Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 29, 2011

nak pergi dari sini

Assalamualaikum

aku nak pergi dari sini. pergi dengan cara yang berhemah dan bermaruah. and waktu tu dorang akan tahu siapa sebenarnya aku. haha [riak pulak. hoho]


Thursday, March 24, 2011

Bila kita gagal ada ke harapan untuk kita bangkit dari kegagalan?


Assalamualaikum.

Ya. Harapan dan peluang nak bangkit tu sangat cerah. Semua tu bergantung kepada mind set korang. Macam entri sebelum ni. Aku suruh korang bangkit balik dari rasa sedih dan kecewa tu. Ok. Bagi yang dapat result cukup-cukup makan alas perut je, korang masih ada peluang nak berjaya. Ada banyak jalan lagi untuk korang terus ke depan. Biasanya bagi budak SPM, apa yang dorang fikir, lepas SPM orang yang berjaya dapat result baik dorang dapat peluang masuk U dan orang yang dapat result kurang bernasib baik peluang mereka akan tersekat. No! That is not true! 

Macam aku dulu waktu sekolah secara jujur dan berterus terang kami langsung tak didedahkan tentang hala tuju kami bila kami habis SPM. Apa yang kitaorang fikir waktu tu nak masuk U tapi tak tahu jalan yang perlu kami lalui. Serius kosong. Tak tahu apa-apa langsung. Cikgu-cikgu pulak cakap dah habis SPM masuk U, masuk U, masuk U. Belajar pandai-pandai boleh masuk U. Kalau tak pandai tak boleh masuk ke? 



Tips bagi yang berminat sambung belajar

Mana ada orang belajar tak nak masuk U. Mesti nak punya. Dan macam biasa mind set kita, orang berjaya ni hanya orang yang masuk U. Habis orang yang belajar bukan dekat U tu tak berjaya ke? Ok. Kat sini aku nak cerita sikit beberapa peluang dan ruang kepada korang yang masih berminat nak sambung belajar. Khusus untuk korang yang dapat result kurang berjaya macam aku dulu : 

1)   STPM :
peluang dan ruang yang paling hampir dengan korang adalah STPM. Tapi aku tahu dan aku berani gigit kuku yang majoriti daripada korang tak nak ambil STPM. Alasannya STPM susah dan serik. Cammon bebeh! Awal-awal lagi aku dah pesan JANGAN PUTUS ASA! STPM tak susah la. Tak percaya tanya aku. Aku pernah ambil STPM. Tak susah mana pun.

korang bayangkan SPM dulu korang ambil subjek sampai 9, 10 subjek. STPM ni paling banyak 5 paper. Wajib ambil 4 paper je pun. So aku dengan yakin seyakinnya tahu bahawa korang mesti boleh score.  Tapi dengan syarat mesti RAJIN. Belajar 2 tahun untuk 4 paper. Tak kan tak boleh score beb.

Lagi satu mentaliti orang tentang STPM ni hanya layak untuk orang yang tak pandai dan kurang berjaya. Sekali lagi aku nak tegaskan disini benda tu sama sekali tidak benar ya. Budak sekolah aku dapat SPM 10A pure science. Lepas tu dia ambil STPM art stream  sebab dia bercita-cita nak jadi journalist. Sekarang dia belajar kat Universiti Singapura dalam bidang kewartawanan.

Kalau korang nak ambil STPM ambil paper yang betul-betul korang minat. Dalam STPM korang boleh pilih. 1 paper wajib [pengajian am], 3 paper lagi korang boleh pilih ikut suka hati korang lah nak ambil apa pun. asalkan relevan dengan result SPM korang. Contohnya sebelum ni korang ambil pure science, korang boleh ambil art stream bila STPM. Tapi kalau SPM art stream lepas tu STPM nak ambil pure science, minta maaf lah ya. Sebab kalau tak ada basic yang kuat waktu SPM alamatnya umpama korang jerat leher sendiri lah.

So tak payah takut. Jangan peduli dengan stigma orang yang STPM ni untuk orang tak pandai, untuk orang yang tak ada pilihan dan masih terkongkong dengan peraturan sekolah. Seingat aku dulu student STPM ni agak “bebas” dari kongkongan sekolah. Kitaorang memang tak campur dengan budak-budak level SPM dan kebawah. Jaga standard kot. Hoho.


2)      KOLEJ :
Bagi aku kalau masuk kolej ni hanya untuk orang yang mampu. Sebab masuk kolej nak kene pakai banyak duit. Walaupun korang dapat PTPTN ke apa jenis pinjaman tapi kalau tak manage duit dengan betul memang lingkup poket. Tambah-tambah kalau kolej tu jenis makan duit banyak. Kolej banyak kes tipu. So kalau korang memang nak pilih kolej aku sarankan korang buat semakan pengiktirafan. Nanti tak pasal-pasal sijil/diploma yang korang dapat tu tak diiktiraf. Duit dah bayar. Utang pinjaman nak kene sattle. Kerja tak dapat. Ada setengah kes tengah study tengok-tengok kolej kena tutup sebab kolej tu kolej tipu. Ada jugak kes, kolej tipu duit student. Jadi aku sarankan korang pilih kolej yang betul-betul ok. Lepas tu jangan pilih kolej yang nama pelik lagi aneh. Ingat pesan aku buat semakan dulu sebelum pilih. Semak kolej dan semak bidang yang dorang offer. Jangan jadi  TIPAH TERTIPU.

Abang aku adalah hasil daripada anak didik kolej. Dapat UiTM, belajar 2 sem lepas tu dengan bijaknya beliau telah lari belajar ke UNIKL. Sebabnya jiwa beliau tidak suka dengan benda yang libatkan membaca. Beliau suka teknikal dan komputer. Menurut cakap-cakap orang, belajar kolej atau universiti swasta lebih banyak didedahkan dengan latihan praktikal berbanding dengan awam. Yup. Memang betul. Abang aku sekali lagi aku jadikan contoh. Beliau ambil network apa entah. Buat praktikal lepas tu ada company offer kerja jadi assistant engineer. Abang aku kerja kejap je sebab beliau protes terhadap penindasan dan ketidakadilan [konon]. Company tu pujuk and offer jawatan technical engineer tapi abang aku sekali lagi bertindak dengan terlebih bijak dengan lari ke company lain. Kawan-kawan dia ada juga belajar sekerat jalan je. 3 sem. Lepas tu berhenti. Tapi waktu tu kat Cosmopiont. dorang belajar 3 sem dah ada orang offer kerja jadi network programmer. Gaji ribu ruban pulak tu. Otak dorang memang superb.

So kesimpulannya disini, pilih lah kolej yang diiktiraf dan bidang yang betul-betul korang boleh bawa dan minat kena ada. Kalau ada minat, insyaAllah korang boleh berjaya. 


3)  LATIHAN KEMAHIRAN :
ok. Kalau korang rasa korang memang dah fadeup dengan study. Memang tak boleh nak carry on dengan menda alah yang berkaitan dengan buku-buku. Otak pun dah beku. Jadi aku sarankan korang masuk lah mana-mana pusat latihan kemahiran. Korang asahlah segala bakat dan minat yang korang ada. Latihan kemahiran ada peluang yang cerah untuk ke depan kalau korang sendiri pandai ambil peluang dari ruang yang ada. Mencelah-celah itu penting kalau nak berjaya. Contohnya kalau korang minat jahit-jahit dan berfesyen korang boleh ambil kelas jahitan. Jahitan ni korang jangan ingat jahit baju kurung je. Jahit macam-macam benda boleh tau. Boleh jadi macam rizalman yang berkulit gebu tu. Tak pun macam jimmy choo. Tom abang saufi pun ok jugak. Keluarkan design dan jenama sendiri. Yang penting kena minat, serius dan bercita-cita besar. Usah pedulik lah apa orang nak cakap. Bukan korang pakai duit orang lain pun. Kalau korang pedulik ada dorang nak bagi duit. Tak kan? So. Jangan pedulik cakap-cakap orang ok.

Contoh lain jugak, kalau korang minat masak, korang pegi lah ambil latihan memasak. Boleh jadi chef. Masak pun ada banyak cabang. Bukan macam masak kat dapur tu. Korang boleh ambil bidang khusus. Kalau korang minat buat kek dan roti boleh ambil pastri. Kalau korang suka makan chicken chop boleh ambil western. Ambil lah apa-apa yang korang minat nak masak. Gaji masyuk tu. Ribu riban. Korang tengok chef wan tu. Relek je masak sambil buat duit. Korang pun boleh jugak apa.

Kemahiran lain pun macam tu jugak. Ambil bidang kemahiran yang betul-betul korang minat. Ikut kehendak korang bukan orang lain sebab yang nak hadapinya korang. Susah senang korang jugak yang nak kena tanggung. So kesimpulannya cubalah ambil peluang yang ada dan perbaiki diri sebaik mungkin.



4)     POLITEKNIK :
Politeknik pun ok jugak kalau korang nak sambung belajar kat situ.  Sijil boleh diploma pun boleh. Poli yang paling glamer PUO. Politeknik Ungku Omar. Kawan-kawan aku ramai lepasan dari situ. Lepas habis PUO dorang sambung dekat UTM dan ramai jadi engineer. Kebanyakan daripada mereka lepasan sekolah teknik sebab bidang dari sekolah teknik banyak yang relate masa dorang study kat sekolah dulu. So senang kot dorang nak carry on waktu study. Peluang lebih banyak.

Dalam banyak-banyak pilihan aku lebih suka pilih STPM. Agak bias sebab aku pernah ambil STPM. Tapi bagi aku STPM ada banyak ruang untuk korang teroka lebih banyak bidang bila masuk U nanti. Untuk entri akan datang aku akan tulis tentang bidang apa yang korang boleh ambil bila masuk U nanti based on your subjects. Khusus untuk yang nak ambil STPM sebab kalau selain STPM aku tak reti sangat selok belok dia.

Kejayaan dari sebuah kegagalan



Assalamualaikum
Semalam result SPM 2010 keluar. Macam biasa semua berdebar-debar rasa macam nak terkeluar jantung tunggu result masing-masing. Macam abah aku, beliau lagi tekanan kalau result SPM drop teruk. Jadi pengetua bukan senang. Kalau result teruk kene jawap dengan PPD. Lepas tu mesti sekolah-sekolah lain pandang serong punya lah. Macam orang-orang pandai, mana mau nya diaorang nak kawan dengan budak tak pandai. Macam tu lah jugak sekolah. Kalau ada subjek yang dapat result teruk cikgu-cikgu pulak kena jawab, kenapa student dorang dapat macam tu. Dulu waktu aku sekolah aku selalu fikir “result aku, suka hati aku lah nak dapat berapa. Dah aku tak boleh pass nak buat macam mana”. Adik aku jadi cikgu. Dia cakap bila student dia fail ia bagaikan satu malapetaka bagi dia. Sebabnya dia kene jawab dengan pengetua kenapa boleh fail. Pengetua hentam cikgu, cikgu hentam student, student hentam??

Kepada yang berjaya tahniah. Kepada yang kurang berjaya jangan putus asa ya. Aku tak nafi nak buang rasa kecewa tu bukan senang. Tambah-tambah kalau kita ni harapan mak ayah, lepas tu kawan-kawan pulak semua dapat result best-best. Memang tekanan. 

“bodoh sangat ke aku ni?”

“kenapa aku dapat macam ni?”


Persoalan macam tu mesti akan bermain kat kotak fikiran kita kan. Malu usah cakap lah. Rasa tak ada kepala. Aku pernah rasa benda macam ni. tapi aku sangat bertuah sebab mama and abah bagi support kat aku. Wake up okei. Bersedih boleh tapi jangan asyik sedih ja tapi tak buat apa-apa. SPM bukan penentu masa depan korang sebenarnya. Kalau gagal SPM bukan bermakna korang tak boleh hidup. Tapi biasanya bila kita gagal dapat result yang kita nak mesti kita rasa macam  ntah apa-apa je. 

“oh! Nak jadi apa aku ni?, nak kerja kilang ke?, dengan result macam ni layak ke aku kerja?”. 

Macam-macam lah kita fikir. Rasa macam orang pandang hina pun ada. 

Nak kembali semangat kepada keadaan asal tu memang ambil masa, dan pada masa yang sama sementara nak tunggu semangat korang tu pulih korang fikirlah tindakan yang seterusnya yang patut korang ambil. Jangan duduk, menangis, menangis, merintih dan terus merintih. Peluang tu masih ada. Ada hikmah semua itu berlaku okei.  


Aku sarankan korang jangan fikir perkara yang dah lepas, jangan fikir perkara yang dah berlaku sebab bagi aku kalau korang fikir berat-berat sampai menyakitkan otak korang tak akan dapat putarkan masa kepada masa silam. Benda tak akan kembali kepada keadaan asal. Kalau korang asyik fikir tentang kegagalan yang sedang korang hadapi result korang tak akan berubah. Tak akan! Tak akan! So bangkitlah. 

Pergilah merintih waktu sembahyang. Menangis lah puas-puas. Zaman aku rasa semua ni dah lepas. 10 tahun lepas. Aku macam biasa tak nak tulis panjang-panjang. Jadi untuk entri akan datang aku nak bagi tips khusus untuk insan yang kurang berjaya. Ya, kurang berjaya macam aku yang akhirnya kini berjaya [berjaya ke? Eheh]

Tuesday, March 22, 2011

Kenapa perempuan suka menjerit


Assalamualaikum 

“perempuan kenapa kalau ada apa-apa ja, mesti menjerit. Kalau tak menjerit, menangis”

“habis, nak perempuan tu breakdance?”

Menjerit berlaku sebab mungkin para gadis itu teruja. Atau barangkali gadis-gadis tersebut mengalami tekanan. Menangis pun sama jugak. Menangis sebab teruja pun boleh, menangis sebab tertekan pun ya jugak. Ada orang cakap perempuan yang suka jerit-jerit ni gedik. Ya. Memang nampak gedik kalau jerit tak tentu fasal. Jerit kat public area. Biasanya para gadis ini akan menjerit keriangan bila mereka bersama kawan-kawan mereka bagaikan dunia ni mereka yang punya. Ada ke gadis-gadis yang menjerit seorang diri? Bukan menjerit sebab tertekan tapi menjerit keriangan? Ada ke? Kalau ada mungkin kat tanjung rambutan kot. 

Para gadis yang suka menjerit keriangan ini kalau diperhatikan bukan saja suka jerit-jerit, mereka juga suka ketawa terbahak-bahak kuat-kuat. Kalau tak percaya cuba tengok. Carilah mana-mana port yang biasa para gadis ini suka lepak. Bagi orang yang tak suka mereka akan dilabelkan sebagai gedik. Ya ke gedik? Manja kot. Manja tak bertempat. Uhuh. 


Orang selalu label perempuan dengan perkataan “gedik”. Lelaki tak gedik ke? Aku rasa lebih daripada gedik diaorang ada. cuma istilah yang lebih sesuai bukan "gedik" tapi "gatal".

ada apa dengan facebook


Facebook atau dalam bahasa Melayunya mukabuka. Ada apa dengan facebook? Tak ada apa-apa pun. pada aku facebook hanya tempat orang jumpa orang yang kadang-kadang memusnahkan orang. Facebook banyak menghubungkan hubungan dan menghapuskan hubungan. 

Facebook jadi medan cari kawan lama. Kawan yang kadang-kadang berpuluh tahun terpisah last-last jumpa dalam facebook. Kalau tak berubah frame muka untung la kawan lama dapat cam, tapi kalau muka yang dulu nampak huduh lagi comot, bila jumpa dalam facebook tengok-tengok sikit punya cun sikit punya hensem. Dulu kecil-kecil hingus meleleh tak sudah-sudah. Muka selebet je ke sekolah. Bila dah jumpa sekali pandang hot kalah artis. lisa surihani pun boleh balik saja kot. [tapi lisa sangat cun pada mata aku]. Mesti kita teruja kan. Ada juga yang ada friend list berderet beratus-ratus orang. Macam aku jugak. Ada yang aku kenal ada yang aku langsung tak kenal. Tapi hanya beberapa kerat je yang aku contact. Tak sampai sepuluh orang kot. Aku lebih suka memerhati ja. 


Facebook jadi tempat sang pencinta jumpa cinta lama. Ada orang secara tak sengaja jumpa ex masing-masing dalam facebook. Kalau masing-masing single itu tak jadi masalah, dan perkara yang jadi masalah bila masing-masing dah berstatus double dan triple [anak]. Perkara ini memang akan jadi trouble. Aku tak mahu ulas panjang-panjang tentang masalah ex jumpa ex yang akhirnya menerbitkan hubungan cinta haram lagi terlarang. Dah terlalu banyak didedahkan. Syaitan ada dimana-mana. Selagi dia boleh goda kita selagi itu dia akan buat termasuklah guna facebook. 


facebook ni tak kenal usia. Sepupu aku yang umur 9 tahun tu pun ada facebook. Ntah apa benda yang diaorang buat dengan facebook pada usia macam tu aku pun tak tahu. Lepas tu ayat pulak aduhai sakit mata, hati dan jiwa bila baca. Pekataan “aku” jadi “aq”, pekataan “bila” jadi “bilew”. Aku cukup anti dengan benda macam ni. diaorang terlalu advance nampaknya. Aku tak dapat bayangkan budak akan datang macam mana. Mungkin 10 atau 20 tahun akan datang. Aku dulu-dulu waktu 9 tahun sibuk main batu seremban, main enjit-enjit semut macam hantu kak limah balik rumah nyanyi-nyanyi tu. Tapi budak sekarang tahu ke benda-benda macam tu. Kompem tahu punya. Yang diaorang tahu main computer game, main tenet. 

kredit untuk giantpolar
Dah tak nak tulis panjang-panjang sebab nanti bosan. Overall  aku lebih suka friendster dari facebook walaupun sekarang dah berkurun lama aku tak bukak friendster berbanding facebook. Sebab friendster telah meninggalkan macam-macam kenangan antara aku dan dia. Haha. Rasa nak menjiwang pulak. Wink* wink*

hadiah untuk sang lelaki [bf esp]


Assalamualaikum

“weh korang, agak-agak nak bagi hadiah apa ek sempena hari jadi boyfriend?”

“orang lelaki suka apa ya?”

Kepada para gadis comel diluar sana yang dah ada boyfriend mesti korang pening kan, bila fikir benda apalah yang nak dibagi pada sidia. Benda yang lain daripada biasa. Baju dah bagi, seluar sudah, cap, belt, kasut, beg apa bagai semua dah bagi. Nak bagi hadiah pada diaorang ni susah jugak. Kenapa susah? Adakah mereka ni memilih?

Kalau dapat boyfriend yang tak cerewet dan terima seadanya apa yang kita bagi it’s ok. Tak perlu lah nak bebankan kepala. Tapi kalau dapat boyfriend yang bukan saja cerewet dah tu suka pulak kondem apa yang kita bagi memang boleh mental dibuatnya. Kalau bagi perfume, bila kita kata wangi, hidung dia bau tak wangi pulak. Bila bagi baju, mata kita nampak baju tu cantik, mata dia nampak huduh la pulak. Bila tak bagi hadiah, merajuk. Lelaki kalau merajuk tak comel langsung. Kalau perempuan merajuk okei. Dapat pulak boyfriend yang suka barang ada jenama, boleh tekoyak poket. Sepisis macam ni kena rejek awal-awal.


Nak bagi apa pada lelaki? Bagilah apa yang dia suka. Kalau dia ulat buku, bagi banyak-banyak buku kat dia. Kalau dia suka tukar-tukar hp, bagi hp kat dia. Hp buruk pun tak apa. Kalau dia betul-betul hargai apa yang kita bagi mesti dia akan ambil punya. Walaupun tengok nampak huduh dan out of date tapi yang penting sentimental value tu. 

kalau nak bagi teddy bear pun okei apa. Macam adik aku bagi hadiah kat tunang dia. Besar gedabak bear. Aku tanya dia, kenapa dia bagi teddy bear kat tunang dia. Tunang dia lelaki, bagi bear pink pulak tu. Alasan yang dia bagi sebab dia tunggu tunang dia bagi teddy bear kat dia, tapi sampai sekarang tak dapat-dapat. Huhu.

Ok. Pokok pangkalnya disini, ikhlas memberi dan ikhlas menerima. Tu saja.  

Monday, March 21, 2011

Berbuat baik dan bersangka baik


Assalamualaikum.

Sejak kecil sampai ke besar mama dan abah selalu pesan sentiasalah berbuat baik dengan orang dan jangan bersangka tak baik dengan orang lain. Pendek kata baik, baik, baik. Tapi sebagai manusia biasa adakalanya agak sukar untuk kita menerapkan rasa sentiasa bersangka baik dengan orang lain lebih-lebih lagi bila sangka baik kita tu dikhianati. Bila kita bersangka baik maka secara otomatik kita akan berbuat baik. Tak mungkin kita akan berbuat baik jika kita tak bersangka baik. Melainkan kalau kita berbuat baik untuk makna yang tak baik. 

Macam mana nak bersangka baik? Semuanya bermula daripada cara kita berfikir. Persepsi kita terhadap orang lain. Kalau kita anggap orang tu baik, maka secara otomatik kita akan bersangka baik dan berbuat baik  dengan dia. Begitu juga sebaliknya. 


Macam mana kalau orang tu sebenarnya orang itu tidak baik? Ini persoalan yang sangat menyakitkan jiwa bila orang yang kita sangka baik tu tak sama sepertimana yang kita sangkakan. Keadaan bertambah menyakitkan jiwa dan perasaan bila rasa kekesalan itu meyelebungi diri kita. Menyesal kerana bersangka baik terhadap orang yang kita sangkakan baik. Mungkin kita akan rasa nak mencarut-carut ja. Atau mungkin kita akan memaki hamun orang tu. Itu lumrah. Tak ada manusia yang sempurna. 

Jadi apa penyelesaiannya? kalau kita sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain pun tak baik juga sebab terover positif pun akan memakan diri. Kalau fikir negatif pun lagi tak elok sebab nanti boleh jadi gila dibuatnya. Apa yang penting berhati-hati. Gunakan akal fikiran dan jangan terlalu meletak kepercayaan kepada orang lain. Sedangkan haruan boleh makan anak dan pagar boleh makan padi inikan pula manusia. Lebih daripada haruan dan padi boleh dimakannya. Tak gitu. Apa yang penting, sekali lagi ingin ditekankan guna akal. Tuhan kurniakan akal untuk berfikir dan bukan untuk letak kat lutut.