Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 6, 2012

kerana cinta itu ibarat menunggu bas



Assalamualaikum

Hai girls yang sedang memburu mangsa dan hello boys yang bakal menjadi mangsa. Wawah. Tajuk entri aku sangat menjiwang ya. Cinta cinta gitu. Ah. Peduli apa aku. Ini blog aku yang punya. Bak kata cik hamis jalika. Inibelogsaya.

Kenapa ibarat menunggu bas? Kenapa bukan teksi? Kenapa bukan keretapi? Suka hati aku la. Kan aku dah bagitahu sebelum ni. Ini blog aku. *haha*

Dulu-dulu kalau aku naik bus, nak nak pulak bila kena tunggu kat tepi jalan, pondok bus pun tak dak boleh buat jadi tekanan jiwa ni. Bila nampak dari jauh kelibat bas datang, dengan segera aku akan cepat-cepat nak jadi orang paling terkedapan dalam barisan menunggu. Walaupun sebenarnya tak dak rupa barisan dah pun.

Lari punya lari tengok-tengok bas dah penuh. Kecewa dah tentu.

Lepas tu tunggu lagi. Tunggu punya tunggu nampak je kelibat bus, aku ligan cepat-cepat. Dengan harapan bus tak penuh dan aku boleh naik dengan cepat. Ya. Bus memang tak penuh. Tapi bus tu pergi ke destinasi lain. Wuwuwu.

Kecewa buat kali kedua.

Kali ni tunggu punya tunggu lagi dan lagi. Nak dapat bus bukan senang. Kena pilih waktu yang sesuai. Waktu yang bukan jadi pilihan ramai. Baru akan ada bus yang kosong dan aku boleh naik dengan hati yang tenang dan damai.

 

Macam tu jugak dengan cinta, bila korang rasa itu adalah masa yang sesuai, tengok-tengok hatinya sudah dimiliki. Kecewa. Lepas tu korang tunggu lagi. Dan nampak macam cinta itu akan datang kembali. Tapi sebenarnya tak datang pun, hanya menyapa dan berlalu pergi. Kecewa dan kecewa lagi. Dan akhirnya korang tunggu buat kesekian kalinya. Tunggu dengan sabar dan masa yang sesuai. Dan akhirnya cinta itu datang dan membawa korang pergi bahagia bersamanya.


Oleh itu kepada pemandu bas, sila pandu dengan berhati-hati. Jangan bawak laju sangat. Ingat. Anda bakal membawa penumpang yang hatinya sedang memburu cinta. *Haha*

Best tak perumpamaan aku buat.
Best kan?
Hakhakhak.




coretan tentang kaki


Assalamualaikum

Coretan ni untuk kaki. Bukan kaki pukul. Bukan kaki botol. Apatah lagi kaki perempuan. Dan bukan jugak berkenaan dengan kakiku dibibirmu hatta kakimu dipipiku. Pun bukan jugak.

Ini kisah tentang kaki aku yang disayangi.

Tapak kaki aku melecet. Agak teruk. Tapi aku terpaksa. Aku tak ada pilihan. Aku paksa kaki aku berjalan. Hampir 40minit untuk satu perjalanan. Setiap hari. Dua kali sehari.

Sehari 80minit aku paksa kaki aku bergerak. 80minit bersamaan dengan perjalanan dari Taiping sampai ke Tapah. Melalui tol dengan kelajuan yang konsisten 110km/j dengan jarak perjalanan sejauh hampir 130km.

Wah. Hebatnya kaki aku ni. Bergerak tanpa henti sebab jalan guna kaki tak ada RnR. Haha.

Kesian kat kaki aku. malam-malam aku akan belai kaki aku sendiri. Mesti la kaki sendiri. Tak kan la kaki housemate aku pulak kan. Haih. Pujuk-pujuk supaya kaki aku tak merajuk. Aku sayang kaki aku.

Aku tak nak susahkan sesiapa. Sebab aku tahu tak ada orang yang nak dirinya disusahkan. Nak nak pulak disusahkan dengan hal yang tak ada kena mengena dengan diri dorang sendiri.

Tak apa. Aku tak kisah. Selagi aku boleh usaha sendiri aku akan cuba sedaya kudrat aku. Cumanya, kesian kat kaki aku ni.

I love you kaki. Muah! Muah!


 p/s: yuna sepatutnya tangkap pic kaki dia macam ni. Nanti tak la jadi kontroversi. hik!~



cantik pada mata lelaki


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang memang comel dan hello lelaki-lelaki yang perasan comel sekalian.

Semalam aku tertengok satu program kecantikan tentang seorang perempuan yang berjaya transfom muka dia daripada sihodoh menjadi sicantik. Bukan aku yang cakap hodoh. Tapi dia sendiri mengaku yang dia sangat hodoh. Sebagai penonton aku hanya mengiakan ja. Hihi.


“Macam ni la yang saya nak”, boipren girl tu bagi respond. Tersengeh sambil merenung tajam perempuan tersebut. Perempuan lurus tu tersipu malu.

Oh. Satu statement yang paling tak boleh blah aku dengar. Nasib baik girl tu boleh jadi cantik balik.

Kalau tak?

Elok tinggalkan je lelaki macam tu. 






Tuesday, June 5, 2012

tak akan jumpa pasangan yang sempurna


Assalamualaikum

Hai girls comel.

Biasanya girl yang comel nak cari boy yang comel jugak. Kalau tak comel handsome pun jadi la. Macam tu jugak dengan lelaki, kalau boleh pilih yang cun, dorang nak yang cun je. Kalau tak cun nak yang lawa. Paling koman mesti nak yang cantik.

Ya. Kalau diberi pilihan semua orang nak yang cantik menarik tertarik vavavoom. Nak yang tinggi. Yang pendek-pendek apa barang. Tak mahu bermisai tebal. Tapi kalau tahap ketebalan misai dan poket tu selari, no hal kot. Lepas tu kalau boleh dapat macam TMJ pun okei jugak.

Ya. Sekali lagi kalau boleh pilih yang sempurna semua orang pakat nak sempurna segalanya.


Tapi.

Kamu tak akan dapat mencari pasangan yang sempurna kerana hakikat kejadian setiap pasangan itu  hatta ia adalah manusia, haiwan, tumbuhan dan segalanya adalah untuk saling lengkap melengkapi.

Tak akan. Tidak sama sekali. Tapi kalau dapat tu memang dah namanya rezeki.

Persoalannya sekarang kalau korang jumpa yang sempurna, fungsi korang buat apa pulak? Nampak macma korang tu bukan pelengkap kan? Haih.

Bersyukurlah. Cuba beri yang terbaik. Perbaiki kelemahan masing-masing dan salinglah lengkap melengkapi jika ingin menjadi lebih sempurna.

Peace yooow! ^^




Saturday, June 2, 2012

aku accident


Assalamualaikum

1hb June 2012 : Jumaat : 5.30 petang : Assam Kumbang Taiping : Accident.

Innalillahiwainnailaihirojiun

Aku redha dengan ketentuan dari-Nya

Sekian.