Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 9, 2012

berdoa di bulan ramadhan part ii


Assalamualaikum

Sekali lagi. Ini bukan cerita tentang nobita yang berangan nak dapatkan apa yang dia nak lalu menyeluk poket doremon dengan harapan agar akan ada alat yang mampu mencapai impian dia. Aku ada impian. Korang pun ada impian. Apatah lagi nobita. Yang berimpian untuk kahwin dengan sizuka.

Nak capai impian kena usaha. Bila usaha kita jugak kena berdoa. Tadi aku tengok MHI. Cerita tentang doa lalilatul qadar. Sepanjang bulan ramadhan adalah waktu terbaik untuk kita berdoa. Tak kira siang atau malam. Tak kira boleh sembahyang atau tidak (uzur). Boleh je kalau korang nak berdoa.


Orang period macam mana nak berdoa waktu malam terakhir lailatul qadar? Orang period pun boleh berdoa jugak. Bila bangun dari tidur dalam 1/3 malam. Antara jam 2pagi hingga subuh. Duduk kat katil, berdoalah. Kalau waktu siang hari yang paling mustajab adalah hari jumaat. Bila khatib naik ke mimbar sampai ke nak masuk maghrib, berdoalah. Dan antara waktu asar jugak pada waktu tertentu akan terbuka pintu langit dan doa-doa itu akan Allah angkat ke atas.

Oleh itu, mari kita berdoa. Tak kira siang atau malam. Pagi atau petang. Period ke tidak. Jom berdoa. insyaAllah akan dimakbulkan.

Doa jangan yang mengarut-ngarut pulak. Kalau korang berdoa semoga aku cepat kahwin itu amat digalakkan. Haha.




Wednesday, August 8, 2012

mencari kerja ibarat tunggu cabutan bertuah


Assalamualaikum

Sekali lagi selamat petang kepada gadis-gadis yang gigih isi borang kerja tapi kerja tak dapat-dapat jugak. Dan sekali lagi buat kesekian kalinya selamat petang kepada jejaka-jejaka yang sangat komited cari kerja agar boleh sara anak dara orang kelak.

Tak dapat kerja tak boleh kahwin. Itulah konsep dan tema kahwin masa kini. Sangat tragis. Nak nak pulak kalau kerja tu tak menepati cita rasa, kriteria dan jugak ciri-ciri yang bakal mertua nak. Hazab sungguh rasa.


Kerja sekarang ni bukan main susah la nak dapat. Kalau dapat kerja tanpa perlu guna kabel setebal 40 hasta rasa macam salah satu daripada 7 keajaiban dunia telah berlaku. Mahu tak rasa ajaib, kerja sekarang ni ibarat macam cabutan bertuah la jugak. Kalau kena, seronok bukan kepalang. Kalau tak kena langsung melangut la tunggu sampai ke sudah tak tahu keputusan.

Penindasan berlaku kat mana-mana. Ketidakadilan berlaku dimerata-rata.

Kepada pencari kerja yang gigih termasuk diri aku sendiri. Sempena bulan ramadhan ni, waktu nak berbuka nanti mari kita pakat ramai-ramai berdoa semoga segala urusan dan rezeki kita di permudahkan. Amin.

Jangan putus asa. Rezeki pasti ada. Cewah.




tajuk harian metro yang tersangat bangang


Assalamualaikum

Ini bukan cerita tentang kebakaran hutan gambut yang berlaku kat selangor yang menyebabkan jerebu. Tapi ini adalah cerita kebakaran dalam hariam metroll yang mempunyai tajuk antara yang terbangang pernah aku tengok. 


Perempuan tu pun sama bangang jugak. Sudahnya satu Malaysia tahu. Hahahaha.



Tuesday, August 7, 2012

kerana perempuan adalah unik part v


Assalamualaikum

Selamat malam yang agak panas. Lebih panas bila tengok dua orang lelaki sibuk sangat nak rebut sorang perempuan. Aku ni tak ada pulak orang nak rebut-rebut. Eheh.

Orang perempuan ni jiwa dia halus. Mudah tersentuh. Memang sesuai benarlah emosi tu dengan perempuan. Nak nak pulak kalau dah wujud naluri keibuan lagi bertambah emosi la dorang.  Dan uniknya perempuan ni dorang selalu sangat tanya soalan yang dorang sendiri dah tahu jawapannya. Tanya berulang kali. Unik kan? Dah tahu jawapan lagi nak tanya pulak. Unik la tu sampai boleh buat kepala lelaki pening. Haha. 


Lisa Suri Honey Bunny : Cantik tak I pakai baju ni?
Abam Yusri : Cantik.
Lisa Suri Honey Bunny : Ye ke ni?
Abam Yusri : Aah…
Lisa Suri Honey Bunny : Betul ni??
Abam Yusri : Betul la…
Lisa Suri Honey Bunny : U saja nak ambik hati I je kan??!
Abam Yusri : Kan I dah cakap U nampak cantik pakai baju tu.
Lisa Suri Honey Bunny : Tapi U jawab macam tak ikhlas.
Abam Yusri : … *malas nak layan*…
Lisa Suri Honey Bunny : hah! Tengok, tu la lelaki. Orang mintak pendapat pun susah. Bukan suruh buat karangan panjang-panjang pun. Cakap ya atau tak. Itu ja. Bla... Bla... Bla.. Bluppp..




Thursday, August 2, 2012

tanda-tanda dewasa


Assalamualaikum

Selamat tengahari.

Aku suka sangat tengok sayur mentah. Nak nak pulak kalau kat pasar. Eceh. Konon aku rajin ke pasar. Tapi betul la. Aku suka tengok sayur. Lepas tu aku suka sangat tengok dekorasi rumah walaupun rumah sendiri pun tak ada lagi tapi aku suka jugak tengok. Huhu. Aku jugak suka tengok barang dapur. Nak nak pulak kalau bekas plastik, besin apatah lagi periok belanga. Apasal pun ntah. Padahal aku bukan rajin memasak pun.  

Adakah itu tanda-tanda kedewasaan? Atau adakah itu tanda-tanda peralihan fasa menjadi perempuan yang lebih sejati? Oh. Rasa macam dah tua.