Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 5, 2013

awak, nak kahwin tak?


**********

Tap! Tap! Tap!

Bukan bunyi aku menaip. Tapi bunyi aku buat-buat sibuk kat dapur. Dengan harapan suami aku akan datang membantu. Harapan la sangat. Heh. Hhmmm.. Malam ni aku nak masak makanan kegemaran suami tercinta. Pasti bulat perut beliau. Huehuehue.

“mama...” sianak memeluk erat pinggangku. Ku fikiran suamiku. Baru nak fefiling romatik. Haih. Kacau daun sungguhlah.
“ya sayang mama...” aku memandang wajahnya. Sangat comel macam aku jugak. Hahahak. Matanya berkaca.

“malam ni nak tidur dengan mama...”
“ya sayang.. malam ni mama tidur dengan anak mama yang comel ni..” aku cubit manja pipi gebunya sambil kerling ke arah suami. Sengaja aku cakap kuat.

Tap! Tap! Tap!
Tak habis lagi memasak.

“sayang..” suamiku memeluk dari belakang.
Aku siku laju-laju. Hah. Rasakan.

“sayang cayang...” pinggangku dipeluk bertambah erat.
Aku siku laju-laju lagi. Dua-dua siku aku tibai. Hah. Ambik.

“sayang marah ekk..” pipi kananku dicium lembut. Ohoi. Pandai la pulak dia ambik hati aku. Aku jeling konon marah. Padahal hati kembang-kembang. Aku kesat pipi dengan hujung bahu.

“meh sayang tolong cayang ya...”
Aku memandangnya. Lalu pipiku diusap dan dia tersenyum...

**********


Awak. Jom kawen. Boleh buat pahala.






Monday, February 4, 2013

mata ini ingin selalu memandangmu


Assalamualaikum

Selamat malam kepada gadis-gadis comel yang jernih matanya. Penuh dengan kebaikan dan keikhlasan. Sekali pandang sangat tertarik. Nak nak pulak bila jeling dan tersenyum manja. Wah. Rasa nak tenung dekat-dekat. Dan selamat malam jugak kepada jejaka-jejaka hemsem yang bermata cantik. Lelaki bermata cantik boleh menyebabkan hati gadis-gadis cair tahu. Wahahah.

Dari mata turun ke hati. Dah turun ke hati hari-hari nak tengok lagi. Bila nak tengok kena pulak tengok curi-curi. Takut kantoi. Wuwuwu. Haih. Sangat penat kalau keadaan macam ni berlaku. Nak luahkan rasa malu. Apatah lagi takut kalau lepas itu dituruti dengan nafsu. Dan perasaan itu hanya Allah je yang tahu.

Cinta dalam hati sangat sakit. Sangat sakit dan selalu orang cakap bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Tapi akan berbunyi bila tepukan tangan tu disambut dengan dahi sendiri. Pedih!


Orang yang mampu buat kita jatuh hati ni dorang ada aura. Aura yang boleh buat korang rasa happy semacam. Tengok muka rasa tenang. Padahal dia bukan buat apa kat korang pun. Even dia tak tahu korang suka, tapi kehadiran dia boleh menyebabkan hati korang berbunga-bunga. And then mesti akan terdetik dalam hati, “kalaulah aku dapat hidup dengan dia pasti bahagia”.

Berdoalah kepada Tuhan semoga segala urusan dipermudahkan. Ingat. Niat kena baik. insyaAllah segala impian dan harapan korang akan jadi kenyataan. Tapi yang pasti sebelum korang meletakkan harapan yang tinggi, jangan lupa paksikan cinta korang kepada Allah yang Maha Esa. Sebab korang kena ingat perasaan itu adalah anugerah dariNya.

Melainkan kalau korang jenis mata keranjang. Tak boleh tengok perempuan comel sikit berdahi licin mula mengelejat tak tentu hala. Kalau jumpa orang macam ni seharusnya diberi pelempang tanpa ragu-ragu, dengan harap beliau akan sedar diri. Bagilah peluang kat orang lain nak bercinta dengan ikhlas. Tak kan semua awek kamu nak rembat kot. 





habis tu yang tak solehah macam mana?


Assalamualaikum

Selamat petang yang tersangatlah mendung. Bukan macam nak hujan. Tapi memang dah hujan dah pun. Hai adik manis. Yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk yang tersayang. Daripada kurang baik, cuba jadi lebih baik. Walaupun tak sebaik mana tapi nak jugak jadi lebih baik. Dan hello kepada hemsem-hemsem boy yang dah tentu nak cari orang baik-baik walaupun kadang-kadang diri tu tak berapa nak baik mana pun. heh.

Tak baik bukan maksudnya tak elok langsung. Cuma perlu ada certain part yang perlu diperbaiki agar jadi lebih baik daripada sedia ada. Lumrah hidup, korang kalau nak cari pasangan hidup kompem nak cari yang bak-baik kan? Orang jahat pun cari orang baik, apatah lagi orang yang baik dah tentu nak cari yang baik-baik.

Berusaha mencari yang solehah.
Habis tu yang tak solehah macam mana?


Amat jarang orang lelaki nak ambik girl yang tak berapa baik jadi isteri. Girl yang jenis haru biru, porak peranda dan hampir lingkup hidupnya tak akan termasuk dalam pilihan bakal isteri rebutan masakini. Nak nak pulak rebutan ibu-ibu mertua. Oh, pehlish. Awal-awal lagi korang akan direjek. Itu dah pasti.

Orang lelaki yang mampu membimbing girl yang hidupnya tak ada arah pedoman adalah lelaki yang terbaik dalam mukabumi ni. Bukan calang-calang orang boleh buat macam tu. Sebab kekuatan itu perlu ada. Kalau tak kuat silap-silap dengan korang-korang sekali akan diheret ke dalam api neraka. Mahu begitu? Oh. Dah tentu korang tak nak kan?

Bukan kehendak girl tu untuk jadi tak baik. Kadang-kadang keadaan sekeliling yang memaksa. Oleh itu mari kita berdoa agar orang yang kurang baik menjadi lebih baik, dan didoakan semoga gadis-gadis comel dimukabumi ini akan bertemu dengan penyelamat yang dinanti-nanti.





Sunday, February 3, 2013

kun fayakun : Allah Maha Kuasa


Assalamualaikum

Selamat malam kepada gadis-gadis yang masih mengharap. Mengharap kepada sesuatu yang tak pasti. Dan selamat malam jugak kepada jejaka-jejaka yang terlalu berharap. Berharap akan ada keajaiban berlaku dalam hidup ini.

Berharap dan mengharap tentang sesuatu yang nampak seperti tak mungkin akan terjadi adalah sesuatu yang sangat sakit untuk diterima. Tapi kita tak boleh lupa. Tak ada sesuatu yang tak boleh berlaku. Tak ada sesuatu yang mustahil untuk terjadi. Sebab kita berada dibawah kekuasaan yang Maha Esa.

Kun Fayakun.
Jadilah. Maka jadilah ia.


Allah jadikan kita sebagai manusia yang cetek ilmunya. Yang kadang-kadang tak tahu apa-apa tentang sesuatu perkara. Nak nak pulak tentang masa depan. Tak ada manusia yang tahu tentang masa depan sendiri. Usah cakap masa depan. Beberapa minit hatta saat selepas ni pun korang tak akan tahu apa akan jadi pada diri korang. Matikah? Hidupkah? Semua berada dalam genggamNya.

Apa yang berlaku dalam hidup kita sebenarnya penuh dengan nilai-nilai keajaiban. Tentang perkara yang tak dijangka akan berlaku. Tentang perkara yang tak terlintas akan terjadi. Kehidupan kita telah diatur oleh Allah. Yang telah menjadi suatu rahsia besar yang tak mungkin satu manusia pun akan tahu tentangnya.  

“Kenapa aku bertemu dengannya kalau begini pengakhiran yang aku perlu terima?”

Setiap sesuatu itu telah diatur oleh Allah. Dan setiap yang berlaku itu adalah berlaku atas kehendak dan takdir Allah. Kerana Dia lebih mengetahui tentang yang tersurat lagi yang tersirat. Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa. Berdoalah dengan penuh pengharapan.

Semoga kehidupan kita diakhiri dengan sesuatu yang membahagiakan. Bahagia di dunia dan di sana. 



 



Friday, February 1, 2013

dilema babyface : tak bersyukurkah?


Assalamualaikum

Hello para pari-pari comel yang berwajah terlalu keanak-anakan sampaikan orang ingat korang tu macam senang untuk dibuli-buli dan diuli-uli. what’s up? Problem? Ololo. Tak baik tau  dorang buli-buli korang. Korang tu dah la bermuka semanis kurma, seharusnyalah korang dimanjakan. Ye tak? Eheh.

Secara jujurnya orang yang dianugerahkan babyface ni memiliki tahap kecenderungan untuk dibuli dan diuli yang tinggi. Sebab dorang akan ingat korang tu budak-budak. Layanan yang korang terima ibarat second class punya layanan. Pergi la mana-mana pun. Selagi dorang tak tahu status sebenar korang selagi tu la korang akan dianaktirikan. Betul. Tak tipu.


Suka hati je nak buli orang kan? Dorang ingat dorang tu Giant kot boleh buli korang macam Nobita.

“Lain kali kamu pakai la makeup yang boleh menampakkan usia sebenar kamu”

Oh. Tak. Tak. Takkan nak pakai makeup 24jam kot.

“Kamu kena bercakap dengan cara matang dan profesional”

Eh. Ni pun tak sesuai jugak. Takkan sentiasa nak pakai ayat berkelas tinggi kan? Lain la kalau time kerja.

Perlu ke korang cakap macam ni, “pakcik saya nak Lycopersicon cycopersicum dalam 3 biji,” hanya semata-mata nak menampakkan yang korang bukan sekecik yang disangka?. Oh. Tak. Tak. Korang tak payah bersusah payah nak meyakinkan orang keliling korang yang korang sebenarnya dah melebihi tahap usia. 

Buat je macam biasa. Kool bebeh. Buat relek macam aku. Yang senantiasa nampak baby-baby gitu. Geli kan? Hahahak. Mohon untuk muntah sekarang. Dan tiap kali korang kena buli dan uli bersyukurlah bahawa sesungguhnya korang sebenarnya dipuji tanpa sedar.