Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 7, 2011

Boleh tak nak masuk dalam mimpi orang lain?


Assalamualaikum

Selamat malam yang memang dah malam.

Malam-malam aku selalu mimpi. Tapi aku tak ingat apa yang aku mimpi sebab aku tak sempat nak ingat apa yang dah aku mimpi.
Ada orang tanya, “boleh tak kalau kita nak masuk dalam mimpi orang lain”. Which mean, bukan pakai jin, maksudnya macam korang nak orang lain mimpi kat korang.
Emm aaa errr emm… Aku rasa boleh kot kalau korang buat orang tu jadi angau. 


p/s: motif entri ni? Aku tak boleh tidur sebenarnya. Arghhh!
Ok. Selamat malam


Lupa nak bersyukur



Assalamualaikum

Boleh ke lupa nak bersyukur?
Boleh, kalau korang tu jenis lupa diri.


Biasanya kita bersyukur bila kita dapat apa yang kita nak. Yang jarang dapat. Yang susah dapat. Tapi benda hari-hari yang kita dapat kita tak reti-reti nak bersyukur, sebab benda tu kita tak rasa sebab hari-hari dapat. 


tak berguna


Assalamualaikum

Hai girls and boys yang terasa hati sekalian.
Korang yang rasa macam diri tu useless?
Orang-orang yang buat korang rasa down dorang tu sebenarnya ibarat awan. Awan komulonimbus!


“Some people are like clouds; when they disappear it brightens our day”


Hidup macam burger


Assalamualaikum

Selamat petang yang dah nak malam.

Hidup ni macam burger Ramly. Kenapa burger, bukan Maggie? Maggie kan lebih ringkas lagi simple daripada burger? Aku pilih burger sebab burger lebih berkhasiat dari Maggie. Makan Maggie hari-hari boleh buat otak korang sewel.

Kalau makan burger hari-hari pulak efek dia boleh buat korang jadi gemok, montel dan comel. Ye ke?  Ye kot kalau korang makan sekali hadap 2 ketol extra double burger yang ditambah dengan macam-macam accessories. Makan pulak setiap selang beberapa jam, hampir setiap hari sampaikan korang boleh menjana sumber kekayaan dan mantapkan ekonomi tukang penjual burger.

Poket pemburger gemok korang pun gemok. Kalau dalam ekonomi benda ni disebut sebagai permintaan sama dengan penawaran. Betul ke? Ah. Aku dah tak ingat pasal ekonomi dah. Ekonomi aku pun tak stabil, nak ingat ekonomi lain pulak.  


Kenapa hidup macam burger? Burger ni paling koman dia ada daging or ayam, lepas tu dibubuh pulak dengan timun, lepas tu sapu-sapu dengan sos dan diapit dengan roti. Walaupun simple dan murah tapi semua khasiat tu ada. Macam tu jugak dengan hidup. Walaupun hidup nampak ringkas tapi sekurang-kurangnya keperluan korang tu korang boleh cover. Tak perlu nak add on.

Jadi bersyukurlah kalau hidup korang tu ibarat macam burger tapi kalau korang nak hidup lebih senang cuba-cubalah improves hidup tu jadi double prosperity burger. Sedap kot.

Oh! Apa yang aku merepek ni T_T 


Friday, December 2, 2011

welkem to dicember : end of 2011 : balik kampung yeay!


Assalamualaikum

Selamat hari Jumaat. 

Macam biasa tiap-tiap hari Jumaat aku jadi sangat rajin. Bukan rajin buat kerja tapi rajin nak balik kampung. Tiap-tiap Jumaat maksudnya tiap-tiap minggu. Kerja memang out terus sebab otak aku dah tak boleh dan dah sangat tak mampu dah nak bagi fokus kat kerja. 

Hari ni aku tak nak drive ala-ala turun bukit tak pakai brek. aku nak drive sambil tengok pemandangan kiri kanan depan belakang sambil layan perasaan. 


Bila aku mengantuk aku akan jerit-jerit dalam kereta sorang-sorang macam orang kena sawan.  Lepas tu aku tampar-tampar manja pipi aku konon tak nak bagi tidur punya pasal. lepas tu aku baca setiap signboard yang ada ala-ala macam pemberita TV3. Sampaikan aku dah boleh hafal dah signboard yang ada. Kadang-kadang aku berangan jadi pemandu pelancong. Aku akan terangkan kat diri aku sendiri tentang laluan yang sedang dan akan aku lalui walaupun tiap-tiap minggu aku lalu kat jalan yang sama. 

Lepas tu kadang-kadang aku berangan jadi pengacara rancangan makan angin. Serius bila sampai rumah aku rasa macam bodo pulak bila buat macam tu. kuat berangan dah satu hal. walaupun aku rasa macam bodo tapi aku tetap akan ulang-ulang adegan yang sama diwaktu dan tempat yang sama tiap-tiap minggu. Huhu.


Dan hari ni aku akan lalukan perkara yang sama jugak.

Kepada yang nak balik rumah, balik kampung selamat memandu dan selamat balik dengan baik dan jayanya. 

Berhati-hati dijalan-jalan yang korang lalu nanti.
Tapi kan, kadang-kadang tu bila kita berhati-hati orang lain pulak yang buat kita jadi macam tak hati-hati. huh!~