Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, February 13, 2013

wahai sang mantan. ini adalah takdir kita


Assalamualaikum

Selamat solat maghrib. Hai gadis-gadis comel yang berbudi pekerti. Memegang agama paksi. Dan hello jugak kepada hemsem-hemsem boy yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup yang hakiki. Aku harap korang boleh jadi imam untuk suri hati korang. Jangan abaikan amanah Allah itu tahu.

Allah telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian. Dan setiap daripada benda hidup di dunia ini ada kehidupan masing-masing yang tersendiri. Atau dalam bahasa mudahnya mempunyai ketentuan dan takdir masing-masing. Bila cakap tentang takdir hal berkaitan jodoh adalah benda yang sangat dekat dengan manusia. Mungkin sebab ia berkaitan dengan hati dan perasaan.

Jodoh itu adalah sesuatu yang sangat-sangat misteri. Yang kita tak tahu. Memang, kita beria-ria rancang nak kawen dengan orang yang kita suka, kita sayang. Berangan usah cakaplah. Berangan itu dan berangan ini. Tapi kalau Allah telah tentukan bahawa apa yang dirancang itu bukanlah sesuatu yang akan kita tempuh nak tak nak kita kena kuat untuk terima dan redha.


Takdir untuk aku telah Allah tetapkan begini. Aku usaha dan aku berserah kepada yang Maha Esa. Sejak aku dalam perut mama aku lagi, Allah dah tetapkan bila aku akan lahir, bila aku masuk sekolah, aku masuk university mana dan aku akan bekerja dimana. Segala macam perjalanan hidup aku sejak dalam perut mama lagi aku tempuh hingga ke saat ini.

Jujurnya untuk berada dibumi yang aku berpijak sekarang bukanlah pilihan aku. Seboleh-bolehnya aku tak nak berada di sini. Aku tak nak tinggal di sini. Aku selalu tertanya-tanya kenapa Allah meletakkan aku di sini? kenapa Allah berikan aku peluang untuk meraih rezeki di sini? sebuah tempat yang jika diberi pilihan aku akan elak seboleh mungkin. Tapi aku tak mampu. Aku tak ada pilihan untuk dibuat. Dan kehadiran aku di sini adalah disertai dengan harapan kedua ibu bapa aku. Orang yang sangat-sangat aku sayangi. Kerana mereka aku gagahkan jugak hati ini.

Ada sebab kenapa Allah tetapkan yang aku kini perlu untuk berada disini. Ada sebab kenapa Allah temukan aku dengannya disini. Allah tak akan sia-siakan hambaNya. Kerana perancangan Allah itu sangat hebat. Kalau aku tak datang sini mungkin aku tak akan jumpa dengan kitab yang aku cari selama ini. Sesuatu yang dah lama aku inginkan agar aku mampu kembali hidup berpaksikan kepada agama dan Tuhan.

Tentang pembimbing aku, aku yakin dia ada dan dia akan tiba juga untuk tunjukkan aku jalan ke syurga. InsyaAllah. Kalau bukan dia, aku pohon agar Allah gantikan dengan seseorang yang lebih baik daripada itu.








No comments :

Post a Comment