Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 16, 2012

salah faham lalu berpisah akhirnya



Assalamualaikum

Hai gadis-gadis comel yang selalu gaduh-gaduh manja. Bila gaduh ada pulak orang pujuk. Wah. Syoknya.

Selalunya kalau bergaduh salah satu daripada puncanya sebab salah faham. Salah faham sebab dia tak faham apa kehendak kita dan kadang-kadang kita tak faham dengan kehendak dia.

Kalau tak faham tak apa, tapi tak boleh blah bila berpunca sebab buat-buat tak faham. Dengan harapan pihak lagi satu akan mengalah dan dengar cakap korang. Oh. Kalau macam tu gayanya sampai bila-bila pun tak aman.

Bukan senang nak faham kehendak orang apatah lagi nak penuhi kehendak yang kita sendiri tak faham.


“Kenapa kamu tak faham?”
“sebab cara kita berbeza” 




perlu ke tolong kalau tak mampu nak tolong?


Assalamualaikum

Hello gadis-gadis comel yang suka berkawan. Yang lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding dengan sepisis sendiri dan lebih suka kawan dengan laki orang berbanding dengan orang bujang. Heh.

Ya. Ini persoalan yang selalu timbul. Ikhlas ke tak dia kawan dengan aku? kalau dia ikhlas kenapa dia buat aku macam tu?

Macam biasa kalau orang tanya macam mana nak tahu orang tu ikhlas ke tak kawan dengan kita, cara dia senang je, korang uji dia melalui kaedah mintak tolong. Tu perkara biasa yang selalu orang buat. Tapi persoalannya, kalau kawan korang mintak tolong adakah patut korang tolong walaupun korang sendiri pun tak mampu nak tolong?

Kalau korang rasa korang tak mampu nak tolong, rasa macam over dan keterlaluan lebih baik korang cakap elok-elok yang korang memang tak mampu nak tolong. Itu lebih baik daripada korang terus tolong dan akhirnya memakan diri sendiri.


Jangan tolong sebab korang nak sedapkan hati orang lain. Sebab bila dah jadi macam tu otomatik akan wujud perasaan tak ikhlas.

Kalau orang tu tak nak kawan sebab korang tak dapat tolong, dorang tu sebenarnya tak ikhlas nak kawan dengan korang. Tu tandanya dia nak kawan dengan korang dengan bersebab je.

Macam tu jugak bila korang berkawan dengan harapan kot-kot suatu hari nanti orang tu dapat tolong korang, maknanya korang dengan dorang dua-dua sama, kawan tak ikhlas. Buang masa aku bagi tips kalau dua-dua 2x5.


p/s: agih-agih kongkang



 




pelengkap hidup


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang nampak lebih cantik daripada lelaki dan hello kepada teruna-teruna yang memang nampak lebih kacak daripada perempuan.

Lelaki dan perempuan berbeza. Berbeza dari segala hal. Tak akan ada yang sama. Apatah lagi kalau bab fizikal. Sah-sah tak sama. Melainkan kalau pondan. Melainkan kalau korang tu perempuan tapi berlagak jantan.


Walaupun berbeza, tapi tak bermakna lelaki banyak kelebihan berbanding dengan perempuan. Macam tu jugak dengan perempuan. Tak bermakna yang dorang banyak kelebihan berbanding dengan lelaki.

Allah dah ciptakan manusia, masing-masing ada kelebihan masing-masing. Kelebihan yang sepatutnya digunakan untuk menyokong antara satu sama lain. Lelaki sokong perempuan, perempuan sokong lelaki.

Tapi tak semua orang gunakan kelebihan yang ada. Apa yang pasti lebih ramai gunakan kelebihan untuk kepentingan diri semata-mata. Tanpa dorang sedar kelebihan tu sebenarnya masih ada kekurangan jika tidak disertakan dengan pelengkapnya.





Friday, June 15, 2012

bukan tak nak tolong


Assalamulaikum

Hai gadis-gadis yang baik hati lagi berbudi pekerti. Yang selalu hulurkan tangan ringankan beban dan akhirnya bila korang susah ditinggalkan keseorangan. Standard la tu kan?

Bukan senang nak jadi orang baik. Sebab orang baik selalu kena kacau dengan orang jahat. Macam dalam drama TV tu. Asal jadi orang baik je kena khianat. Asal nak jadi baik je kena sabotaj. Nak nak pulak kalau korang tu perempuan. Dah la baik. Comel. Sopan santun. Jadi idaman teruna mahupun laki orang. Komfirm nanti akan keluar watak perempuan jahat yang cuba rampas kasih sayang dan kebahagiaan korang. Haih. Leceh betul.

Orang baik selalu tolong orang. Tapi orang tak tahu yang orang baik jugak bukan selalu boleh tolong orang. Sebab dorang bukan superman, bukan batman apatah lagi ultraman yang selalu boleh tolong orang sampai tak sempat nak melengah-lengahkan masa.


Tapi bila korang tak tolong, orang akan cakap korang bukan orang baik. Korang tak boleh nak dibuat kawan. Apatah lagi nak dijadikan kawan baik. Tak tolong bukan bermakna dorang tak nak tolong. Dorang tak tolong sebab pertolongan yang korang nak tu adakala diluar batas kemampuan dorang. Korang kena faham konsep tu. Kalau korang tak faham dan buat-buat tak faham sampai mati pun korang akan anggap orang tu tak baik, tak baik dan terus tak baik.  

So, pandai-pandai la faham sendiri.
Tak dapat tolong bukan bermakna tak nak tolong.
Nak tolong tapi tak mampu.
Itu je.







Wednesday, June 13, 2012

alasan nak kahwin lagi


Assalamualaikum

Hai skandal-skandal sekalian. Macam mana korang? Selamat ke rahsia korang untuk hari ni?

“saya nak kawen dengan skandal saya. Saya dah ada isteri. Isteri saya baik dan tak pernah buat salah dengan saya. tapi saya nak jugak kawen dengan skandal saya merangkap officemate saya ni. hari-hari saya jumpa dia. Saya takut saya buat maksiat dengan skandal saya jadi saya rasa baik saya kawen je dengan dia. skandal saya ni dah la muda, comel pulak tu. ok tak idea saya nak kawen dengan dia? ok la tu kan. ehehe”

Hah. Tu la lelaki. Asal ada peluang je nak kawen lagi. Even wife sendiri dah macam pari-pari tapi tak sedar-sedar diri lagi jugak. Agaknya nak kena lempang banyak banyak kali baru sedar kot. 


Kawen adalah jalan terakhir untuk elak maksiat. Banyak lagi benda yang korang boleh buat untuk elak maksiat. Maksiat ni bermula daripada nafsu. Kalau korang tak dapat control nafsu, korang kawen juta-juta kali pun korang tetap akan buat maksiat jugak.

Tak sedar dan lupa diri jugak salah satu sebab orang buat maksiat. Tak sedar diri yang diri sendiri dah beristerikan sibidadari. Tak sedar diri yang diri tu hamba Tuhan tapi nak jugak jadi hamba setan. Tu sebabnya boleh jadi maksiat. 

Letakkan diri korang kat tempat isteri korang. Apa perasaan korang?
Tak rasa apa-apa sebab yang penting korang dapat kawen dengan skandal korang?

Ok. Fine.
Sila pergi meninggal sekarang.