Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 6, 2012

teruk sangat ke?


Assalamualaikum

Selamat hari jumaat yang mulia.
Hai adik-adik manis. Macam mana dengan hidup korang hari ni? Tak sempurna? Ololo. Jangan sedih-sedih tau. Cuba buat yang terbaik ye dan berserah kepada Tuhan. InsyaAllah akan jadi sempurna hidup tu.

Saya rasa saya tak cantik. Saya tak pandai. Saya tak dapat suami kaya macam dia dapat. Body saya tak cun macam dia. Saya tak tinggi macam model. Saya kerja tak hebat. Gaji saya tak lebat. Kulit saya tak gebu. Saya tak... bla.. bla.. bla

Hamboi aih, kalau semuanya korang rasa tak, tak dan tak belaka baik korang tak payah hidup. Membazir oksigen je bagi kat korang sedut hari-hari tapi tak reti nak bersyukur.


Jangan bandingkan diri korang dengan orang yang korang rasa hebat melainkan kalau korang jadikan benda tu sebagai semangat untuk jadi lebih baik daripada apa yang korang ada sekarang.

Lepas tu jangan lupa pandang belakang. Tengok-tengok la jugak keliling tu. Supaya korang lebih bersyukur dengan apa yang korang ada. Supaya korang tahu yang hidup korang sebenarnya tak seteruk yang korang sangka.

Sebenarnya kadang-kadang hidup kita ni tak teruk mana pun. Tapi sebab tak reti nak bersyukur tu yang buat kita rasa teruk dan jadi makin teruk.




Thursday, July 5, 2012

macam mana nak elakkan rasa cemburu


Assalamualaikum

Selamat tenghari yang dah nak masuk ke petang. Boss tak dak. Jadi aku pun berparti sakan. Ya. Buat parti depan pc. Cemburu? Ohoi. Korang tak patut rasa cemburu dengan aku. Sebab tak ada faedah pun. Tak cemburu? Yeah. Bagus la kalau macam tu.

Cemburu dengan aku memang tak ada faedah langsung. Melainkan kalau korang cemburu sebab aku dapat laki handsome bangat stok ala-ala hero novel macam suami irma hasmi tu. Haih.

Orang cakap cemburu tu tanda sayang. Cemburu tanda sayang hanya wujud untuk orang bercinta. Mana mungkin cemburu tanda sayang tu boleh wujud antara aku dengan korang. Tak mungkin melainkan kalau korang cintakan aku. Haha. Puii.



Macam mana nak elakkan rasa cemburu antara kau dan dia. Eceh. Maksudnya cemburu membabi buta.

Perlunya untuk korang sentiasa komunikasi antara satu dengan lain. Kena jujur dan bagitahu keadaan sebenar. Let’s say, korang nak keluar dengan member. Ada pulak member lelaki join sekaki. Korang bagitahu kat partner korang dulu. Lepas tu time keluar tu korang call atau mesej la partner korang tu sekejap. And then time balik pun bagitahu, inform yang korang dah balik. Katakanlah kot tiba-tiba ada orang buat cerita tak best tentang korang, sekurang-kurangnya partner korang tahu hal yang sebenarnya.

Korang boleh selalu borak-borak tanya perkembangan dia hari tu. Maksudnya kat sini korang boleh borak santai-santai tanpa perlu untuk tanya macam tengah soal siasat sebab ini boleh buat partner korang jadi stress. Bila stress dorang boleh hilang mood nak bercerita. Bila hilang mood nak bercerita, korang tak akan tahu hal sebenar. Dan bila tak tahu hal sebenar, maka mulalah korang nak buat spekulasi yang bukan-bukan. Kan?  

Otak tu pun jangan la nak jumud sangat. Cuba berfikiran terbuka. Dan jangan judge sesuatu perkara tanpa usul periksa dan menghukum dengan membabi buta. Kang kena tinggal kang tak pasal-pasal korang jugak yang meroyan.  




Tuesday, July 3, 2012

sate murah rm0.30 : taiping


Assalamualaikum

Wawah. Sakan sungguh aku promote makanan kat sini. Haha. Aku suka.
Siapa suka sate? Ok. Aku nak tunjuk lokasi sate murah lagi sedap dia punya kuah.

Lokasi : Betul-betul depan Petronas Kamunting – gerai kecik sekangkang kera je.
Bukak hari-hari kecuali hari selasa.




Waktu aku beli hari tu dia jual sate ayam je. Daging tak dak. Yang ada ayam biasa RM0.30 secucuk dan ayam special RM0.60. Apa yang special? Sate dia besar dan panjang separuh lidi. Kalau makan sampai boleh tercekik kot. Aku beli 20 cucuk sate biasa lepas beli aku pecut laju-laju sebab malu dengan makcik sate tu. Mesti dia ingat aku budak kecik yang berperut tamak.




kuey teow lagi sedap dari Doli : taiping


Assalamualaikum

Selamat petang kepada penggemar kuey teow kerang. Macam biasa kalau kat Taiping kuey teow yang popular famous amos adalah kat kedai yang bernama Doli. Macam nama kambing klon yang dah mati tu kan?

Orang luar asal datang je nak makan kat Doli. Tapi sebagai seorang yang lurus bendul lagi jujur, pada aku Doli punya kuey teow tak sedap mana pun. Biasa-biasa saja. Bukan aku je cakap, makcik-makcik dan orang-orang lama sini pun cakap macam tu. Dorang kata dah tak sesedap macam dulu.

Aku nak tunjukkan satu tempat kuey teow kerang yang sedap lagi lazat. Lebih lazat dari Doli. Kerang dia debab dan besar belaka. Banyak pulak tu kerang dia bubuh. Berbanding dengan Doli yang selalu letak baby kerang je. Nak makan pun rasa tak sampai hati.

Lokasi : Taman Mewah, Kamunting - bukan kedai tapi gerai kecik tepi rumah orang je.




Aku suka beli bungkus je sebab bila bungkus pakcik tukang masak tu akan bubuh banyak-banyak dan banyak sambil balut dengan daun apa ntah.

Sedap. Teringin nak pergi lagi tapi segan la pulak kalau selalu pegi. Haih.



Sunday, July 1, 2012

Kenapa bila seronok rasa kejap je berbanding dengan rasa sedih



Assalamualaikum

Selamat malam kepada gadis-gadis comel yang selalu rasa sedih. Sedih sangat bila kena tinggal dengan boipren ye. Ololo. Kesian dia. Jangan sedih-sedih tau. Aku doakan semoga korang dapat pengganti yang lebih baik dan ensem macam suami Irma Hasmi. Uhuh.

Bila rasa sedih, kebanyakkan daripada kita memang tak boleh nak control perasaan tu untuk suatu jangka masa yang pendek. Contohnya macam kalau korang ditimpa musibah, rasa sedih dan kecewa tu kadang-kadang berlarut-larut sampai berbulan-bulan lamanya. Nak nak pulak kalau yang melibatkan emosi dan perasaan. Putus cinta contohnya. Mahu bertahun kot frust.

Berbanding dengan waktu korang tengah suka, tengah hepi. Benda ni biasanya berlaku untuk tempoh jangka masa tertentu je. Dan aku rasa kebanyakkan daripada kita lebih banyak mengalami rasa sedih dan kecewa berbanding rasa suka. Walaupun untuk suatu benda yang kecik je. Betul tak? 


Kenapa bila seronok rasa kejap je berbanding dengan rasa sedih?

Well. Bila korang rasa seronok otomatik kebanyakkan daripada korang kadang-kadang lupa kat Tuhan kan? Tu tandanya Tuhan sayangkan korang. Korang tu je yang tak paham-paham. Dia nak kita kembali kepada Dia. Ingat balik apa yang dibagi dan diambik balik tu berada dalam kekuasaan-Nya. Tempoh kesedihan tu adalah tempoh untuk kita tebus kembali dosa-dosa yang kita dah buat selama Dia bagi kita keseronokan dan pada masa yang sama nak kuatkan semangat dan diri kita supaya baiki diri untuk jadi lebih baik. Ye la kan, kadang-kadang bila kita dah seronok tu, kita selalu rasa hidup dan diri kita dah sempurna. Rasa macam, “ini semua usaha aku”. Kan?

p/s: semoga kesedihan itu mampu jadikan kita lebih kuat.