Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 2, 2012

super hero apakah yang anda ingin boss anda jadi?


Assalamualaikum

Selamat malam yang sepi. Bestnya kalau ada hero yang sudi menemani. Cewah.

Hero. Ok. Kalau la aku diberi peluang super hero apakah yang aku nak boss aku jadi, dengan bangganya aku nak boss aku jadi superman.

Kenapa superman?


Sebab bila ada orang mintak tolong superman dengan tak sempat nak berlengah-lengah akan terus melakukan misi menyelamat kan? Boss aku akan selalu tak ada kat opis sebab busy nak selamatkan orang, so kami la akan jadi super hero kat opis pulak. Haha.

Love you boss. Muah! 




fasa kegatalan lelaki


Assalamualaikum

Hai girls yang selalu kacau rumahtangga orang. Wah. Intro yang tak berguna sungguh aku buat. Nampak macam perempuan je jahat kan? Lelaki semuanya baik. Heh.

Lelaki ada tiga tahap fasa kegatalan dorang. Mula-mula fasa pertama dalam awal 20an. Time ni tahap gatai dia kira masih boleh diterima akal lebih-lebih lagi kalau dorang belum kawen lagi. Masih dalam keadaan normal.

Lepas tu masuk kedua iaitu fasa 40an. Rasa gatai miang tu datang balik. Bak kata orang putih life begins at forty. Puii. Banyak la hang punya life begins at forty. Tu sebenarnya rumah kata pergi kubur kata mari. Time ni berlagak macam orang bujang. Anak berderet ada lagi perasaan nak test market.

Ni fasa yang paling tak boleh blah. Fasa terakhir. Bila umur mencecah 60an. Miang-miang gatai semua dah termaktub dah time ni. Aku tak tahu kenapa dalam fasa macam ni pun lelaki masih nak menggatal lagi. Adakah kerana dorang berpegang kepada konsep yang mana pada kebiasaanya makin lanjut usia seseorang manusia maka mereka akan berubah kepada peralihan jadi macam baby-baby?


Ah. Alasan je semua tu. Kalau datang gatai, dorang tu dah tak kira apa dah. 



p/s: gatal untuk digaru.


tiap kali dapat gaji selalu jadi macam ni







Thursday, May 31, 2012

bukan semua jawatan kosong itu kosong


Assalamualaikum

Selamat malam kepada korang yang sangat bersungguh-sungguh cari kerja.

Malam-malam layan perasaan tiba-tiba aku teringat kepada satu perbualan antara dua orang manusia. Berkenaan dengan borang kerja kosong yang dikenakan bayaran.


“kat tempat kamu ada bukak jawatan kosong. Dah ambik orang baru ke?”
“tak ambik pun”
“la, dah tu kenapa buat iklan?”
“semua tu untuk dapatkan duit la. Satu borang RM2. Kadang-kadang sampai puluh ribu orang mintak. Kamu bayangkan berapa kami boleh dapat.”

Bengang!
Jangan aniaya orang okei.
Kalau betul bagai dikata, jujur aku kecewa.



 


tips bibir merah semula jadi ala-ala snow white


Assalamualaikum

Hai gadis-gadis yang berbibir cantik dan terbalik ala-ala kilafairy tale. Apa khabarkah?

Aku nak bagi tips untuk korang yang teringin nak jadikan bibir korang nampak merah natural macam pakai lipstick gitu. Tips dia senang je. Sebelum korang golek-golek nak tidor sila gagahkan diri anda untuk sapukan baby oil (john son baby lebih ok untuk aku) kat lips korang dengan penuh semangat dan rajin sekali. Tu je tips dia. Tak susah.  


Senang kan? Nanti lama-lama bibir korang jadi merah natural. Serius tak tipu. Aku dah cuba. Dan hasilnya aku kena sound baik punya dengan dedi aku “kakak, ni apahal dalam rumah pun nak pakai lipstick ni?”

Oh. Aku malu. *blushing*