Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 13, 2012

ciri blogger syok sendiri



Assalamualaikum

Selamat malam yang dah nak masuk waktu maghrib. Duduk rapat-rapat kat meja. Mucung halakan ke pinggan. Mata dan badan selari dengan kedudukan makanan. Baru la senang nak mentekedarah. Ye dak?

Semalam aku tak buat apa. Sampai je dalam sarang aku siap-siap kemas dan jalan-jalan tengok blog orang. Aku tak ingat aku baca mana ntah. Ada blogger dia bagi pendapat “blogger yang selalu update entri tapi tak ada satu makhluk pun yang bagi komen adalah blogger yang terlebih syok sendiri”.

Wah. *terasa tau*. Haha.

Aku ni dah la selalu update entri. Ikut dan kepala otak aku ja nak taip apa. Lepas tu tak ada yang komen pun. Huahuahua. Tak apa. Mardiana tak kisah. Eceh.

Yaka? Ya kot? Syok untuk diri sendiri tak apa. Daripada kita syok kat orang lain tapi diibarat macam menepuk sebelah tangan lalu disambut oleh dahi sendiri. Hoho. Ayat yang tak ada kena mengena aku buat.

Ok. Selamat berbuka.





pakai high heels terasa sangat ayu


Assalamualaikum

Selamat pagi. Sangat indah pagi ni sebab boss aku pergi merayap-rayap. Oleh yang demikian tangan dan jari aku pun turut merayap meraba keyboard tanpa belas ehsan. Haha. Encik boss, sila pergi merayap lama-lama sikit okei.

Setelah berabad-abad lamanya aku duk pakai kasut leper, hari ni aku cuba try test pakai high heels pulak. Terasa ayu pulak diri ini. Haha. Aku bukan apa, sekali sekala nak jugak merasa tinggi. Ye dak? Asyik pendek je sampai orang ingat aku ni gadis comel yang masih bawah umur sedangkan aku dah boleh bergelar gadis comel bertaraf ibu dah tau. Waktu mama aku sebaya umur dengan aku, beliau dah stop beranak dah. Huhu.

Ok. Tak nak bebel lama-lama nanti bernanah mata korang nak baca.

Selamat berpuasa yang tinggal berapa kerat hari je lagi. Dan kalau tak keberatan hulurkan duit raya kat aku. Aku doakan semoga korang diliphkan rejeki hendaknya. Hihi. Tak lawak pun. ok. Bai.




kad raya dari oversea : tema alien turun menyerang planet bumi


Assalamualaikum

Selamat malam. Wah. Wah. Tak lama lagi dah nak raya. Macam biasa asal datang time nak raya aku jadi stress. Stress sebab kena buat kad raya. Wuwuwu. Tahun lepas kad raya aku dapat sambut hangit dari staff seangkatan. Tapi untuk tahun ni gayanya macam tak ada mood nak buat kad raya sebab buat masa sekarang kepala otak aku agak buntu nak memikir design kejadah apa la yang aku nak buat nanti.  





Sebagai designer yang tak ada pedoman dan arah tuju hasilnya ntah apa-apa aku buat. Dah rupe alien dah aku tengok. Last year temanya kami semua student oversea tak dapat balik raya. Tahun ni kemungkinan temanya tak balik raya jugak. Atas pemintaan boss yang tercinta beliau nak kami semua beraya atas kapal tahun ni. Oh. Kalau ikut hati aku buat tema sponge bob je. huahuahua.

Yang paling comel tu la aku. Muka aku haruslah aku edit comel-comel ye dak? haha.



Thursday, August 9, 2012

tunggu bila dah ada anak


Assalamualaikum

Selamat petang yang dah masuk ke malam kepada ayah-ayah, ibu-ibu yang sangat mengharapkan harapan yang menggunung terhadap anak yang tercinta lagi tersayang.

“papa tak terfikir yang anak papa akan buat benda bodoh macam tu”

Dialog anak dan bapak bertekak sebab si anak berjaya memberikan ayahnya seorang cucu halal tapi dibuat secara haram. 


Kesimpulannya, seorang ayah TAK AKAN TERFIKIR anaknya akan buat perkara bodoh. Tapi seorang anak TAK AKAN BERFIKIR bila nak buat kerja bodoh.

Bila dah ada anak baru kita akan tahu perasaan seorang ayah dan ibu. Itu pun kalau nak sedar diri. Kalau tak sedar-sedar jugak sila pergi hempuk kepala tu ke dinding laju-laju.



 



panggilan yang paling menakutkan


Assalamualaikum

Selamat petang kepada gadis-gadis yang sedang hangat bercinta. Sangat teruja bila boipren telepon. Tapi kalau setiap masa nak telepon rasa macam nak bagi pelempang pun ada. Aku yang tak ada kena mengena pun rasa rimas. Dan selamat petang kepada jejaka-jejaka yang selalu sangat telepon girlpren sambil tanya perkembangan terkini. Konon caring. Padahal cemburu tapi tak nak mengaku. Haha. Lantak korang lah.


Dulu-dulu kalau dengar je telepon rumah berdering, mesti aku takut tahap gaban. Sebab orang dulu-dulu kalau nak mengorat dorang direct pakai telepon rumah je. Time tu pasrah. Siapa yang angkat nasib. Bila agak-agak orang yang angkat tu suara garau macam stok bapak-bapak maka tak perlu untuk kata apa-apa. Tanpa ragu-ragu silalah letak ganggang dengan segera. Kalau abah aku yang angkat jawapannya sila tadah telinga untuk dengar ceramah yang maha hebat. Haha. Malu miaw miaw rasa.

Dalam banyak-banyak panggilan, antara panggilan yang paling menakutkan adalah panggilan secara tiba-tiba di waktu tengah malam. Nak nak pulak kalau panggilan tu menyampaikan suatu khabar berita. Boleh buat terkeluar jantung kot.

Uhuh. Takutnya.