Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 12, 2012

kenapa pilih macam ni


Assalamualaikum

“kamu perempuan, kenapa kamu pilih perempuan yang macam lelaki?”
“sebab dia lebih memahami hati perempuan”
“kamu perempuan, kenapa kamu pilih nak jadi macam lelaki?”
“sebab nak lindungi perempuan dari dianiaya”


Oh. Gaya macam lelaki tapi last-last masuk tandas perempuan jugak. Tak tahu nak cakap apa dah. 

Semoga Allah memberi petunjuk ke arah kebenaran dan semoga Allah mengampuni dosa kita semua. Amin.




kenapa baru sekarang?


Assalamualaikum

Selamat malam kepada gadis-gadis comel. Gadis comel yang suka berterus terang. Dan kadang-kadang lebih suka memendam perasaan. Orang yang selalu pendam perasaan selalunya riak muka dia nampak tak tenang sebab adakalanya air muka tak boleh nak tipu orang.

Orang selalu tanya,
Kenapa luah sekarang? Kenapa bukan sejak dulu lagi?
Sebab nak tunggu peluang? Sebab nak tunggu ruang?

Nak berterus terang bukan senang. Nak nak pulak kalau benda tu ibarat macam diluah mati mak ditelan mati bapak. 


Perlu kumpul kekuatan. Kekuatan untuk meluahkan perasaan yang terpendam. Kadang-kadang benda ni ambik masa. Samaada dalam masa yang singkat atau masa yang lama bergantung kepada kekuatan mental dan emosinya.

Luahkan lah apa yang dirasa dan ingat, luahkan pada orang yang korang percaya.  




perempuan ibarat google



Assalamualaikum

Hai girls yang kalut-kalut. Girls yang kelam kabut nampak comel. Tapi nampak tak comel kalau dorang kelam kabut dan kalut nak jaga tepi kain orang.


Perempuan ni sangat unik. Dorang ibarat google. Orang belum habis cerita dorang dah siap buat kesimpulan yang ada. Macam google la jugak. Belum sempat nak habis taip google dah sediakan senarai yang sepatutnya. Padahal kadang-kadang tak ada kena mengena pun dengan apa yang kita cari.

Eheh.



perokok mudah dapat kawan


Assalamualaikum

Hai girls yamg suka lawan-lawan dan suka gaduh-gaduh. Gaduh sambil tarik rambut. Lawan sambil tarik tudung. Dah la kaki gaduh, susah nak dapat kawan pulak tu. Haih.

Orang lelaki lebih mudah dapat kawan berbanding dengan perempuan. Kalau pergi mana-mana dorang tak payah susah-susah nak bukak topic kalau nak bercakap. Lebih mudah dapat kawan kalau dorang tu perokok.

“bang, ada lighter?” lepas tu  bla bla bla. Start berborak. 


Merokok boleh merapatkan hubungan. Hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan doctor, hubungan manusia dengan kubur.

Serius. 




Saturday, June 9, 2012

jatuh hati tapi tak dipeduli


Assalamualaikum

Hai girls yang sedang dilamun cinta dan hello boys yang cintanya tak kesampaian. What’s up.

Cinta tak kesampaian sangat tragis. Lebih tragis bila korang memang dah beria-ria dah nak kawen dengan orang tu. Tengok-tengok orang tu pulak tak nak kawen dengan korang. Wuwuwu. Bak kata pepatah korang sebenarnya bertepuk sebelah tangan je selama ni. Korang ingat tepukan korang tu bersambut. Rupanya disambut oleh dahi sendiri. Heh.   

Nak tak nak korang tak ada pilihan. Korang kena kuatkan hati dan carilah orang lain pulak ya. Jangan putus asa untuk bercinta lagi. Usaha escalator kejayaan. Tak payah la korang nak tutup pintu hati korang untuk orang lain. Rugi tau kalau tolak nikmat yang Allah dah bagi. 


Kebimbangan yang paling kuat adalah rasa bimbang kemungkinan curahan rasa ikhlas anda tak diterima oleh orang yang mendengarnya sedangkan anda sudah jatuh hati padanya. 

Hanyut rakit dari seberang
Putus tali mari bergalah
Sungguh sakit bercinta seorang
Ibarat bertepuk tangan sebelah