Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 4, 2011

suweet memory ever ^^

Assalamualaikum

ok. entri sebelum ni aku pernah cerita tentang betapa aku kecewa bila aku tak dapat score point untuk  friendly match between MPT dengan MPKK. tapi aku sangat gembira bila untuk sukan betul-betul punya aku berjaya bawak team aku ke final stage. sangat gumbira sebab akhirnya team kitaorang jumpa dengan team yang memang super hebat. walaupun kalah dengan team dorang tapi aku sangat puashati sebab team kitaorang yang perempuannya semua sepisis bidang terjun tiruk, langsung tak pernah main, training pun sebulan je, berjaya masuk sampai ke final. kitorang dapat no. 2 daripada 16 pasukan seluruh perak. fuh! bangganya aku. tapi hadiah dorang kasik medal seketol n towel besar tapak tangan je. ceh! sungguh tidak adil.



team yang kitorang lawan tu team yang terdiri daripada geng-geng yang main untuk MAKSAK [majlis kebajikan & sukan anggota-anggota kerajaan]. orang maksak ni orang yang super duper terror lah berbeza dengan kitaorang ni. lagi pun kalau kitaorang pukul dorang cukup-cukup, malu la kan. ewah. apa pun aku hepi sebab sebagai seorang manusia yang langsung tak suka bersukan, akhirnya aku berjaya bawak  balik medal walaupun aku dipaksa relakan diri untuk join tournament ni. 



ini antara memori aku yang paling best. kitaorang lawan xsalin baju 2 hari  2 malam. main dari pagi sampai tengah malam pakai baju yang sama. team kitaorng paling miskin. orang lain siap pakai baju bertukar-tukar kitorang terpaksa pakai baju yang sama. bau usah cakap la. buh perfume pun boleh balik saja perfume tu. menyusuk kalbu. dan saat yang paling mensyahdukan bila team kitaorang lawan ja mesti ada lalat hinggap. huhu. sadis dowh.


p/s : main karom ni buat muka aku berjerawat sebab stress and buat otak aku berpeluh-peluh. 

No comments :

Post a Comment