Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 26, 2012

lokasi lemang sedap


Assalamualaikum

Selamat malam sambil makan rendang dan sambil telan lemang. Sempena hari raya aidil adha ni aku nak bagitahu satu tempat yang ada jual lemang yang memang sedap. Sedap kat mulut aku. Kalau kat mulut korang tak sedap tu korang punya pasal. Hahaha.

Okeh. Nama lemang tu lemang dunia. Atau dalam bahasa inggerisnya lemang world. Kenapa nama lemang dunia/world? Oh. Aku rasa korang tak patut ambik tahu tentang asal usul nama lemang tu. Korang sepatutnya ambik tahu tentang kesedapan lemang tersebut. Sangat sedap.  


lokasi : Kampung Bikam, Bidor Perak
tepi jalan dekat tanah perkuburan

p/s: sedang berusaha kembali ke zaman kegemilangan rajin menulis blog. uhuh~


 

Wednesday, October 17, 2012

hubungan terputus akibat perbezaan : apa yang perlu anda lakukan?


Assalamualaikum

Ohooiiii.. ha. Jerit dah macam gaya M. Daud Kilau dah ha...
Lama sungguh aku tak update entri kat blog ni. Kalau dulu bukan main sakan aku update. Sehari sampai 2,3 entri aku bubuh. Sekarang ni banyak kerja aku kena buat. Disebabkan aku malas nak buat kerja jadi aku tulis blog. Hoho. Boss yang sungguh manis dipandang, sila jangan kerling-kerling tajam kat saya okei. Nanti saya cucuk mata tu baru tau. 

Okei. Para gadis yang comel dan para jejaka yang budget handsome lagi ohsem. Yang selalu pening kepala sebab tak faham dengan kehendak pasangan masing-masing. Perbezaan yang buat korang rasa macam nak bagi pelempang kat dinding bertalu-talu sambil bertanya kat diri sendiri, “susah sangat ke nak faham? Kenapa tak boleh nak faham? Betul-betul tak faham ke? Atau buat-buat tak faham?”.


Orang lelaki dan perempuan dilahirkan berbeza. Berbeza dari segi fizikal apatah lagi mental. Perbezaan ini yang buat korang rasa macam ada halangan untuk korang teruskan hubungan. Sebenarnya tak ada halangan pun. Tapi cara korang membina hubungan tu yang membuatkan hubungan korang tu terhalang.

Korang tahu tak, girls and boys dorang punya beza ni macam puzzle. Puzzle ni bentuk tak sama dan berbeza. Walaupun tak sama tapi kalau korang pandai susun korang akan dapat jawapannya. Macam tu jugak korang dengan partner korang. Berbeza, tapi kalau korang pandai handle benda yang berbeza, hubungan korang tak jadi masalah. Apa yang penting cara masing-masing mengadaptasikan diri masing-masing dalam perbezaan yang ada.


Benda ni tak susah sebenarnya. Yang jadi susah bila masing-masing tak nak cuba faham kehendak pasangan masing-masing. Cuba terima seadanya. Kalau mind set korang masih tak boleh nak terima apa yang aku sampaikan ni maka aku sarankan agar sila hentak lutut korang ke atas meja dengan kadar yang segera. Heh.




Friday, October 12, 2012

Ciri-ciri lelaki sudah jatuh cinta


Assalamualaikum

Selamat petang kepada jejaka-jejaka yang dah jatuh cinta dengan aku. hahaha. Op. Ok aku gelak sorang-sorang. Kepada jejaka yang dah jatuh cinta dengan perempuan. Ya. Haruslah perempuan. Tak kan dengan lelaki kot. Heh. Meh aku bagi ciri lelaki yang dah jatuh cinta :

Dia akan buat apa saja untuk girlpren dia. keselamatan girl jadi keutamaan. Kalau girl tu mintak tolong tanpa berlengah dia akan tolong cepat-cepat macam superman. Dia sentiasa nak jadi penghibur korang. Kalau dulu dia pendiam mungkin bila jumpa korang mulut dia tak berhenti bercakap. Berbuih-buih topic dia bualkan. Dah rupa bertih jagung dah ha. Dia jugak rajin bagi nasihat. Sebab dia sayang kat korang.



Dia akan kongkong dan awasi kemana korang pergi sebab dia jealous and takut kot-kot ada lelaki lain yang nak tackle korang. Tapi ada jugak yang tak kongkong. Tak kongkong bukan tak jealous tapi dia cuba bertindak kool sebab tahan perasaan cemburu. Dia tak suka kalau ada lelaki yang rapat dengan korang. Dia jugak senang sentap dan mudah sensitif bila korang tak tumpu sepenuh perhatian padanya. ololo. Cian dia. ekeke.


Pentingkan korang lebih dari diri sendiri. Dia jugak tak akan layan perempuan lain yang tak ada urusan penting dengan dia. Cuba luangkan masa dengan korang dan rela korbankan aktiviti dan hobi dia demi korang. Cewah. Dia jugak tak malu bawak korang dan perkenal kat kawan-kawan dia.

Kalau dia frust dia akan kecewa dan tak percaya dengan perempuan tapi pada masa yang sama dia harap korang akan balik kat dia. Dia tak akan curang. Kalau curang maknanya dia tak nak kat korang. Wuwuwu.

Ok gugurl, tu ciri-ciri lelaki yang dah jatuh cinta. Ada tak kat korang punya boboi ciri-ciri tu? Kalau ada bagus dan jagalah boboi korang tu baik-baik. Jangan biarkan dia disailang oleh makhluk lain. Sangat tak best bila perkara itu berlaku. Huhu. 




Wednesday, September 26, 2012

you miss me?


Assalamualaikum

Selamat petang yang sangat mendung. Dan sangat syok kalau time ni duk bergulung dalam selimut. Ya. nikmat tu. Haha. Dah lama sangat aku tak update entri. Sebagai anak dara perempuan melayu terakhir dah tentulah aku tak akan mengaku yang aku ni malas nak update. Aku dengan terang lagi nyata akan bagi alasan aku busy. Sebulan busy.

Ada banyak bahan aku dalam draft. Nanti ada masa aku update okei. Eceh. Ayat budget macam ada orang nak baca.



i know you miss me. hik!~





Thursday, September 6, 2012

rasa ini bukanlah sesuatu yang dipinta



Assalamualaikum

Wah. Tajuk nak kontroversi saja. Heh. 

Selamat malam yang dingin. Dingin sebab hujan turun mencurah-curah. Bertambah dingin bila dalam hati dilanda ribut taufan.

Hai gadis-gadis comel yang selalu dilukai, dihiris hatinya lalu ditinggalkan macam tu saja. Dan hello kepada jejaka-jejaka yang bermulut mengalahkan buaya sungai serenggeti. Yang selalu menabur janji, yang selalu bagi harapan dan akhirnya dibiarkan sigadis terkulat-kulat tinggal dalam dunia penuh dengan kepalsuan. Wah. Intro yang sangat emosi. Ya. Aku tengah emosi.

Ini adalah kehidupan. Hidup yang penuh dengan ranjau dan duri. Kepada gadis-gadis diluar sana yang hatinya telah terluka, berdoalah agar silelaki akan kena balik benda yang sama. Kalau tak kena pada dia, berdoa kena pada adik perempuannya atau mungkin kakak dia. Atau paling tidak kena pada anak perempuannya pula. Kalau susah-susah sangat buatlah sumpahan agar tujuh keturunannya mengalami keperitan, penderitaan dan kesengsaraan yang nyata, yang boleh menyebabkan jiwa dan raga mereka merana. Hahaha.


Jangan ikut nasihat kat atas. Sangat tak baik untuk gadis-gadis yang bermaruah tau. Hoho. Nak tak nak korang kena jadi kuat. Mintak mak dan ayah doa agar korang dikurniakan seorang suami yang baik dan hensem macam suami Irma hasmi. Heh. Doa ibu adalah doa yang mustajab. insyaAllah Allah akan perkenankan hajat kita.

Setiap sesuatu itu ada sebab kenapa ia berlaku. Allahhu Akbar!!