Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 5, 2014

kenapa cantik itu subjektif


Assalamualaikum

Selamat malam lagi. Sambil duduk atas lantai. Dah tak larat nak menirap sambil menaip. Hai gadis-gadis comel yang suka tengok cermin. Bila tengok cermin terasa diri itu sangat comel. Walaupun orang cakap tak comel tapi nak cakap jugak yang diri sendiri comel. Ya. Becakap dalam hati je. Tak becakap luar hati. Kang kena bahan pulak. Dan hello jugak kepada jejaka-jejaka hemsem yang rasa hemsem. Yang perasan hemsem. Yang konfiden hemsem. Tak apa. Itu menunjukkan anda yakin dengan diri anda sendiri. Teruskan usaha untuk meningkatkan gaya, mutu dan keunggulan kehemseman anda agar setanding dengan wak doyok.  

Cantik. Jelita. Cun. Comel.
Hemsem. Smart. Stylo. Bergaya.

Lain mata yang memandang, lain pandangannya. Masing-masing ada pendapat, justifikasi, ciri-ciri dan kriteria yang tersendiri tentang apa itu cantik. Tentang apa itu hemsem. Kalau orang tanya aku, heliza helmi tu comel tak? Dah tentu aku cakap tak comel sebab macam aku cakap tadi, masing-masing ada pendapat sendiri. Ia adalah sesuatu yang subjektif di mata setiap manusia. *Padahal jeles. Eh. Tak. Tak. Aku tak jeles. Aku tak mahu dia riak sebenarnya. Haha. Alasan*

http://www.google.com.my/imgres?biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=b36JsjTEqsl5wM%3A&imgrefurl=http%3A%2F%2Fweheartit.com%2Fentry%2F32557616&docid=jIHKzgwqCMhDrM&imgurl=http%3A%2F%2Fdata3.whicdn.com%2Fimages%2F32557616%2Foriginal.jpg&w=500&h=354&ei=vBbxUvjkC4mKrQeF8IHoAw&zoom=1&ved=0CFYQhBwwAg&iact=rc&dur=1824&page=1&start=0&ndsp=15

Cantik itu subjektif.
Kenapa Tuhan jadikan cantik sebagai sesuatu yang subjektif?

Subjektif itu maksudnya korang melihat sesuatu berdasarkan kepada pandangan yang tersendiri. Macam tu jugak bila orang sebut pasal cantik. Korang mungkin tengok aku tak cantik. Tapi bila aku tengok diri aku sendiri, aku tengok macam cantik je. Macam comel je. Hahaha. Tetibe.

Allah itu Maha Kaya. Maha Adil. Maha Sempurna. Dijadikan cantik dan hemsem itu sebagai sesuatu yang subjektif di mata manusia. Agar kita semua dapat rasa tentang apa itu cantik apa itu hemsem dan yang sama sekutu dengannya. 

Bersyukurlah. Tuhan dah jadikan setiap dari kita dengan sebaiknya. Tuhan dah jadikan kita semua dengan sempurna. Sebut Alhamdulillah bila ada yang memuji. Dan kalau ada yang mengeji kesiankanlah kat dorang sebab tak reti-reti nak bersyukur dengan nikmat Tuhan. 

Semua orang cantik. Semua orang hemsem. Yang membuatkan dorang jadi huduh bila perbuatan tak seiring dengan perintah Tuhan.

Sekian. Dah. Pegi tidor.




Tuesday, February 4, 2014

cinta dan bodoh berpisah tiada


Assalamualaikum

Selamat malam yang dah masuk ke medan tengah malam dah pun. Malam-malam buta otak aku tak mahu tido. Leceh sungguhlah. Hai gadis-gadis comel yang sedang dilamun cinta dan hello kepada jejaka-jejaka yang sedang angau hendaknya. Apa kabar dengan kisah cinta korang? Best? Oh. Untunglah kalau best.

Kalau tak best?
Buatlah jadi sampai best.

Becinta dengan orang yang cintakan kita adalah suatu detik yang tersangatlah indah. Tapi kadang-kadang time macam ni la akan muncul benda-benda pelik akibat daripada tindakan yang tak masuk akal yang akhirnya mereka akan dilabelkan sebagai makhluk tuhan yang bodoh oleh para pemerhati dan penjatuh hukum dunia.

http://www.google.com.my/imgres?sa=X&biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=_XVk0vFJaXAAnM%3A&imgrefurl=http%3A%2F%2Fwww.activaresults.com%2F2012%2F11%2Fcrazy-love-quotes.html&docid=r29mizJrJbrfNM&imgurl=http%3A%2F%2Fmedia.onsugar.com%2Ffiles%2F2011%2F05%2F20%2F1%2F1659%2F16595909%2F1a%2Flove-world-friends-quotes-flowers-love-quotes-Mensajes-en-texto-art-photography-cute-Imgs-Used-wordsn-quotes-WORD-COMMENTS-hearts-words-g1-Signs-Etc-Grab-and-Lock-bobbi-love-words-comments-lanena-Love_large.jpg&w=500&h=333&ei=7PzwUuPYHoiHrgfbtoH4Ag&zoom=1&ved=0CNABEIQcMCc&iact=rc&dur=656&page=3&start=38&ndsp=24

Dorang bukan buat benda bodoh tapi benda yang dorang buat tu yang menampakkan kebodohan dorang sebenarnya. Eheh. *Ayat berlapik*

Kalau nak buat senarai cinta dan kebodohan itu, banyak sangatlah senarainya, cukup sekadar aku cakap jangan membodoh lalu membadutkan diri hanya kerana cinta. Hidup bukan untuk cinta sahaja tapi hidup untuk menjadi hamba kepadaNya.

Tapi yang pasti cinta dan bodoh memang berpisah tiada iaitu untuk orang yang berpaksikan nafsu semata-mata dan bukan kepada agama.

Sekian sahaja daripada saya. Jom becinta. Becinta selepas nikah dapat buat banyak pahala. Syok woo. 




empat februari 2014



Assalamualaikum

Selamat malam yang baru masuk malam. Tapi mata aku macam kena gam. Ewah. Bepantun dua kerat pulak aku memalam ni. Hai gadis-gadis comel yang suka tidor, kuat tidor dan kaki tidor. Dan hello juga kepada jejaka-jejaka yang suka buat taik mata. Oh. Dua-dua sama. 2x5.

Aku tak tahu la kenapa, asal aku makan kat kedai je tak lama lepas tu aku mesti akan jadi mengantuk tahap zargon. Lepas tu dahaga pulak tahap super saiya punya dahaga. Kadang-kadang makan kuih dua ketol je kot. Tapi tahap lelapan mata yang aku alami, terlalu tinggi. Masuk opis terus tertunduk. Sedar-sedar je boss ada. Lalu aku tersengeh, senyum tak perlu kata apa-apa. Huuu.

http://www.google.com.my/imgres?sa=X&biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=JpXQG4dMQhcy1M%3A&imgrefurl=http%3A%2F%2Fphoto.net%2Fphotodb%2Fphoto%3Fphoto_id%3D5972476&docid=1UAwnH_h1OdP2M&imgurl=http%3A%2F%2Fgallery.photo.net%2Fphoto%2F5972476-md.jpg&w=679&h=435&ei=DPXwUs6IBYb_rAet1oDYBg&zoom=1&ved=0CFsQhBwwAw&iact=rc&dur=1303&page=1&start=0&ndsp=16

Ada beberapa kedai yang buat kepala aku pusing pening-pening. Kedai makan yang mana mengamalkan konsep bubuh ajinomoto banyak banyak banyak berkati-kati, bersenduk-senduk, berlori-lori dan yang sama waktu sekutu mahupun sekufu dengannya. Dengan harapan makanan itu akan jadi super sedap lalu digemari dan disukai seisi umat manusia. Tapi aku tak mahu la bubuh nama kedai tu. Kang tetibe tuan kedai baca blog aku naya kena saman. Cewah. Cewah.

Atau adakah sebab aku sepisis manusia yang kuat tidor? Boleh tidor dengan mudah tanpa perlu disuruh-suruh apatah lagi didodoi-dodoi tak kira tempat, masa dan di mana-mana? Huahua.

Amboi aihh. Nak salahkan kedai pulak ye mardiana ni. Heh.





Monday, February 3, 2014

retak pertujuh


Assalamualaikum

Selamat petang yang sangat panas. Panas membara dalam hati dan jiwa. Cewah. Hai gadis-gadis comel yang sedang menanggung rindu. Menanggung rasa seorang diri. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang sedang memendam perasaan. Perasaan yang tak terbendung terhadap orang yang tercinta, tersayang lagi dirindui. Hoha. Sangat seksa jiwa hendaknya.

Rindu.

Rindu bermaksud terlalu ingin akan sesuatu atau dengan lebih tepatnya terlalu ingin berjumpa dengan seseorang. Dalam banyak-banyak rindu, rindu dengan sesama insan adalah rindu yang terpaling dominan menghantui hidup umat manusia.

Rindu tak boleh dibuat-buat. Rindu datang secara semulajadi. Dan rindu juga hadir bersama dengan orang yang kita sayang lagi amat dicintai. Aku tak boleh nak explain dengan lebih lanjut macam mana rindu ni boleh menimbulkan dirinya dalam hati korang sebab aku bukan dokter love apatah lagi dokter rindu.

http://www.google.com.my/imgres?biw=1366&bih=639&tbm=isch&tbnid=fmH5MAvBvLIxIM%3A&imgrefurl=http%3A%2F%2Fwww.todevahouse.com%2Flove-miss-you-pretty-quotes-quote-image-608843-on-favim.html&docid=lKfubHbkH8AS7M&imgurl=http%3A%2F%2Fwww.todevahouse.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2013%2F12%2Fi-miss-you-quoteslove-miss-you-pretty-quotes-quote---image--608843-on-favim-pheqh31o.jpg&w=350&h=500&ei=ip7vUsriPIrZrQeK64HADw&zoom=1&ved=0CFkQhBwwAw&iact=rc&dur=1569&page=1&start=0&ndsp=18

Mana mungkin korang boleh rindu dengan orang yang korang benci. Kalau korang rindu orang yang korang benci itu maknanya korang dah jatuh cinta. Bukan aku yang cakap. Orang tua-tua cakap. Sebab dorang cakap jangan benci dengan orang nanti orang tu la yang kamu akan cinta sampai mati. Oleh itu aku sampaikan je teori orang dahulu kala. Hihu. 

Memendam rindu dalam hati.

Sangat sakit kamu tahu bila kita rindu pada seseorang tapi korang tak mampu nak luahkan segala rasa rindu tu. Hati bengkak je rasa. Nak nangis dah tak larat nak nangis dah. Makan pun tak lalu. Rindu boleh buat korang jadi serba tak kena. Nak telentang tak syok. Nak bergolek tak best. Nak berguling lagi tak ada feel.

Orang cakap kalau kita rindu kat seseorang cuba la berdoa pada Tuhan. Letak tangan di dada. Pejam mata. Baca Al-Fatihah. Dan niatkan supaya apa yang korang rasa itu turut dirasai oleh siempunya diri.

Mana tahu. Dengan kuasa Tuhan, dengan cara macam tu mampu buat korang rasa sedikit lega kan?







Tuesday, January 28, 2014

dua puluh lapan januari, 2014


Assalamualaikum

Selamat petang. Apa itu selfie? Aku pun tak tahu sebenarnya. Mungkin maksud selfie tangkap gambar syok sendiri gamaknya. Contoh yang sangat nyata seperti di bawah. Errrr..



Tu dia. Punya la aku edit gambar sampai kelabu jadinya. Huahua. Orang berselfie aku pun nak berselfie. Walaupun teknik edit menuju kearah kegagalan tapi aku nak buat jugak. 

Muntah!