Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 13, 2013

wahai sang mantan. mengapa buat begini.


Assalamualaikum

Ini bukan cerita tentang pembimbing rakan sebaya. Ini adalah cerita tentang hati yang perlukan pembimbing lebih daripada segala-galanya. Pembimbing dunia dan akhirat. Selamat tengahari yang dah pun pukul1210 minit. Hai gadis-gadis comel yang nak berubah jadi baik. Daripada kurang baik kepada lebih baik. Alhamdulillah. Dan hello kepada hemsem-hemsem boy yang diharap mampu menjadi pembimbing yang baik. Ya. Harap lah sangat.

Beberapa minggu lepas aku dah dapat apa yang aku cari selama ini. Pencarian demi pencarian yang akhirnya dengan izin Tuhan aku temui. Agak perit jugak liku-liku yang aku perlu tempoh. Aku ingat aku dapat jumpa orang yang mampu membimbing aku ke jalan syurga. Tapi yang ditinggalkan hanyalah nota dan kitab sebagai panduan dan pedoman aku kelak. Ya. Aku terpaksa membimbing diri aku sendiri. Atau mungkin kitab itu akan bertukar milik pembimbingnya. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui.


Sesungguhnya kuasa Allah itu melebihi batasan dan kawalan manusia. Kerana kita adalah hambaNya. Apa yang berlaku aku cuba kuatkan hati. Memujuk agar tidak merajuk. Bukan senang kamu tahu tak? Sangat berat. Sangat sarat. Tapi macam yang kita tahu Allah tak akan bebankan hambaNya lebih daripada apa yang termampu. Aku yakin aku mampu hadapi semua ini.

Serius. Aku suka tengaok kawan-kawan aku. Happy dengan family sendiri. Ada pasangan masing-masing. Ada baby yang super comel. And then macam biasa orang kuat berangan macam aku akan terus mengharap dan berharap agar akan ada sebuah keajaiban berlaku walaupun pada hakikat akal fikiran manusia apa yang aku harapkan itu tak mungkan dan mustahil untuk terlaksana.

Allahu Akhbar.
Kunfayakun.
Tuhan, tolong hapuskan perasaan ini.




No comments :

Post a Comment