Lepas tu bila dia clash dengan tunang dia, semua orang otomatik benci kat dia. And then sejak hari tu benda tu jadi fobia buat para-para gadis kat luar sana. Dorang takut kalau-kalau fenomena mawi lupa diri jadi badi kat dorang pulak. Kalau korang tak percaya korang tanya la kat mana-mana girl yang ada. Mesti punya dorang setuju dengan aku.

Okei, dalam banyak-banyak ayat la kan, aku belum pernah jumpa lagi ayat yang bagitahu kejayaan seorang perempuan tu adalah hasil daripada dorongan lelaki. Ada ke? Atau aku tak habis baca? Huhu. Ah. Tu bukan persoalan yang aku nak kupas. Aku nak bercerita tentang kejayaan yang most of girls dapat without support dari lelaki. maksudnya dorang boleh hidup berdikari atas kaki sendiri untuk berjaya dan lebih berjaya daripada lelaki yang pernah dia ada.  


Kenapa tak ada orang cipta pepatah tentang perempuan yang success sama macam pepatah untuk lelaki. Adakah sebab zaman pepatah tu dicipta lelaki lebih dominan kejayaannya berbanding dengan perempuan? Atau adakah waktu tu girls tak digalakkan untuk menjadi orang yang berjaya dan hanya layak duduk jadi sebagai supporter saja? Atau adakah benda ini berlaku akibat daripada perbezaan status gender? Atau? Atau?...

can anyone tell me?



Wednesday, November 2, 2011

buat-buat busy untuk korang yang memang suka buat-buat busy



Assalamualaikum

Hai girls and boys sekalian. Are you hungry? Kalau lapar pergi la makan. Nampak prihatin kan aku ni.

Ok. Lately aku dapat rasakan yang aku jarang dah nak buat entri untuk blog ni. Bukan apa, aku banyak sangat kerja yang nak kena buat. Kerja yang nak kena buat pun tak terbuat apatah lagi kerja yang tak sepatutnya buat pun aku nak buat. Haha. Gila kerja kan aku ni. Aku suka buat kerja supaya aku nampak busy. Ya. Nampak busy padahal aku tak busy pun. Kuikui. 


Busy ni tak semestinya busy dengan kerja. Maksudnya kat sini buat benda lain pun kira busy jugak. contohnya busybody. Haha. Busy jugak tu kan. Aku tahu bukan aku sorang je makhluk kat dunia ni yang suka buat-buat busy, korang pun mesti tak terkecuali jugak kan. Oyeay, oleh itu aku nak bagi sikit cara kat korang yang hobinya buat-buat busy untuk mempraktikkan beberapa teknik bagi menampakkan yang korang memang sepisis manusia yang memang busy walaupun hakikatnya korang tak busy mana pun.

Bagi menampakkan diri korang tu adalah seorang makhluk yang super busy korang bolehlah sentiasa sediakan kertas dan pen disisi korang. Dan bila orang lalu je dekat korang maka dengan itu buat-buatlah yang kononnya korang tengah berpikir walhal korang tak pikir apa pun. Bila korang berpikir orang akan nampak korang macam banyak kerja nak kena buat.

Lepas tu korang buat-buat pen korang tu terjatuh. Waktu tu mesti korang akan nampak macam serius banyak kerja. Maklumlah buat kerja sampai terjatuh pen yang ada.

Katakanlah waktu tu korang tak ada pen dan kertas, korang gunakanlah teknologi yang ada. Korang kan ada handphone. Jadi korang buat-buatlah busy taip message. Kononnya ada orang bagi message padahal korang bagi kat diri korang sendiri. [Aku pernah buat macam ni. Bila ingat balik macam bodo je. Huhu.] tak pun korang berlakon buat-buat la konon ada orang telepon korang. Tapi kalau korang tak reti berlakon tak payah buat. Kang orang cakap korang tu gila ok.

Kalau la korang waktu tu tengah mengadap computer pulak, especially kat opis kan, korang boleh lah bukak apa-apa dokumen yang ada. Dalam 3,4 dokumen yang seolah-olah menampakkan yang korang tu tengah buat kerja. Bila ada orang datang dekat korang, korang buat-buat la macam korang tengah buat kerja tu.

Buat-buat busy ni ada kebaikkannya jugak. kalau korang malas nak layan orang la misalannya kan, korang boleh praktikkan tips-tips yang aku bagi tu. Bukan apa, aku tahu kadang-kadang korang mesti rasa malas nak layan orang yang selalu kacau korang. I mean orang yang suka bercerita sampai syok sendiri sampai korang jadi bosan nak melayan apa yang dia cakap. Kang kalau korang cakap korang bosan terasa hati pulak kan. At least bila korang menampakkan diri korang busy maka dengan otomatiknya dorang akan tahu yang korang tak mahu diganggu melainkan kalau orang tu memang tak reti nak paham-paham dengan apa yang korang nak sampaikan.  



Tu la dia beberapa tips yang tak berapa nak guna daripada aku. aku buat-buat busy bila aku rasa perlu. Perlu untuk selamatkan diri terutamanya daripada orang yang bertindak seolah-olah dorang tu mamarazzi paparazzi. eceh macam artis pulak. Because for me people always say things without thinking.  Pretend to be too busy is the best way to answer their questions. 

Oh! Apakah yang aku cuba sampaikan ini.