Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 11, 2012

keras hati


Assalamualaikum

Selamat petang gadis comel yang berhati lembut. Selamat petang kepada jejaka berhati baik sekalian. Orang baik ramai orang benci. Apatah lagi orang jahat lagi ramai orang benci.

Aku tak tahu macam mana nak keraskan hati. Sesekali aku perlu untuk jadi kejam. Tapi aku tak reti. Aku tak pandai nak buat semua itu.  

Aku tak salahkan orang yang kata dan menghukum aku sebagai orang yang salah sebab orang-orang itu tak tahu tentang cerita sebenar. Allah. Dia saja yang tahu apa yang sebenarnya yang berlaku.

Nangis lagi.







Dalam dua tengah tiga


Assalamualaikum

Selamat pagi yang mendung. Best kalau dapat layan mata. Tapi sangat tak best sebab time ni time kerja. Hai girls yang sangat jujur bila bercinta dan hello boys yang selalu ambik kesempatan terhadap kejujuran itu. Wah. Ayat sangat tak boleh blah nampaknya.

Hari tu aku tengok cerita Tamil. Cerita tentang isteri yang miskin tak ada cagaran untuk buat pinjaman. Cagaran dia hanya kejujuran. Itu je yang dia ada. Tapi malang buat perempuan tu sebab dia tak dapat nak buktikan kejujuran yang dia ada.

Dia pergi dengan membawa kejujuran yang tak mampu untuk dia buktikan walaupun kejujuran itu sebenarnya ada. Tapi dah tak dapat nak bagi bukti nak buat macam mana kan? Haih.


Jujur.

Susah kita nak tahu orang tu jujur atau tidak. Jujur tak boleh dibuktikan dengan kata-kata. Dan kalau pun korang nak buktikan dengan kata-kata tak akan ada orang yang nak percaya.

Jujur itu adik-beradik dengan ikhlas. Anak-beranak dengan tulus. Setali-sepusat dengan lurus hati. Jujur tak mungkin datang tanpa rasa tanggungjawab. Mana boleh. Korang tak bertanggungjawab jadi macam mana korang boleh jadi seorang yang jujur.

Allah.
Nangis.  

Kusangka aur di tanah seberang
Rupanya tebu tumbuh di busut
Disangka jujur hati orang
Rupanya muslihat mencapai maksud




Sunday, July 8, 2012

sampai bila nak sabar?


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang sangat penyabar. Kalau tak sabar tak comel tau. Sebab muka orang tak sabar ni bengis. Asyik nak mengamuk je mana la sempat nak comel. Mana mungkin korang boleh control kecomelan waktu korang tengah mengalami ketidakstabilan emosi yang tinggi. Macam muka tedung kamu tahu.

Dulu waktu sekolah aku dipaksa jadi ahli panel untuk satu forum agama. Tajuk dia sabar. Kena turn aku bercakap, aku duk baca je teks yang ada dengan sangat penuh yakin. Baca tak tengok audience langsung. Sebagai tanda protes sebab aku telah dipaksa rela. Dan bila sampai part soal jawab, aku terus jadi tak yakin. Tak yakin sebab time tu la jugak dorang jadikan forum tu sebagai sesi untuk luahkan perasaan.

Macam mana nak sabar dengan itu dengan ini. bla.. bla.. bla.. Sampai bila nak sabar..


Aku tak tahu kenapa waktu tu la jugak dorang nak tanya soalan yang bukan-bukan kat aku.
Aku jawab dengan serius, “sabar je la. Aku pun tak sabar nak habis forum ni”.
Dan dan aku kena smash dengan ustaz. Huehuehue.

Ustaz cakap memang kita kena sabar. Sebab sabar tu memperlihatkan bagaimana iman kita. Sebab dengan bersabar ia mampu memberikan peluang dan ruang kepada kita untuk bertindak berlandaskan kepada fikiran yang waras. Sabar bukan bermaksud diam tanpa melakukan apa-apa tindakan. Kita kena bagi ruang kepada diri untuk jadi tenang dan kemudian fikir apa yang perlu untuk kita lakukan untuk tindakan seterusnya.

Sabar ya mardiana. Wuwuwu.

Nak mandi batas banyak
Tambah pulak ada buaya
Nak berbini hutang banyak
Tambah pula rial belanja




dua hari dua malam


Assalamualaikum

Jari aku pantas tekan keyboard. Tekan untuk tujuan apa aku sendiri pun tak tahu. Hik!~
Tekan sambil baring-baring. Golek-golek.

Dua hari dua malam.

Tergolek-golek, tergolek-golek.
Ekor mata aku nampak kelibat perempuan comel keluar menuju ke kereta.
Bagusnya.
Gigih sungguh housemate aku panjat bukit larut. Aku pulak gigih panjat katil.

Dua hari dua malam.




Friday, July 6, 2012

teruk sangat ke?


Assalamualaikum

Selamat hari jumaat yang mulia.
Hai adik-adik manis. Macam mana dengan hidup korang hari ni? Tak sempurna? Ololo. Jangan sedih-sedih tau. Cuba buat yang terbaik ye dan berserah kepada Tuhan. InsyaAllah akan jadi sempurna hidup tu.

Saya rasa saya tak cantik. Saya tak pandai. Saya tak dapat suami kaya macam dia dapat. Body saya tak cun macam dia. Saya tak tinggi macam model. Saya kerja tak hebat. Gaji saya tak lebat. Kulit saya tak gebu. Saya tak... bla.. bla.. bla

Hamboi aih, kalau semuanya korang rasa tak, tak dan tak belaka baik korang tak payah hidup. Membazir oksigen je bagi kat korang sedut hari-hari tapi tak reti nak bersyukur.


Jangan bandingkan diri korang dengan orang yang korang rasa hebat melainkan kalau korang jadikan benda tu sebagai semangat untuk jadi lebih baik daripada apa yang korang ada sekarang.

Lepas tu jangan lupa pandang belakang. Tengok-tengok la jugak keliling tu. Supaya korang lebih bersyukur dengan apa yang korang ada. Supaya korang tahu yang hidup korang sebenarnya tak seteruk yang korang sangka.

Sebenarnya kadang-kadang hidup kita ni tak teruk mana pun. Tapi sebab tak reti nak bersyukur tu yang buat kita rasa teruk dan jadi makin teruk.